ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran paling hampir Proton Saga AMA01 berpandukan foto yang tertiris

Impresi Artis

Views

Ini mungkin gambaran Proton Saga AMA01 (MC3) yang paling hampir dengan versi sebenar berpandukan kepada foto-foto yang telah tertiris dalam artikel terdahulu.

Penulis telah merujuk kepada foto-foto yang ada, imej janaan Kecerdasan Buatan (AI) dari Ady Riz dan mengolahnya kembali menggunakan perisian reka bentuk grafik untuk menghasilkan rekaan ini.

Ramai dalam kalangan ‘nurtizen’@warganet yang mengatakan lampu hadapan Saga AMA01 (MC3) mirip Perodua Axia baharu, namun ia hanyalah pendapat peribadi mereka sahaja,

Sekilas pandang bentuknya hampir serupa, terutama bentuk jejalur lampu siang (DRL) tetapi pada pendapat penulis, rekaan ini adalah versi baharu lampu Saga BLM yang lebih moden dan sporty.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Lampu hadapan baharu jenis LED projektor digabungkan bersama jejalur DRL yang seakan bersambung dengan ‘Ethereal Bow‘nya. Elemen rekaan ini adalah kesinambungan daripada model MC2.

Jeriji ‘Infinite Weave’ kini lebih besar dan lebar, mirip gaya rekaan Proton X90. Kemasan ‘Infinite Weave’nya juga serba baharu dengan susunan butiran songket menegak dan mula digunapakai oleh Proton X50 FL.

Selain jeriji, lampu dan bampar, satu lagi perubahan yang dibuat pada rekaan hadapan Saga AMA01 (MC3) adalah garis hud yang turun sedikit ke bawah, tidak mendatar seperti model semasa.

Secara keseluruhan, wajah baharu Saga AMA01 (MC3) direka supaya kelihatan lebih moden dan lebar, untuk memberikan imej yang lebih elegan dan mewah.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Sedikit info ringkas Saga MC3@AMA01:

  • Dibangunkan dari pelantar AMA yang berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkatkan.
  • Beberapa bahagian pada struktur casis model ini telah diperkukuhkan bagi memenuhi syarat ujian perlanggaran hadapan dan juga sisi.
  • Bakal menggunakan enjin tanpa turbo enjin yang akan digunakan pada X50 FL dengan kod BHE15-BFN.
  • Enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi alami (NA) ini menghasilkan 110 kuasa kuda dan 136 Nm daya kilas.
  • Dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik 4-kelajuan (Aisin) dan CVT2+ (Punch).
  • Saga MC3@AMA01 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).
  • Varian-varian ini didatangkan dengan pilihan transmisi yang berbeza, dua varian dengan transmisi automatik 4-kelajuan, manakala bakinya akan menggunakan transmisi CVT.
  • Akan dilengkapi dengan unit kamera untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapan.

Menurut ejen Mat Bondpengeluaran massa Saga MC3@AMA01 dijadualkan bermula pada bulan September, manakala ‘pelancaran‘ rasminya akan berlangsung seawal bulan Oktober nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hasil janaan Kecerdasan Buatan (AI) dari Ady Riz dan perisian reka bentuk grafik

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply