ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan bakal guna model Proton sebagai kereta rasmi, batal hasrat menggunakan Honda!

Views

2013-Honda-Accord-3[2]

Laman web Free Malaysia Today melaporkan kerajaan telah menarik balik hasrat untuk menggantikan Proton Perdana dan Inspira dengan Honda Accord sebagai kereta rasmi. Difahamkan kerajaan sedia untuk menanti model sedan eksekutif baharu keluaran Proton awal tahun depan sebagai kereta rasmi, namun hingga setakat ini masih belum ada berita rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mahupun Proton.

Sebelum ini timbul khabar angin, Proton bakal menggunakan Honda Accord sebagai model gantian Perdana tetapi tiada apa-apa perkembangan terkini mengenai status projek ini walaupun ada info mengatakan projek ini masih diteruskan dan prototaip untuk model ini telah pun siap. Free Malaysia Today juga mengatakan beberapa orang pegawai kerajaan telah memeriksa prototaip tersebut dan mereka sangat yakin dengannya. Penghantaran model ini akan dibuat bermula Januari tahun hadapan.

Model sedan eksekutif baharu keluaran Proton itu buat permulaan hanya dikeluarkan untuk kegunaan rasmi kerajaan sahaja. Ada juga kemungkinan Proton akan memperkenalkannya ke pasaran jika mendapat reaksi yang positif. Kita nantikan pengumuman rasmi mengenai berita ini tidak lama lagi.  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

35 Comments


  • Kenapa perlu rebadge? Kenapa perlu lebih dari orang lain? Mereka semua berkerja, berikrar sumpah setia bawah naugan Agong. Apa lagi yang tak cukup? Bukannya diaorg bawak pun. Drebar yg bawak. Diaorg duduk belakang. Jangan kau letakkan kemewahan dunia melampaui amalan tanggungjawab mengurus alam ini. Alhamdulillah ada yang sedar, tersingkap hijabnya. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah menyingkirkan yg batil dan menegakkan yang benar.


  • ini la peluang kita memiliki Honda Accord pada harga Honda Civic…
    keluar dari kilang yg sama pulak tu..
    we should use this to our benefit..

    yg bash tu biasanya dengki or dia dah terbeli Accord pada harga Accord sebenar…
    jgn risau, kalo korang beli yg ori, then u should be proud driving one…
    yg tak mampu beli ori, this is the car for u….
    or yg mampu beli ori tapi nk save duit utk buat benda lain etc, this is ur car too


    • kadang2 rasa kesian jugak kat proton kerana tak dapat memenuhi kehendak/keperluan pihak kerajaan. so terpaksalah walau dgn cara apa sekalipun, keluarkan kereta segment D dengan logo proton. yang penting kerajaan masih menggunakan kereta nasional.

      Bukan tak mampu nak keluarkan kereta segment D. tapi kos dan sumber telah menjadi halangan utama. Nak joint venture dgn pengeluar lain, belum tentu ia memberi keuntungan kepada proton. sebab tu proton takda usaha yg kukuh untuk keluarkan segment D sejak dulu lagi. Walaupun dikatakan telah menjalin kerjasama dgn pengeluar lain utk keluarkan kereta ni, tapi ia tidak pernah direalisasikan.

      Now, proton dah gelabah. kerajaan pulak dah terdesak untuk menggantikan perdana yg sudah usang. nasiblah ada honda. kalau tak, mmg kerajaan dah terpaksa beli kereta jenama luar.


  • OH kerete akak…tapi tetiba jek ader prototype…misteri jugak nih….so JV ngan honda ni still on ker pull handbrake terus…? aiya…pening pening…(aper aper pon cam biaser…bring out the NAP and proton turn around plan, baru nyeyak tidor akak)


  • hudoh ler rupe Honda Accord baru tu.. cmtu punye styling klu PROTON buat kompom kena maki kutuk 40 hari 40 malam.. tp sbb tu HONDA.. rupe mcm Lotong Hutan pun org kite suke.. hahaha


    • Civic tu C-segment bro…. Proton sendiri dah banyak keta C-segment so dia xperlu lagi model tambahan…volume kat C-segment takkan berkembang pun kalo tambah variant lagi…lain la kalo tuko terus


          • Tak setuju lah..

            Produk R3 lebih dinamik daripada Type R. Sedangkan Preve R3 1.6 itu pun dah masuk range DC5 type R kalau dalam trek.

            Baru-baru ni saya melihat sendiri Neo R3 Rally dipandu Karamjit Singh. Ekzos motorbot, Evo pun kalah..

            Sebab tu saya kata Proton R3 ni dinamik. Boleh masuk trek dan boleh masuk rally.


  • hmm..
    rebadge ke tak rebadge ke, sumer org komen. Komen tak abis abis.
    Kalo mcm tu baik beli jer keta brand lain. Jangan bebankan proton. Biar proton dgn model2 dia..
    Pikir jangka pangjang, jangan nak short term, rugi..


  • info yg ak dpt die mungkin gune honda accord jgk.tp dh rebadge la.lps tu proton akn ubah sepenuhnye desgn n spec utk jual kt org awm.dlm thn 2015.


  • ….officially Proton Holding (Automotive – Manufacturing/Distribution) & Honda Malaysia (Automotive -Assembly/Distribution) own by DRB-Hicom….

Leave a Reply