Foto sebuah Proton Iriz sedang dipersiapkan sebagai jentera rali telah dimuatnaik ke laman Facebook Proton Motorsport. Menurut maklumat dari komen admin Proton Motorsport, Iriz bakal menggantikan Satria Neo yang telah tamat pengeluarannya. Tiada butiran lengkap diberikan mengenai spesifikasi Iriz versi rali ini. Ia dijangka membuat kemunculan pertamanya di Malaysian Championship tidak lama lagi. Nantikan!
KOMEN TERKINI