ARKIB

KATEGORI

Buletin

McLaren 12C telah tiba di Malaysia!

Views

mclaren 1

Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan

Jenama yang terkenal dengan pembuatan kereta sport berprestasi tinggi McLaren kini telah tiba di Malaysia! McLaren nama yang begitu unggul dalam dunia Formula 1 telah memperkenalkan dua versi kereta sportnya 12C. Sime Darby Auto Britannia adalah pengedar tunggal di Malaysia yang akan memasarkan jenama ikon British itu di sini sebagai McLaren Kuala Lumpur.

Direka bentuk dan dibina sebagai sebuah kereta sport yang tiada tandingan, 12C diilhamkan oleh warisan kejayaan dan kejuaraan dunia McLaren dalam Formula 1. Pasukan khas yang dianggotai pereka dan jurutera bertaraf dunia yang sudah menimba pengalaman dalam perlumbaan Grand Prix telah ditubuhkan untuk membangunkan sebuah kereta yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemandu, dan menawarkan prestasi menyeluruh yang terbaik dalam kelasnya.

“12C Coupe dan 12C Spider adalah kenderaan yang unik kerana kereta sport yang “semata-mata” memberi tumpuan kepada pemandu ini menawarkan prestasi tinggi dan daya pacuan setiap hari. Semua kenderaan McLaren telah dan akan terus membawa piawaian prestasi baru di samping mengekalkan kecemerlangan daya pacuan, keselesaan dan kecekapan,” jelas Mirko Bordiga, Pengarah Rantau Asia Pasifik, McLaren Automotive.

Berlandaskan teknologi Formula 1, model 12C menggunakan casis MonoCell gentian karbon untuk memberi lebih kekuatan dan mengurangkan berat. Ia juga dipasang dengan Brake Steer dan Brek Udara aerodinamik ‘aktif’ McLaren, dua teknologi yang  tidak dibenarkan dalam Formula 1 kerana memberi kelebihan prestasi kepada kereta lumba.

mclaren 4

Untuk Model Tahun 2013, peningkatan telah dibuat kepada 12C untuk menambah baik prestasi dan daya tindak balas. Kenaikan kuasa sebanyak 24 kuasa kuda (BHP) membolehkan output maksimum sehingga 616 BHP, manakala transmisi  SSG tujuh kelajuan telah ditambah baik dengan penentukuran baru. Perubahan ini menghasilkan 12C yang lebih laju dan intuitif, tetapi tidak mengurangkan kecekapannya. Model 12C terbaru ini boleh mencapai 0-100 kilometer sejam (kph) dalam 3.1 saat dan mencapai kelajuan maximum 333 kph!

Prestasi yang dipertingkatkan ini tidak sedikit pun meningkatkan penggunaan minyak dan kadar emisi CO2 yang berkaitan tetap berada di tahap yang sama. Model 12C baru yang dipertingkatkan menggabungkan kecekapan penggunaan minyak 11.7 l/100km dan 279 g/km CO2.

Versi 12C Spider juga menggunakan kuasa enjin V8 3.8 liter, sama seperti yang dipasang dalam 12C Coupe. Dengan daya pecutan dan kelajuan yang setanding, 12C Spider adalah versi convertible (kereta berhud) yang tidak kurang hebatnya daripada versi Coupe. 12C Spider juga mampu menarik masuk bumbungnya dalam masa kurang daripada 17 saat pada kelajuan sehingga 30 kph. Buat masa ini tiada informasi mengenai harga kedua-dua model ini yang dijangkakan mencecah jutaan ringgit!

SPESIFIKASI :

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kalau tak silap…kat sane boleh servis jugakkan?
    So, sape2 yang beli Mclaren 12C recond boleh servis sekali ke? Yerla…terjamin sikit.
    Tak payah servis kat bengkel2 kat Sunway/PJS tu…huhu.

Leave a Reply