ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia Ceed GT bakal tiba tahun depan, mungkin dalam versi hibrid

Views

Peminat “hot hatch” terpaksa menanti sehingga tahun 2019 untuk mendapatkan Kia Ceed GT baharu yang berkongsi pelantar yang sama dengan Hyundai i30 N. Menurut Autocar, model tersebut dibangunkan oleh Albert Biermann, orang yang sama di sebalik tabir pembikinan i30 N bersama pasukannya dan yang paling menarik, pembangunan dibuat di Nurburgring.

Walau bagaimanapun, Hyundai Motor Group akan memastikan bahawa kedua-dua kereta itu tidak akan ‘membunuh’ antara satu sama lain. Hasilnya, versi Kia dilaporkan kuasa enjinnya akan sedikit kurang berbanding model Hyundai tersebut. Hyundai i30 N ditawarkan dengan dua output berbeza, 246hp dan 271hp dengan 353Nm tork. Untuk versi yang lebih berkuasa, ia hanya memerlukan 6.1 saat untuk memecut dari 0 ke 100km/j dan mampu memcapai kelajuan tertinggi 250km/j.

Kia Ceed GT baharu mungkin ditawarkan dengan kuasa sekitar 200hp, sekaligus menjadikannya lebih mampu milik dan kurang berkuasa, serta boleh menjadi pilihan alternatif kepada Volkswagen Golf GTI. Model ini juga dikatakan tidak akan menggunakan penjana kuasa i30 N, dan Kia memilih penjana kuasa hibrid ringan 48v dengan 200hp.

Casisnya akan turut ditala dan akan tampil dengan rekabentuk luaran yang lebih agresif serta kemasan yang lebih sporty di bahagian kabin. Model hatchback lima-pintu bukan satu-satunya model yang akan mendapat versi GT, ia akan turut diikuti dengan versi Shooting Brake yang menyusul beberapa bulan kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply