Sempena pelancaran rasmi Alami Proton yang disempurnakan oleh Pengerusi Proton, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi semalam, ada lah sesi pra-tonton sikit Proton Perdana baharu. Walaupun Tun selak sikit je kain penutup kereta tersebut, tapi kita dapatlah melihat bumpar hadapan yang siap dengan skirting, rim aloi, lampu dan diffuser bumpar belakang yang dilengkapi dengan corong ekzos dan pemantul cahaya.
Dikatakan kereta tersebut adalah unit paling hampir dengan model produksi dengan sedikit penambahbaikan. Mungkin ini adalah versi dipertingkatkan dari model prototaip awal yang membuat penampilan istimewa dalam filem Kapsul. Nampak lebih kemas dan agak elegan lengkung bentuk bumbungnya jika hendak dibandingkan dengan model dalam filem tersebut. Jadi kita boleh bayangkan versi sebenar adalah lebih menarik dari yang ini.
* Sebenarnya ramai juga yang sangat teruja nak lihat model ini, tapi apakan daya Proton belum lagi bersedia nak mempertontonkannya mungkin disebabkan model ini masih lagi dalam peringkat pembangunan. Harap bersabar ye, nantikan foto risikan yang berikutnya nanti!
100% BERBUNGKUS TETAPI BESAR DAN MACAM BMW5 SIRI.GUA TETAP BANGGA.
macam cantik je
tergamam sekejap semasa lihat gambar ni
mmg cun bro. aku sndri tgk dpn mate. walaupn kelubung, jelas nmpk design bwh kain tu. smart siot.
lg info, proton will change cvt from Punch to Jatco. 🙂 (smile guys).. if xde mslh, 1st model will be new exora est. 2017.
Jika begitu saya akan tunggu 3-4 tahun lagi sebelum saya beli kereta proton. Beli sekarang, rasa terkilan pulak apabila CVT Jatco digunakan kelak. Banyak beza antara tork converter dengan clutch CVT. Siapa yang dah memandu preve dengan inspira, fahamlah maksud saya
Saya memandu Preve Premium CVT 7 speed protronic.. Memang terbaik..
terbaik..hrap ble nk launch nnt lgi thorbaik….warna dh cun..rim memg garang n fantastic perrghhhhhhhhhhh
WOW
Proton is currently working on some new engines at this very moment ie:
1) new 2.0L Turbo NE01(PETRONAS EOi engine (170hp /260nm)Confirmed (2017)
,2) 1.3LTurbo Petrol (140hp/190nm)Confirmed(2016)
3) 1.3L GDI (130hp/180nm)Confirmed (2018)
4) 1.5L GDI (150hp/220nm)Confirmed (2018)
5) New Gearbox ie CVT from Jetco as I saw their Booth at the Alami Proton Karnival
New Cars :
1)New 2016 Persona (75% Done )
2)New 2016 Saga (55%Done )
3)New Suzuki based A Segment Hatch (45% Done)
4)New 2017/2018 Exora 2 (23% Done)
Information from DreamEdge
Interesting yang ni….
cand jetco be plugged and play with punch cvt on CFE engine
nmpknya mcm btol je la expected launching dates:
Feb 2016 – Perdana
June – Pesona P2-31A
September – Saga3 P2-13A
Macam mana line-up Proton pas ni?
1. Perdana (Camry, Accord, Teana, Sonata….)
2. Preve (Corolla Altis, Civic, Slyphy, Elantra…)
3. Persona (Vios, City, Almera…)
4. Iriz – Saga ( Myvi…..
5. Proton-Suzuki ( Axiah..
Betul ke cam ni ….??
bagus betul dreamedge nih. bocorkan rahsia client. buatla lagi…baru banyak info leaking!
sumber ni boleh dipercayai ker?
Warna bumper dan body tak match..
rasanya saga pun mcm ni. warna merah nmpak lebih jelas
itu efek lampu & flash camera la bro
takkan lah engineer yg kerja rumit design kereta boleh setel, hal cat yg simple boleh tak boleh setel?
Lain la Perodua, Axia mmg byk kes cat nipis especially putih pasal jimat kos tak cat undercoat
Bumper, body wrna beza trademark Proton…Preve, Suprima pn mcm ni