Kelibat unit ujian model ‘supermoped‘ Modenas GT150 semakin kerap dikesan dan beberapa foto terbaharu telah dikongsikan menerusi Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group oleh Hadri Jeffery.
Menurutnya, video intip unit ujian Modenas GT150 ini sebenarnya telah dirakam oleh individu bernama Abam Gar Tuner Gemok. Tidak dapat dipastikan di mana lokasi penemuan tersebut, namun kali ini ia dirakam dari arah depan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Meskipun masih sarat dengan pelitup celoreng bercorak ala ‘kuda belang’, kita masih dapat melihat lampu utamanya di bahagian atas, berkemungkinan jenis LED memandangkan ia mengeluarkan cahaya putih.
Pada bahagian kiri dan kanan fairingnya pula kelihatan lampu siang (DRL) yang berbentuk bucu tajam seperti boomerang/chevron/huruf V.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Walaupun masih berbalut, kita masih lagi boleh membayangkan rekaan hadapannya yang kelihatan sporty dan diinspirasikan dari beberapa model supermoped yang berada di pasaran.
Tidak ada banyak maklumat mengenai Modenas GT150 setakat ini, namun Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan mendedahkan, prototaip supermoped tersebut telah ‘siap’ dan bakal dilancarkan pada Oktober 2025.
Ia mungkin dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS) secara standard kerana motosikal yang memohon Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bermula 1 Januari 2025 adalah diwajibkan untuk memasang sistem brek tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Hadri Jeffery dan Abam Gar Tuner
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI