ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton Saga AMA01 (MC3) dirakam dalam jarak paling dekat

Foto Intip

Views

Foto intip unit ujian Proton Saga AMA01 (MC3) terbaharu yang berjaya dirakam oleh sahabat kami Hye RiTs, mungkin dalam jarak paling dekat setakat ini.

Menurutnya, Saga AMA01 (MC3) ini telah ditemui sekitar Lebuh Raya Persekutuan, pagi tadi. Peluang untuk merakam unit ujian sebegini dalam keadaan statik tidak dilepaskannya, termasuk ‘berswafoto’ sekali!

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Jika diperhatikan, lampu depan yang digunakan pada unit ujian ini masih menggunakan versi halogen, selain rekaan jeriji  ‘Infinite Weave’ yang sama seperti model semasa (MC2). Yang kelihatan berbeza adalah rekaan hud dan juga bampar.

Imej janaan kecerdasan buatan (AI)

Di belakang, kita dapat melihat antena baharu dan juga rekaan lampu serta bampar baharu yang masih dilitup rapi dan hanya mendedahkan sedikit cahaya LEDnya. Pada bahagian butnya turut kelihatan spoiler ‘ekor itik’.

Pada pendapat kami, ada kemungkinan ini adalah varian Standard Saga AMA01 (MC3) yang julat harganya masih lagi akan dikekalkan oleh Proton. Jika ada peningkatan sekali pun, ia mungkin tidaklah begitu ketara.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Sedikit info ringkas Saga MC3@AMA01:

  • Dibangunkan dari pelantar AMA, berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkatkan.
  • Beberapa bahagian pada struktur casis model ini telah diperkukuhkan bagi memenuhi syarat ujian perlanggaran hadapan dan juga sisi.
  • Bakal menggunakan enjin tanpa turbo enjin yang akan digunakan pada X50 FL dengan kod BHE15-BFN.
  • Enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi alami (NA) ini menghasilkan 110 kuasa kuda dan 136 Nm daya kilas.
  • Dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik 4-kelajuan (Aisin) dan CVT2+ (Punch).
  • Saga MC3@AMA01 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).
  • Varian-varian ini didatangkan dengan pilihan transmisi yang berbeza, dua varian dengan transmisi automatik 4-kelajuan, manakala bakinya akan menggunakan transmisi CVT.
  • Akan dilengkapi dengan unit kamera untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapan.
Imej janaan kecerdasan buatan (AI)

Pengeluaran massa Saga MC3@AMA01 dijadualkan bermula pada bulan September, manakala ‘pelancaran‘ rasminya akan berlangsung seawal bulan Oktober nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hye RiTs

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply