ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Xpeng G6 facelift mula diuji, bakal dilancar tahun ini?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah unit ujian misteri lengkap dengan pelitup penyamaran telah berjaya dirakam oleh salah seorang pengikut laman Facebook, paultan.org Automotive/Car Discussion Facebook Group bernama Fareez Azhar, hari ini.

Unit ujian misteri itu mempunyai reka bentuk mirip Xpeng G6 dan ia telah berjaya dikesan sekitar Glenmarie. Kebetulan pula, ibu pejabat Xpeng Malaysia juga terletak di lokasi yang sama.

Menurut Paultan.org, berkemungkinan ini adalah model facelift Xpeng G6 yang telah dilancarkan ke pasaran tempatan pada Ogos tahun lalu (2024).

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Ini bermakna Xpeng Malaysia telah memulakan persiapan awal untuk melancarkan Xpeng G6 facelift ke pasaran tidak lama lagi.

Pencabar kepada Tesla Model Y ini dipacu motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang menjana 296 PS dan 440 Nm daya kilas.

Menurut portal Global China EV, tenaganya dibekalkan oleh pilihan bateri litium besi fosfat (LFP) berkapasiti 68.5 kWj (jarak pandu 625 km) atau bateri NMC 80.8 kWj (jarak pandu 725 km) mengikut kitaran CLTC.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Dimensi lebar, tinggi dan jarak tapak rodanya masih lagi dikekalkan, namun panjangnya telah bertambah 5 mm kepada 4,758 mm.

Ruang kabinnya dilengkapi paparan sesentuh unit inforia 15.6-inci baharu, stereng dengan kawalan sentuhan kapasitif, bolong pendingin hawa rekaan baharu dan tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan.

Setakat ini tiada maklumat yang diperolehi tentang Xpeng G6 facelift dan kami menjangkakan ia mungkin diperkenalkan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fareez Azhar

Xpeng G6 facelift

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply