Tahun 2012 merupakan tahun yang gemilang untuk Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia), sebuah syarikat di bawah konglomerat kumpulan Naza Group yang merupakan pengimport dan pengedar tunggal untuk jenama Ducati di Malaysia. Dengan pelancaran pelbagai produk dan program gaya hidup yang unik Ducati Malaysia, Next Bike telah diisytiharkan menjadi pemenang ‘Acara Terbaik 2012’ (Asia Ducati Week) dan kategori ‘Jualan Terbaik 2012’ di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) ke-70 di Milan, Itali.
Baru-baru ini, Ducati Malaysia terus mendapat pengiktirafan dengan menerima anugerah ‘Pembukaan Bilik Pameran Baru Terbaik 2012’ dan ini merupakan permulaan yang baik untuk tahun 2013 sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Mirko Bordiga, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik, Encik Juan Chow Wee, Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, semasa mesyuarat pemasaran Ducati Asia Pasifik di Shanghai, minggu lalu.
Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza yang merupakan watak utama di sebalik kejayaan hebat ini berkata; “Kami amat gembira dan berbesar hati kerana dipilih sebagai pemenang ‘Pembukaan Bilik Pameran Baru Terbaik 2012’. Pasukan berdedikasi kami di Ducati Malaysia telah membantu membentuk kejayaan kepada syarikat yang semakin meningkat, dan kami akan memastikan semua Ducatisti dalam Malaysia disediakan dengan perkhidmatan terbaik disebabkan mereka layak sebagai pemilik Ducati.
Bilik pameran Ducati yang mengagumkan terletak di Petaling Jaya, telah dibuka secara rasmi pada 19 April tahun lalu dan merupakan Pusat Ducati terbesar serta paling lengkap di Rantau Asia. Dengan keluasan 201.000 kaki persegi, ia dilengkapi dengan bilik pameran motosikal Ducati, Bologna Cafe, Ducati Club Lounge untuk mesyuarat tertutup ahli Kelab Pemilik Ducati, Pusat Kecergasan, Ducati Merchandise Square, bilik pameran Ducati terpakai dan pusat khidmat selepas jualan dengan 8 ruang servis selain bilik penalaan suspensi. Pusat Ducati di Naza Automall PJ merupakan yang tercanggih dan menjadi pusat sehenti untuk pemilik dan peminat Ducati.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI