ARKIB

KATEGORI

Buletin

HONDA panggil balik model City generasi kedua (2008) & Jazz generasi pertama (2003)

Views

big_23119_28408_add_1
* gambar sekadar hiasan

Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik model generasi kedua City keluaran 2008 & Jazz generasi pertama keluaran 2003 berikutan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan pada suis utama tingkap kuasa. Setelah melakukan penambahbaikan produk pada 2010, Honda telah mengenal pasti masalah ini setelah melakukan beberapa ujian.

Semasa ujian awal seperti kelembapan haba dan ujian kejutan haba  tidak ada kesan lembaran pengelupasan. Tetapi selepas tempoh masa tertentu, ujian telah menunjukkan bahawa ketegangan berlaku di sekitar kunci dan membentuk jurang di sudut tapak suis yang boleh menyebabkan cecair memasuki kawasan tersebut.

Honda_city_2008-2
* gambar sekadar hiasan

Honda akan menggantikan suis utama tingkap kuasa dengan tambahan meterai akrilik yang mampu mengelakkan kemasukan kelembapan. Honda Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang dialami. Sehingga hari ini, tiada kes kerosakan dilaporkan di Malaysia.

Terdapat sebanyak 12,935 unit generasi kedua City keluaran 2008 dengan masing-masing 7,713 unit V-TEC dan 5,222 unit i-DSI. Untuk model generasi pertama Jazz, terdapat 3,090 unit 1.4-liter buatan Jepun keluaran 2003. Honda Malaysia ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa semua model semasa tidak terjejas.

Sebaik sahaja alat ganti sudah tersedia, pemberitahuan akan dihantar kepada pelanggan yang terjejas. Pelanggan digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka untuk menggantikan suis utama tingkap kuasa sebaik sahaja mereka menerima pemberitahuan itu. Semua alat ganti dan caj buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di talian 1-800-88-2020.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply