Syarikat automotif Korea Selatan, KG Mobility Corp., mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat pertahanan milik kerajaan Indonesia, PT Pindad, bagi membangunkan projek kereta nasional dan bas elektrik di negara Asia Tenggara itu.
Perjanjian awal atau Heads of Agreement (HOA) telah dimeterai baru-baru ini di ibu pejabat PT Pindad di Bandung, dengan kehadiran Pengerusi KG Mobility, Kwak Jea-sun dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Pindad, Sigit Santosa.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Menerusi perjanjian ini, KG Mobility akan menyokong PT Pindad dalam aspek penilaian produk, pemindahan teknologi dan kejuruteraan kenderaan.
Fokus utama adalah untuk mengembangkan projek pengeluaran kereta dan bas elektrik nasional Indonesia kepada kapasiti tahunan sehingga 200,000 unit. Ini bukanlah kerjasama yang asing buat kedua-dua pihak.
Tahun lalu, KG Mobility telah mengeksport 1,060 unit CKD (kit unit tercurai) untuk model SUV Rexton ke Indonesia, dan merancang untuk meningkatkan jumlah penghantaran kepada 3,000 unit tahun ini.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Menurut KG Mobility, kerjasama ini selari dengan misi mereka untuk mengukuhkan kehadiran di pasaran sedang pesat membangun, terutama di Asia Tenggara.
Pengerusinya, Kwak Jea-sun berkata, sebagai pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara, Indonesia memiliki potensi pertumbuhan yang luar biasa. Pihaknya akan memanfaatkan kelebihan produk dan strategi pemasaran untuk meluaskan jualan di rantau ini.
Kerjasama ini dijangka bukan sahaja memperkukuh industri automotif Indonesia, malah membuka peluang besar dalam penghasilan kenderaan elektrik buatan tempatan yang lebih mesra alam dan mampu milik. – Yonhap
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI