ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Inilah dia foto penuh papan pemuka Proton Compact Car!

Views

skodeng dash pcc - full

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Nampaknya ada yang dah tak boleh bersabar lagi hingga dapat “cilok” foto ini dari simpanan saya walaupun ianya belum dipaparkan di sini. Kini berakhirnya penantian anda semua setelah beberapa hari terpaksa bersabar menantikan foto penuh papan pemuka Proton Compact Car. Nampak lebih moden, kemas dan ringkas rekaannya kan?

Saya suka lihat kemasan dan warna papan pemuka yang kini nampak lebih mahal berbanding model sepenuhnya. Dengan penggunaan warna hitam, dan sedikit kemasan krom, ia telah menaikkan lagi seri papan pemuka Proton Compact Car. Rekaan steering serba barunya juga cukup menarik dan nampak selesa untuk digenggam. Apa pendapat anda semua?

* Maaf la ye kerana buat anda ternanti-nanti gambar penuh ini. Bukan apa, untuk menambahkan lagi kemeriahan. Kali ini saya puji rekaan papan pemuka PCC, ternyata Proton telah mendengar kritikan selama inidan membuat penambaikan, syabas Proton, harap kualiti dan pemasangan tidak mengecewakan 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

57 Comments

Leave a Reply