ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Toyota Hilux 2.4 Auto Luxury Edition bakal diperkenalkan!

Views

Laman Facebook Yana Toyota Online telah memuatnaik beberapa foto dan info mengenai varian baharu Toyota Hilux 2.4 (Auto) Luxury Edition yang bakal diperkenalkan dalam masa yang terdekat. Model yang tampil dengan jeriji rekaan baharu ala Toyota Tacoma dan sekali imbas ia juga hampir sama dengan model Hilux Rocco yang nampak lebih garang berbanding model semasa.

Antara ciri-ciri menarik Toyota Hilux 2.4 Auto Luxury Edition adalah:

1. Jeriji hadapan rekaan baharu.
2. Hiasan grafik pemijak belakang rekaan baharu.
3. Pelekat hiasan di bahagian sisi.
4. Ruang dalaman berwarna hitam.
5. Warna bumbung rang dalaman berwarna hitam.
6. Tombol gear, panel papan pemuka baharu dengan kemasan warna hitam.
7. Tempat duduk dengan balutan kulit dengan corak berwarna hitam.

Kami tidak pasti bilakah UMW Toyota akan melancarkan varian baharu Hilux ini, namun dengan tersebarnya foto dan info terbaharu ini, sudah pasti ia bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply