ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontroversi mengenai rekaan t-shirt Harimau Malaya temui penyelesaian!!!

Views

Akhirnya kontroversi mengenai rekaan t-shirt Harimau Malaya telah temui penyelesaian secara positif antara pihak Funtasticko Design & Cokelat Printing Studia serta agen2nya. Petang tadi saya telah mendapat panggilan dari bro Fazil & dia telah memberi segala penjelasan kepada saya bagaimana isu panas ini boleh berlaku. Puncanya ada wujudnya “pihak ketiga” yang “menyamar” dan telah berjaya memperdayakan pihaknya bahawa rekaan tersebut adalah miliknya. Setelah itu orang ni telah cuba untuk “melepaskan dirinya” dengan memberi pelbagai alasan & tidak menjawab panggilan telefon. Jadi pihak bro Fazil telah mencurigai orang ini & akhirnya mengakui dia telah terkena. Dia juga telah mengiktiraf rekaan ini adalah sebenarnya dari Funtasticko Design. Jadi ada perbincangan & penyelesaian telah dibincangkan untuk menyelesaikan perkara ini.

Diharap selepas ini perlu ada sikap berhati-hati ketika berurusan dengan rekaan yang merupakan “harta intelek”. Jadi saya mewakili Funtasticko Design ingin meminta maaf jika komen2 diblog ini agak ekstreme sebab saya faham mereka semua ini telah berdiri dibelakang saya untuk memperjuangkan hak ini. Ada dikalangan kami merupakan designer yang profesional yang tidak boleh berkompromi dengan isu2 ini. Semoga penjenayah yang sebenar mendapat balasannya tak lama lagi, takkan selamat hidup dia  sebab MENCURI, MENIPU & MEMBUATKAN ORANG YANG TAK BERSALAH BERGADUH.

Zarul@Campromania,

(Pengasas Funtasticko Design)

* Penghantaran kedua t-shirt Harimau Malaya telahpun dibuat, kepada yang telah menempah TERIMA KASIH saya ucapkan & nantikan t-shirt anda dalam masa terdekat.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • terbaeekk…..

    thumbs up to bro fazil dr cokelat printing kerana anda begitu gentle dalam hal ini…

    all the best for both of u, funtasticko & cokelat printing… mane la tau kot2 mase depan korng boleh buat projek same2..


  • saya dah pun chatting dengan sebahagian ahlinya, dan dia pun mengakui masalah yang sama seperti yang bro ceritakan di atas tadi.. harap semuanya selesai..

    🙂


  • Alhamdulillah..saya juga meminta maaf kpd bro fazli and the gang atas sikap saya yg keterlaluan..saya mmg x suka perkara begini terjadi kpd bro izarul dan juga rakan2 yg lain.semoga bro izarul dan rakan2 lain yg buat bisnes design berhati2 selalu dan maju jaya utk masa akan dtg..aminnnnnnn…


  • syabas..aku juge nak mintak maaf kepada GB collection atas comment kat Fb korg. BTW komen tu sebelum korg deal dgan Bro Campromania..Emosi skit mase tu…huhu..up to korang la nak delete ke x..sebab bg aku kedua2 pihak adalah mangse keadaan..kalau aku delete sendiri kang nampak macam lain plak…btw lets be frens..cheers


  • Assalamulaikum semua…aku MUSZ serta partner AIMI dan juga supplier, FAZIL aku yang sentiasa backup agen2 nya..thanx to Bro izarul@ campro di atas kerjasama..terus terang kami x cepat melatah dan terburu buru buat keputusan..hari pertama kes nih, aku serta partner dapat BLACKMAIL dri somebody yang gune no henpon yg x dikenali..nak ugut tuk melapor kepada pihak polis..kami x takut sebab kami x buat salah..satu hari tuh penuh dengan komen2 liar@kasar@ayat kerek dan sebagai nya…atas dasar PROFESIONALISME aku siasat dan terus call stranger yg bg msge tuh..last2 no company…tau pulak TAKUT..then aku terus call bro campro tuk jelas kan hal yg sebenar..dan rase TANGGUNGJAWAB, aku deal ngn boss aku fazil tuk setel hal nih ngn zarul..Alhamdulillah sume nye selesai…cume nasihat aku kalo nak komen tuh “Fikir dulu sebelum tulis, dan siasat betul2″..sebb BAHASA menunjukkan BANGSA..ISLAM x ajar perkara yg buruk kan? x pe la sume nye da setel..dan syukur pada ALLAH yg beri kekuatan pada kami tuk menghadapi kes mcm nih..anyway aku dah MAAF kan korang sume..aku pun bukan jenis pedendam dan aku seorg yang PEMAAF..akhir kata maju lah anda semua dalam setiap bidang di ceburi..insyaalah

    ” PROFESIONALISME GAYA USAHAWAN TERBILANG”

    Ikhlas,

    MUSZ & AIMI
    Director,
    GAH BAHTERA RESOURCES

Leave a Reply