[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=cP8EDlT6amg&feature=player_embedded]
PROTON hari ini menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’.
Penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut memenuhi fasa pertama Program Kenderaan ‘Fleet Test’ yang merupakan satu usahasama di antara PROTON, KeTTHA dan MITI dalam membantu usaha Kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastuktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia. Program ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik PROTON tersebut merangkumi sistem, teknologi dan rekabentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna.
UPDATE :
Nampaknya PROTON sudah memulakan program ujian kereta elektrik, kemungkinan dalam setahun dua nanti akan ada la versi OTR. Kalau boleh cepatkan lagi bagus. 😉
sumber : www.proton.com
exora reev full hanya dlm 25liter tapi blh pergi lebih dr 700km
http://www.youtube.com/watch?v=cP8EDlT6amg&feature=player_embedded
Design Instrument cluster memang simple sangat ke kat Exora, saya cadangkan lebih bagus kalau semuanya digital, harap design untuk production model lebih futuristic sepadan dengan nama sebagai EV takpun REEV. Perasan tak ada scoop warna hitam kat hood Exora.
adakah ini bermakna kemungkinan putrajaya akan jadi bandar pertama mempunyai kemudahan stesen charging yang lengkap. untung lah penduduk putrajaya.
bukan setakat test kat putrajaya….exora reev tu ada skali aku nmpak kat kelana jaya…full passenger
cantik pulak meter speedometer exora tu..simple tp nmpak neat dan cantik…
Mantap….dengar kata harga Exora EV dalam RM100k dan Saga EV dalam 60k….kene check battery berape tahun warranty and berapa harga kalau kene tukar….=)
2013 start production?
nak gak tau spek , klu bmw i8 tu hp cecah 3xx , tp kan reev ni nampak cam ada kelebihan kat jarak, 700km utk 25 liter tu, maksudnya 28km/l wow! waja aku takat 9.5km/l jer hehe
ia bukan full electric, enjin petrol guna utk caj bateri, bateri di gunakan motor elektric utk gerakan roda, kalau x nak gn enjin utk caj bateri pun blh, blh terus sambung kat plug, rasanya blh pergi lebih jauh dr 700km utk 25 liter
Macam ni kita katakan ia Electric Vehicle laa kan? Sbb ia fully driven by electric. Kalau Hybrid, partly driven by petrol engine and partly by electric motor.
Apa yg saya tahu, Exora REEV ni memang pakai electric motor utk bergerak. Langsung tak pakai combustion engine..(Engine RE utk charge bateri je)
Betulkan term saya jika salah.
betul tu, dh tengok masa proton buat road tour 25 tahun proton, cuma nak tahu enjin apa yg akan digunakn kat exora reev production, yg testing ni guna enjin rotary
huh..hebat..
rm50 utk pergi balik KL-Mersing-KL
std gen2 yg aku drive rm50 sehala..
Kereta2 EV proton ni semua hasil joint venture dengan dentroit eletric ke? atau dibangunkan dengan Lotus?
dan lagi satu dulu Lotus ada bangunkan hybrid EVE menggunakan campro..projek tu terhenti setakat tu saja ke?
off topic,tuan rumah mgkin bleh buka post pasal enjin ford 1.0 3 cylinder ecoboost. Cukup menarik. Tq
Banyak automaker dah start pakai 3cyl engine + forced induction. Nissan pun ada 1.2 DIGS..
Proton bila lagik?
Lagi satu, kenapa automaker eropah suka figure 1.2, 1.4 sedangkan Japanese suka figure 1.3 dan 1.5?..
mgkn jepun pun akan ikut langkah yg sama klu nk rancakkan lg trend downsizing engine dan pakai force induction. enjin y proton ada varian 1.2, 1.5 dan 1.8 both NA dan turbo
agak2 kalau 1.8 mau boleh pegi power mcm 2.2/2.3 tuh
sesuai la utk kereta segmen D huhu
agak2 klu takde pun 3 cyl engine, proton bole terus langkau ke segmen kereta ev atau hybrid…
Berkenaan enjjin 1.0 Ecoboost, mungkin jadi pencabar engine 1.2 TSI. Cuba bandingkan;
on paper,
1.2TSI – 103.56hp 175nm
1.0Ecoboost – 99 dan 118hp 170nm
Enjin 1.0 macam Viva je..pergi macam Polo..memang menarik.
apa cerita ngan Detroit Electric sekarang?..
salam bro,ada tech details exora reev n saga ev dlm motor trader,bleh update.
Century sprint less than 11scnd, 805km in reev mode, 70km in ev mode.
berbanding EV dan REEV, aku berpendapat REEV lebih sesuai digunakan kat Malaysia nih, kerana kalau EV, infra untuk caj elektrik kereta tuh kena banyak kena buat… REEV lak aku rasa, bateri tu kalau dah low, enjin 1.2 yang ada tuh cajkan bateri yang dah week tuh… macam generator lak.. tak perlu sambung wayar kat dinding rumah atau cari stesen caj bateri… enjin 1.2 tu lak, nak hidup nye kena la letak minyak … tu le 28km/l tu kot….
berbanding EV dan REEV, aku berpendapat REEV lebih sesuai digunakan kat Malaysia nih, kerana kalau EV, infra untuk caj elektrik kereta tuh kena banyak kena buat… REEV lak aku rasa, bateri tu kalau dah low, enjin 1.2 yang ada tuh cajkan bateri yang dah week tuh… macam generator lak.. tak perlu sambung wayar kat dinding rumah atau cari stesen caj bateri… enjin 1.2 tu lak, nak hidup nye kena la letak minyak … tu le 28km/l tu kot….
+1
Spec detail memang menarik.
Saya prefer engine REEV. Takut juga nak pakai EV, mesti infra utk charging kena establish dulu. Buatnya tersesat/tersalah jalan atau kena buat perjalanan emergency, risiko juga tu..
Jika REEV, tak susah. Tuang minyak penuh siap2, jalan. Bateri habis, RE charge..
betul tu bro.
Risiko Ev tinggi Tapi jimat banyak. REEv lak risiko sama tinggi tapi still jimat jugak. Tapi Reev boleh pergi jauh berganda dari Ev. Maknanya REEV lebih praktikal dan Reability lebih tinggi berbanding EV.
setiap org ada preferences dia masing2. tgk kegunaan kereta tu mcmana lah. ada yg bergerak short distance jer. lagi pun blm ada manufacturer kat dunia nie boleh buat EV yg boleh pergi long distance. ada pun kereta kecik not a family car. Apa yang penting kita dah ada teknologi EV and REEV, bila dah mula akan ada kesinambungannyer selepas itu. Mungkin pembuat bateri akan buka kilang kat malaysia.. ramailah anak malaysia ada peluang pekerjaan.. income pun masuk.. bila ada jer mcm nie technology akan bkembang lagi… so kita tak leh pikir tentang diri kita jer dulu.. kita kene tgk 2 step ahead…
lepas nie jalan raya senyap skit lah.. kedai exos pun tutup lah lepas nie.. :p
last 2-3 tahun lepas makin banyak kilang solar panel bukak kt malaysia.. kan lagi bagus diorang gunakan kelebihan kt matahari terik malaysia ni buat solar panel sebesar bumbung kereta utk charge battery.. mana tau satu masa nnt tk payah charge kt plug letrik lagi.. cuma gunakan kelebihan matahari je.. free je tuhan bagi
Pada saya REEV ada drawback juga. Kita bayangkan REEV ni ada 2 sistem RE dan EV, manakala EV hanya ada 1 sistem.
Soalnya isu penyelenggaraan. Dari segi kos, maintain 2 sistem lebih mahal daripada maintain 1 sistem. Secara mudah, enjin RE mesti nak kena servis, Motor EV pun kena servis juga.
Saya merasakan kos penyelenggaraan REEV mesti lebih tinggi daripada EV. Tapi dari segi praktikal, REEV memang lebih jimat.
Belum lagi kira aspek alat ganti, kemahiran staff pusat servis dan paling penting, 24hour breakdown assistance. Kereta REEV bukan boleh hantar kedai bawah pokok.
Proton pastinya ada mengkaji aspek ini. Buat kereta sahaja tak lengkap jika takde aftersale service.
BTW, goodjob Proton. Saya sangat2 menantikan EMAS dgn REEV.
Nazri,
Saya sokong. Pasang solar panel atas bumbung. Radio, wiper, immobilizer pakai bateri powered dari solar panel. Parking kereta tengah2 panas, immobilizer on, bila kita nak drive, boleh pasang radio kuat2. Xkacau bateri EV..
Saya cakap senang…cuba buat..hahahaha
in case power dh habis, ada bateri spare , bateri yg bole simpan kuasa lama, tak discharge cpt mcm bateri rechargable biasa…hehe cdgn je
sebab tu dorang tengah buat testing. apa yg aku rasa masa naik kereta nie… dia ada dua mode.. D dan S, yang D tu tekan lah sampai habis pun dia akan cruize 60kmh jer.. kalu masuk ke S.. dia akan cecah 140kmh..bunyi mcm tak laju.. tp bila satu full passanger dan bagaiman dia accelerate ke 140kmh mmg mengagumkan. memang terpesona.. tp rasa banyak lagi nak fine tune coz technology battery nie lagi lama lagi dia improve. so tak payah rushing sangat. So rakyat malaysia dapat lah technology yg terkini dah murah. nantikan jer lah
hehe yg tu saya nak tau, klu dpt naik pun best jugak
laju2 sgt pun tak ke mana pun, apa kesan modul reev ke atas space ?
berapa byk space yg tinggal dlm blm ev dan exora reev?
Wajarian,
Awak terfikir perkara yang sangat kritikal..
Berita panas yg turut melibatkan EMAS.
Proton & Mitsubishi bakal menjalinkan kerjasama yg bakal menyaksikan Mitsubishi Global Small Car dan EMAS berkongsi komponen utama.
http://www.mitsubishi-motors.com/publish/pressrelease_en/corporate/2011/news/detailb915.html
http://www.proton.com/Media-Centre/News—Events/Archives/2011/September/PROTON-And-MITSUBISHI-Motors-To-Pursue-Broad-Rangi.aspx
http://www.themalaysianinsider.com/business/article/proton-in-joint-venture-talks-with-mitsubishi/
Bro Campro,
Berita Proton-MMC collaboration utk Global Small Car dah release kat Proton.com
http://www.proton.com/Media-Centre/News—Events/Archives/2011/September/PROTON-And-MITSUBISHI-Motors-To-Pursue-Broad-Rangi.aspx
New hint;
3. Sharing of major parts and components between MMC’s “Global Small”, which is to be launched next March starting in Thailand, and PROTON’s upcoming “Global Small Car”.
Akhirnya P321A menunjukkan rupa..
Ya, rupa global, tapi safe design. Tak cantik sangat, tapi tak outdated..that’s my word..
Lagi panas.
Proton AGM hari ni memaparkan Exora facelift dan P3-21A sedan:
http://www.cbt.com.my/110915/exora-facelift-and-new-c-segment-sedan-revealed-in-today039s-proton-agm
nak tggu reev/ev atau nak sambar exo fl / R?
Bro statement ckp smua exora ke pkai turbo?sye x bpe fhm…
exo fl je kot ada turbo, prime takde kot..tungguuuuuuuu
tgk pic persona R tu mcm x berapa menarik.. tp mgkin dlm gmbr je.. harap2 la
Side mirror pun nampak kurang mengancam, kalau housing untuk LED indicator tu lagi nipis mungkin nampak lebih ganas sikit, apa pun mungkin tu gambar rendering, production pun belum start lagi, mungkin ada lagi masa untuk tukar designnya.
yg testing pakai foglamp bulat bukan gn LED
rasanya side mirror mmg mcm tu kot, kalau dh ada masa testing, itu final design, rasanya side mirror concept ada problem, mungkin jg sbb kos
saja nk share, tarikh slide : 31 March 2011
http://www.mai.org.my/greenseminar31032011/5a_Moving%20Towards%20Green%20-%20Proton.pdf