ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai lancar Veloster di Malaysia

Views

Hyundai Veloster

Hyundai-Sime Darby Motors telah melancarkan Hyundai Veloster di pasaran tempatan petang tadi. Model coupe ini sangat unik dengan konfigurasi 2+1 ditawarkan dengan tiga varian. Ketiga-tiga varian boleh didapati dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan namun tiada varian turbo buat masa ini.

Untuk varian Veloster Gamma 1.6 dengan transmisi manual dijual pada harga RM116,888, Veloster Gamma 1.6 transmisi automatik berharga RM121,888 dan Veloster Gamma 1.6 Premium transmisi automatik berharga RM132,888.

Enam pilihan warna menarik ditawarkan, iaitu White Crystal, Sleek Silver, Sonic Silver (kedua-duanya metalik), Veloster Red, Green Apple dan Vitamin C (ketiga-tiga warna ini dengan kemasan mutiara(pearl). Hyundai Veloster didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000 km .

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply