Hyundai Motor Malaysia (HMY) hari secara rasminya melancarkan tiga model iaitu Staria dan Tucson facelift serta Santa Fe serba baharu ke pasaran tempatan.
Langkah ini menandakan komitmen serius Hyundai terhadap pasaran Malaysia melalui penawaran produk yang direka khusus untuk gaya hidup moden rakyat Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen ketiga-tiga model ini dijangka memenuhi keperluan pelanggan dari keluarga besar, pengguna gaya hidup aktif hingga ke pengembara bandar yang mengutamakan teknologi dan keselamatan.
Presiden Hyundai Motor Asia Pasifik, Sunny Kim, pula menyatakan bahawa pelancaran ini adalah langkah penting dalam strategi serantau Hyundai untuk mengukuhkan kehadiran mereka di ASEAN, khususnya Malaysia.
Hyundai Staria facelift
Staria facelift tampil dengan siluet futuristik dan ruang dalaman luas yang memberi penumpang rasa selesa maksimum. Tersedia dalam tiga varian iaitu Style, Prime dan Prestige, model ini menawarkan konfigurasi 7 atau 10 tempat duduk.
Info ringkas Staria facelift:
- Enjin diesel CRDi 2.2L (177PS / 430Nm daya kilas), transmisi automatik 8-kelajuan.
- Reka bentuk diinspirasikan dari kapal angkasa dengan jeriji permata parametrik dan lampu depan LED penuh.
- Kabin luas dengan sistem audio Bose 12 pembesar suara, tempat duduk relaks, dan bumbung suria berkembar.
- Teknologi keselamatan Hyundai SmartSense termasuk Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Pintar dan banyak lagi.
Dengan harga bermula dari RM179,888, Staria facelift menyasarkan pasaran MPV generasi baharu yang mahukan gabungan reka bentuk berani, keselesaan dan inovasi teknologi.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Hyundai Tucson facelift
Tucson facelift yang dirombak sepenuhnya merupakan SUV terlaris Hyundai di Australia dan kini ditawarkan di Malaysia dengan reka bentuk segar, ketersambungan digital canggih dan pilihan enjin termasuk hibrid buat kali pertama.
Info ringkas Tucson facelift:
Pilihan rangkaian kuasa
- Petrol 2.0L Smartstream MPI (156 PS / 192 Nm daya kilas, transmisi automatik 6-kelajuan),
- Turbo petrol 1.6L T-GDi (180 PS / 265 Nm daya kilas, transmisi dwicekam 7-kelajuan),
- Kenderaan Elektrik Hibrid 1.6L (HEV) (235 PS / 367 Nm daya kilas, transmisi automatik 6-kelajuan).
Ciri-ciri menarik
- Paparan digital panorama 12.3-inci dan konsol terapung moden.
- Sistem pengesahan cap jari dan pad storan berbilang fungsi.
- Teknologi keselamatan SmartSense antaranya, Pemantau Titik Buta, Bantuan Parkir, dan Paparan Persekitaran 360°.
Dengan harga bermula dari RM143,888, Tucson facelift ditawarkan dengan empat pilihan varian iaitu Style, Prime dan Prestige (dua varian).
Hyundai Santa Fe serba baharu
Model SUV mercu Hyundai kini tampil lebih berani, kukuh dan fleksibel. Dengan jarak roda panjang, bukaan pintu belakang terluas dalam kelasnya dan pilihan enam atau tujuh tempat duduk, ia sesuai untuk percutian keluarga dan aktiviti luar.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Info ringkas Santa Fe serba baharu:
Pilihan rangkaian kuasa
- Petrol pengecas turbo (AWD) 2.5L T-GDi (281 PS / 440 Nm daya kilas, transmisi dwicekam 8-kelajuan).
- Hibrid (HEV) 1.6L (235 PS / 367 Nm daya kilas, transmisi automatik 6-kelajuan).
Ciri-ciri menarik
- Paparan melengkung panorama, pengecas dwi nirwayar dan dulang sanitasi UV-C.
- Varian Calligraphy menampilkan tempat duduk santai premium dan bantuan letak kereta pintar jauh (RSPA).
- Teknologi keselamatan menyeluruh termasuk FCA 2.0 dengan pengesanan lanjutan dan visualisasi 3D.
Santa Fe serba baharu dijual dari RM225,000 dan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu Prime, Prestige dan Calligraphy.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, 100 pembeli pertama akan menikmati penyelenggaraan percuma untuk lapan kali servis termasuk upah dan alat ganti. Semua model disertakan waranti 8 tahun / 160,000 km dan penyelenggaraan percuma sehingga empat kali ganda.
Menjelang 2030, Hyundai Motor Malaysia mensasarkan 25 pusat servis sah di seluruh negara bagi meningkatkan kecekapan dan capaian pelanggan.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Operasi Global HMC, Young Lee, pelancaran ini melambangkan lebih daripada sekadar perubahan struktur, ia adalah janji Hyundai untuk memberikan pengalaman pemilikan bertaraf dunia.
Turut hadir, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, H.E. Yeo Seung-bae yang memuji pendekatan Hyundai yang menekankan inovasi dan nilai berorientasikan pelanggan dalam memperkukuh hubungan dua hala dan kemajuan industri automotif.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI