ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagenda Jimny kini kembali!

Views

Suzuki Jimny 0018

Baru-baru ini Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah memperkenalkan model lagenda SUV kompak, Jimny ke pasaran Malaysia. Majlis pelancaran model tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Marzuki Mohd Noor, Pengerusi Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd dan Mr. Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd di Empire Subang.

Jimny dijana oleh enjin 1.3L  M13A DOCH yang mampu menjana daya kilasan (110Nm @ 4,100rpm) dengan respons yang cepat dalam segala keadaan permukaan jalan. Dengan beberapa perubahan ketara temasuk dibahagian bumper dan jeriji hadapan yang menunjukkan rekaan yang lebih mantap dan praktikal, Jimny amat sesuai untuk dibawa bekerja dan bermain.

Terdapat hanya satu varian, JLX, Jimny berharga RM 84,888 untuk transmisi  manual dan RM 89,888 for transmisi automatik (harga atas jalan tidak termasuk insurans). Jimny ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Silky Silver Metallic, Superior White, Prime Ever Green dan Metallic Quasar Gray.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply