* Honda Malaysia memberitahu gambar di atas mungkin berbeza dengan model sebenar, harap maklum.
Honda Malaysia melancarkan variant terbaru Jazz S yang merupakan unit Completely Build-Up (CBU) dari Thailand. Dengan konsep asalnya “Man Maximum, Machine Minimum” ia menawarkan kenderaan kompak yang luas, praktikal, cekap bahan api, selesa & selamat pada pakej yang menarik.
Jazz S didatangkan dengan rim aloi 15” dan bumper hadapan dan belakang rekaan baru. Ia juga dilengkapi mudguard belakang untuk perlindungan tambahan. Enjin 1.5L i-VTEC, dengan kotak gear 5-kelajuan automatik digabungkan untuk memberi pemanduan yang hebat, berprestasi dan jimat bahan api. Teknologi Drive-By-Wire (DBW) pula mengawal enjin dan transmisi automatiknya untuk memberikan kelancaran semasa menukar gear dan memecut.
Jazz S masih mengekalkan ciri utamanya Ultra Seat yang kini dengan warna biru-hitam dan ruangan bagasi yang luas. Ciri keselamatan yang terdapat pada model ini ialah teknologi G-force Control Technology (G-CON) yang membantu untuk mengurangkan kesan pelanggaran manakala Vehicle Stability Assist (VSA) pula mengawal situasi yang tidak dijangka selain menstabilkan kenderaan. Selain itu beg udara SRS berkembar, 3-point Emergency Locking Retractor (ELR) safety belts, Anti-lock Braking System (ABS), Electrical Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) juga terdapat pada Jazz S.
Jazz S terdapat dalam pilihan warna yang menarik seperti Brilliant White Pearl, Polished Metal Metallic dan Crystal Black Pearl. Harga atas jalan yang ditawarkan untuk model ini ialah RM 99,800.00. Kini ia boleh didapati di semua bilik pameran Honda Malaysia. Honda Malaysia menyasarkan 210 unit model ini sebelum akhir tahun. Untuk maklumat lanjut hubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
pergh…giler…tax mahal tak hengattt
a boring car.
ape yg lainnye?
nmpk same jer ngan current Jazz (kecuali Jazz Hybrid)