ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Modenas GT150 semakin giat jalani ujian

Foto Intip

Views

Ahmad Ahmad pastinya tersenyum riang membaca artikel ini. Kelibat unit ujian model ‘supermoped‘ Modenas GT150 sekali lagi berjaya dikesan oleh beberapa individu di Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group.

Modenas GT150 yang masih sarat dengan pelitup celoreng bercorak ala ‘kuda belang’ itu telah ditemui oleh Firdaus Rosli, Ijam Jerjak dan Brie Wan Dan di beberapa lokasi yang berbeza.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Nama GT150 diguna pakai semula oleh Modenas kerana ia pernah digunakan pada model prototaip supermoped pertamanya pada 2017, namun selepas itu projek tersebut ‘lenyap’ begitu sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan mendedahkan, prototaip supermoped tersebut telah pun ‘siap’ dan bakal dilancarkan pada Oktober 2025.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Beberapa perincian pada supermoped itu dapat lihat, antaranya lampu LED depan dan belakang, rim bersaiz 17-inci, cakera brek tunggal depan dan belakang dan fork teleskopik.

Imej janaan Kecerdasan Buatan (AI)

Berkemungkinan juga supermoped ini akan dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS) secara standard memandangkan motosikal yang memohon Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bermula 1 Januari 2025 adalah diwajibkan untuk memasang sistem brek tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Firdaus Rosli, Ijam Jerjak dan Brie Wan Dan

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply