ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan Volkswagen edar lebih 6 juta kenderaan sehingga Ogos 2013

Views

vw-logo-png-3201-hd-wallpapers

Walaupun dengan ketidaktentuan ekonomi dunia terutamanya di Eropah, gergasi automotif Jerman, Kumpulan Volkswagen masih mampu mengedar 6.17 juta unit kenderaan dari bulan Januari sehingga Ogos 2013, peningkatan sebanyak 4.5 peratus. Situasi pasaran pada bulan Ogos agak sukar kerana pasaran dunia kekal stabil dengan pengedaran 720,400 unit telah dibuat hanya penambahan 0.1 peratus. Jenama Volkswagen berjaya mengedar 3.84 juta unit kenderaan seluruh dunia dari bulan Januari sehingga Ogos. Volkswagen menunjukkan peningkatan jualan di China dengan 1.56 juta unit dan di Mexico 92,100 unit, namun pasaran mereka sedikit menurun di Eropah.

Audi pula telah mengedar 1.03 juta unit kenderaan seluruh dunia dengan peningkatan sebanyak 7.2 peratus, manakala pengeluar kereta sports car berjaya menjual Porsche, 106,800 unit dalam tempaoh lapan bulan yang pertama.ŠKODA telah berjaya mencatatkan jualan 598,400 unit seluruh dunia dalam tempoh yang sama. Kenderaan Komersil Volkswagen pula meneruskan rekod yang stabil dengan 358,400 unit tidak termasuk jenama MAN dan Scania.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply