ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Maserati di Asia Tenggara dan Pasifik meningkat

Views

Maserati Quattroporte

Maserati, salah satu jenama kereta sports terkemuka dari Itali baru-baru ini mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 27.5% di Asia Tenggara dan rantau Pasifik tahun lalu. Rekod yang dicatatkan adalah untuk semua pasaran Maserati di Asia Tenggara dan Pasifik kecuali Singapura yang sedikit terjejas disebabkan penggubalan semula peraturan terhadap pencukaian dan kewangan oleh kerajaan mereka.

GranTurismo merupakan penyumbang terbesar jualan Maserati tahun lalu di beberapa negara termasuklah Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan New Zealand dengan 47.1% diikuti oleh Quattroporte.

Rekod jualan ini menunjukkan Maserati berada dilandasan yang tepat untuk memenuhi misi global mereka mengeluarkan 50 ribu unit kereta setahun menjelang tahun 2015. Untuk mencapai sasaran tersebut, Maserati telah melabur secara besar-besaran dalam pembangunan model terbarunya dan fasiliti pemasangan tercanggihya di Grugliasco, Itali.

Model terbaru, Ghibli bakal menjadi penanda aras sebagai pemangkin rekod jualan seterusnya pada tahun 2014. Ghibli akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Ghibli dan Ghibli S, yang dikuasakan oleh enjin generasi baharu 3.0 liter V6 pengecas turbo yang mampu menjana kuasa maksimum sehingga 330 dan 440 kuasa kuda.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply