Kumpulan pertama sampel kejuruteraan bateri keadaan pepejal (SSB) keluaran Anhui Anwa New Energy Technology, syarikat yang disokong oleh Chery, telah mula dihasilkan dari barisan pengeluaran pada 4 Julai lalu.
Menurut portal CarNewsChina, perkembangan terbaharu ini menandakan permulaan kepada usaha pengeluaran besar-besaran bateri generasi baharu yang lebih selamat, berprestasi tinggi dan menjimatkan tenaga.
Syarikat Anwa ditubuhkan pada Jun 2020 dan disokong oleh dua nama besar dalam industri automotif dan teknologi bateri China, Chery New Energy, yang memegang 9.89 peratus pegangan, dan Gotion High-Tech, dengan 5.89 peratus saham.
Usaha ini adalah sebahagian daripada pelan besar Kumpulan Chery yang telah mengumumkan rancangan untuk menghasilkan bateri keadaan pepejal secara besar-besaran pada Oktober 2024.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Bateri keadaan pepejal generasi pertama Anwa mempunyai ketumpatan tenaga setinggi 300 Wh/kg dan telah lulus ujian keselamatan baharu bertaraf industri, “No Fire No Explosion“. Ini sekaligus memberikan keyakinan terhadap aspek keselamatan penggunaan dalam kenderaan elektrik.
Kilang pengeluaran yang terletak di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhu ini menampilkan sistem pengeluaran rantaian penuh yang merangkumi lapan fungsi utama termasuk salutan automatik untuk elektrod positif dan negatif, gabungan diafragma elektrod, serta proses penyegelan haba dinamik.
Dengan panjang lebih 35 meter, talian pengeluaran ini mempunyai kapasiti sehingga 1.25 GWh dan mampu menghasilkan bateri pada kelajuan 20 meter seminit. Teknologi laser slitting pula digunakan bagi menangani isu pencemaran habuk semasa proses pengilangan.
Lebih menarik, kilang ini menggunakan proses pengeluaran kering lima langkah, yang membolehkan penjimatan tenaga sebanyak 20 peratus dan mengurangkan kos pelaburan aset tetap sehingga 30 peratus.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Selain bateri generasi pertama, Anwa turut mengesahkan bahawa versi generasi kedua dengan ketumpatan tenaga 400 Wh/kg kini sedang dalam fasa percubaan pengeluaran.
Sementara itu, generasi ketiga yang menyasarkan ketumpatan 500 Wh/kg dijadualkan memasuki fasa pengeluaran besar-besaran menjelang tahun 2027.
Di samping itu, Anwa turut merancang untuk membina pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bateri keadaan pepejal 5 GWh dan sebuah talian pengeluaran automatik sepenuhnya di lokasi yang sama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Buat masa ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai model kenderaan yang akan menggunakan bateri keadaan pepejal Anwa.
Sebelum ini, crossover elektrik Chery Exeed Exlantix ET mula diuji di jalan raya China dengan pelekat tertera “All-solid-state battery” di bahagian sisi kenderaan, memberi petunjuk bahawa ia mungkin menjadi antara perintis kepada penggunaan teknologi ini di pasaran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI