ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia Rio Serba Baru dilancarkan

Views

Video pelancaran dan sidang media :

Pelancaran Kia Rio dan Sidang Media

Link ke video asal daripada Ilham Editorial :- Majlis Pelancaran & Sidang Media KIA Rio

Model terkini Kia telah memenagi pelbagai anugerah dan bakal mencabar takhta segmen ‘B’ di Malaysia dengan spesifikasi tinggi dan harga yang amat menarik

  • RM73,888 untuk Model 1.4EX
  • RM79,888 untuk Model 1.4SX
  • Enjin 4-silinder CVVT
  • 6-Airbag
  • Sistem audio Arkamsys
  • Sunroof untuk varian 1.4SX

rio 2

Segmen B, iaitu segmen kereta kompak kini lebih menarik dengan kemasukan Kia Rio yang telah memenangi pelbagai anugerah rekabentuk di seluruh dunia, termasuk Red Dot Award di Jerman. Rekabentuk yang terhasil di bawah tunjuk ajar Peter Schreyer bakal menjadi aspek tarikan utama kereta yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang sebelum ini tidak boleh didapati dalam segmen kompetitif ini.

Yang paling menarik, naza Kia telah Berjaya menghasilkan satu pakej yang padat dengan spesifikasi tinggi tetapi mengekalkan harga yang mampu menggugat semua pesaing lain. Strategi agresif Kia ini jelas menunjukkan bahawa mereka serius untuk menjadi antara tiga pembuat kereta terbesar di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Mereka kini berada ditempat ke enam dengan jualan 2.7 juta unit pad atahun 2012.

Bagi menarik minat pembeli dan memberikan ‘Wow Factor’ kepada model Rio, mereka telah melengkapkan model terbaru ini dengan pelbagai peralatan termasuk 6 Airbag, sistem Audio Arkamsys dan juga sunroof. Peralatan utama ini menunjukkan bahawa mereka mahu pembeli menilai Rio serba baru sebagai satu kereta yang yang melambangkan gaya hidup aktif, muda dan juga eksklusif.

rio 1

Bagi mereka yang mementingkan prestasi, Rio dilengkapkan dengan enjin Gamma 1.4 MPI CVVT yang menghasilkan 109 kuasa kuda dan 137 Newton meter tork. Enjin Gamma telah direkabentuk untuk menghasilkan kuasa tinggi tanpa menjejaskan ekonomi dan ia juga mesra alam.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Sdn Bhd, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar yakin mereka boleh mencari 200 pembeli Rio setiap bulan dan sasaran mereka ialah mereka yang berumur bawah dari 35 tahun dan juga mereka yang berjiwa muda. Spesifikasi lain yang mampu menarik peminat muda ialah sistem lampu projector, Daytime Running
Light LED, lampu arah tepi LED, sistem audio Arkamsys dengan 6 pembesar suara yang boleh disambung kepada i-pod dan alat simpanan muzik yang lain .

Kia Rio juga telah bejaya mendapat lima bintang dari EuroNCAP, sistem penilaian keselamatan kereta paling terkenal di dunia. Bagi pembeli muda, kos penyelenggaraan dan daya ketahanan sebuah kereta merupakan faktor penting. Naza Kia menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had pemanduan. Kia Rio ini boleh didapati dengan warna biru gelap, merah, putih, perak dan ‘electric blue’. Dua varian ditawarkan, 1.4 EX yang menjadi model asas dengan harga RM73,888 dan 1.4SX yang lengkap dengan segala peralatan pada harga RM79,888. Shamsul Yunos | Ilham Editorial Service

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply