Seorang bekas pelatih GiatMara berjaya menjadikan impian zaman kanak-kanaknya satu kenyataan apabila mencipta sebuah “jet car” berinspirasikan Lamborghini yang mampu terapung di atas air.
Hasil ciptaan unik Muhamad Amirul Mat Nasir, 22, ini kini menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara.
Ciptaan yang kelihatan seperti supercar mewah tetapi bergerak di atas air itu bukanlah dibina tanpa cabaran. Prototaip pertama Amirul tenggelam pada 2022, mengakibatkan kerugian melebihi RM15,000 akibat kesilapan dalam adunan serbuk gentian kaca (fibreglass). Namun, semangatnya tidak pernah luntur.
“Saya cuba semula pada Februari tahun lepas dengan bantuan tenaga pengajar GiatMara saya, Encik Mohd Fauzi Ismail,” jelas Amirul.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Jet car versi kedua ini berjaya disiapkan pada Mac 2024, mengambil masa lebih enam bulan untuk dibentuk daripada serbuk gentian kaca serta menggunakan kira-kira 7 tan tanah liat untuk membuat acuan badan menyerupai sebuah Lamborghini.
Spesifikasi ringkas jet car ini:
- Panjang: 6.1 meter
- Lebar: 2.14 meter
- Muatan: Sehingga 6 orang penumpang
- Enjin: 60 kuasa kuda
Menggunakan badan gentian kaca sepenuhnya, kenderaan ini telah terbukti stabil walaupun dalam arus kuat dan ombak besar.
Ia kini beroperasi membawa pelancong ke destinasi seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian, dan telah menjadi fenomena tular di media sosial.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Amirul turut mendedahkan bahawa beliau pernah ditawar RM150,000 untuk membeli jet car tersebut, namun menolak tawaran itu.
“Buat masa ini, saya gunakannya untuk memenuhi permintaan pelancong. Kami memperoleh lebih RM2,000 sebulan daripada sewaan,” katanya.
Beliau kini dalam proses menambah bumbung dan sistem lampu pada bot tersebut dan bercadang untuk membina versi amfibia yang boleh bergerak di darat dan air.
Tenaga pengajar GiatMara, Mohd Fauzi, menyatakan bahawa pihaknya akan membentangkan inovasi Amirul kepada pengurusan tertinggi MARA bagi mendapatkan geran atau pinjaman.
“Kami ingin bantu Amirul tampilkan ciptaannya di peringkat antarabangsa. Kreativiti dan ketekunannya perlu diiktiraf,” ujar beliau. – New Straits Times
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit New Straits Times dan Hamdan Hamzah
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI