ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kimi Räikkönen juara Grand Prix Abu Dhabi!

Views

Tahniah diucapkan kepada Kimi Räikkönen yang telah berjaya menjulang nama Pasukan F1 Lotus dengan memenangi Grand Prix Abu Dhabi semalam. Kimi berjaya mengatasi cabaran Fernando Alonso dan Sebastian Vettel yang kini sedang bersaing sengit untuk muncul sebagai Juara Keseluruhan Kategori Pemandu untuk musim ini. Dengan kemenangan ini Kimi berada ditempat ketiga dibelakang mereka manakala Pasukan F1 Lotus berada dikedudukan keempat keseluruhan Kategori Pengeluar di belakang Red Bull-Renault, Ferrari dan McLaren-Mercedes.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • saya peminat kimi raikkonen..
    dia punya comeback tak penah kecewa..
    dapat jugak dia no1..
    harap lepas ni dia pindah ke team yang lebih power..
    jentera sekarang tak cukup laju utk dia..
    next season harap dia dapat jd juara dunia plak..haha


  • sangat sengit… raikonnen masih hebat.. masih hebat… main rally.. balik semula F1.. penampilan yang berbaloi… mungkin bagi saya prestasinya lebih cemerlang berbanding schumacer.. jgn mare ye schumi fans… sentiasa top 5 at least top 10.


  • Yang lucu waktu race engineer dia transmit arahan, dia jawab “I know, I know, I know!”. Maka memang la dia “know” dia mampu menang hehe..


      • bukan la..
        engineer die suh jage2 penggunaan tayar. sbb strategi alonso simpan tayar dulu, laps tu baru gile2 kejar.. raikkonen lak bajet leh laju terus smpai finishing sbb baki lap pn xbyk.. kire gamble la.. tu pn nsib baik alonso da dkat, tp race da tamat.. kena 5lap lagi ke, gerenti alonso potong la..


  • Penglibatan lotus dalam f1 seperti tiada impak, harus dikaji semula. Jgn asyik bagi alasan anak tempatan dapat pendedahan sedangkan lotus dah mcm nak bankrupt. Syed zainal pun dah lari aritu ckp jv ni boleh market proton di russia (eropah timor). …..sekali sekala pikir dzs ni pun tin kosong gak…..hampeh….

Leave a Reply