ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi gambar Myvi Extreme 1.5, "Lagi Power, Lagi Best"

Views

Interior shot

Nampak gayanya Myvi Extreme 1.5 ni memang dah sangat hampir dengan tarikh pelancarannya yang dijangka pada 16hb ni. Pembaca blog Paultan.org, Khairiizuan Bin Nazarudin telah berjaya mengambil gambar di pelabuhan (kemungkinan kereta ini bakal dihantar ke Sabah, Sarawak, Labuan ataupun Langkawi). Kemungkinan besar kereta ini untuk showroom & test drive sekali. Siap ada sticker dengan tagline baru “Lagi Power, Lagi Best”. Kalau nak tau apa yang “Lagi Power, Lagi Best” ni kena la pergi ke showroom & test drive sekali. 🙂

sumber : paultan.org

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

172 Comments


    • kasi tukar warna benang la pulak, baru nampak menarik skit..harap bukan seat standard la, kalau boleh seat bucket supaya lagi teruja japan wannabe ( tak kisahlah pakai SSCUS ke apa RECARO mahal sangat)


      • Mintak maaf cakap la kat peminat fanatik P2.
        Benda kalo dah direka sebagai city car, buat sayap macam mana pun takkan leh jadi sport car. Yang paling tak lawa dimata aku ialah yang belah depan. Macam penyodok salji.


  • door handle chrome macam x kena plak ngan nama EXTREME tuh…

    harap² P2 akan offer Myvi Premium (tanpa bodykit) tapi bernadikan enjin 1.5 liter…


  • patut P1 buat mcm nh.. “lagi power, lg banyak minyak, lagi best kereta jimat minyak, lagi murah dari lagi bagus, lagi2 berbaloi”


  • Myvi Extreme dilengkapi enjin 1.5 kan? Power to weight ratio Myvi ini pastinya akan memberikan asap kepada Satria Neo CPS dalam jalan lurus.

    Instead of sekadar tukar bumper, kenapa Perodua tak redesign semula fender, tambah sikit track width, atau sekurang-kurangnya dengan tayar 15inci dengan lebar tayar ditingkatkan? Belum mengambil kira sistem gantungan, sistem brake dan keperluan keselamatan lagi.

    Saya berpandangan, dengan nama ‘Extreme’, rekaan bumper front wing ala F1, pemandu akan merasakan (perasan) Myvi ini sebagai kereta sukan (Sport Car) dimana pada hakikatnya ia hanyalah Myvi yang biasa. Saya takut nanti kereta tidak mampu melayan kehendak pemanduan pemandu dan ini sangatlah bahaya.

    Dalam perkara ni saya bukan hendak memuja Proton. Dimana Neo CPS sangatlah tidak sama dengan Neo Campro dari segi ukuran track width. Belum lagi Neo R3.

    Rekaan luaran akan mengubah persepsi pemandu. Designer perlu juga mengambil kira mentaliti masyarakat Malaysia kini. Lihat sahaja betapa banyak kereta merempit di jalanraya. Adapun yg berfikir, pasang spoiler, kena drive laju-laju.

    Sekadar cetusan hati saya. Harap ada yg baca dan memahami..sekian


  • “Lagi Power, Lagi Best”.. hmmm banyaknye kerosakan bahasa yang telah dilakukan oleh Perodua ni.. tp pelik jugak, xde siape pun yg bising..senyap jer.. atau pun saya yang ketinggalan? yela mane tau “power” dan “best” dah diterima sbg bahasa melayu.. heheeee


    • Biasalah tu, ayat ‘power’ dengan ‘best’ tu dah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian terutama sekali golongan muda, apa salahnya memartabatkan Bahasa Malaysia, orang2 kat PerutDua ni banyak sangat makan rojak. Apa agaknya ayat untuk versi inggeris, “More Power, More Best”. hehe


  • wah semakin ligat P2 bila umum demand Myvi sudah 18ribu… berita thari tadi…. Ceo P2 kata ia cuba mengikut cita rasa pelanggan…. ikut la.


  • nak tau apa istimewanya extreme nih
    selain drpd enjin 1.5, apa lg kelebihannya dr myvi biasa
    semua sporty features tu functional ke atau make up je?
    tungguuuuuuuuuu


  • nk komen luaran je.. blkg nape takde wiper blkg mcm standard model? nnt bila overtake kalau tk nmpk org blkg gak susah sondol kete myvi ni..
    depan plak wiper sama je mcm proton.. en @poton mana tk mau komen ke?


    • Ko tengok wiper Exora n Persona pastu tengok balik wiper kereta mahal tak mematut ni (Myvi 1.5). Pastu tengok mana yang terjojol. Dapat tengok depan mata lagi bagus.


  • rata2 di paultan mngatakan myvi nih lg power dr vios coz power to weight ratio lg bgs,tp bg akulah, maybe on par saje coz klu pkai enjin alza@avanza yg di downgradekan hp n torque,n berbanding enjin vios yg pkai aluminium, this one pkai cast iron,so byk bezanya.
    Kita tgk mana power, iafm plus 1.6@downgrade 1.5 vvti toyota.
    Ini bleh buat perbandingan coz power to weight ratio hampir sama.
    So mana lg power,iafm plus + cvt lwn vvti + 4speeder. Mari kita tgk :- )


    • harus diingat, center gravity myvi ni x sesuai utk speed cam yg aku dh komen di atas…sbb tu le bnyk myvi t’golek dlm longkang or t’babas di jlnry & highway sbb owner perasan diaorg pakai keta sukan padahal pakai keta kompak je..aku ulang sekali lagi…DESIGN MYVi MEMANG TAK SESUAI UNTUK SPEED & LAYAN KORNER!!!! klu sape2 rajin nk tunjuk bangang di jlnry & highway dgn myvi,silakan….

      ape guna enjin myvi xtreme ni lagi power dari vios (turut x stabil ketika speed & amik korner…heran aku…) andai nyawa jadi taruhan…memang x b’baloi2…


  • makin takut nak bawa kereta lepas ni. sebab kalau model 1.3 sebelum ini pun bagai nak gila dok mencucuk di highway, apa lagi kalau kereta 1.5 dengan spoiler ala batman ini. IMHO, ramai pemandu Myvi ni agak agresif di atas jalan.

    Sila pandu berhati-hati, dan janganlah nak eksyen sangat.


  • off topic : VW Das Auto Show start esok kat car park Stadium Bukit Jalil.. memang grand la.. bila pulak Proton nak buat nak buat benda macam ni? takkan takde bajet kot nak promote brand sendiri.. 🙂


    • Saya nak melawat Das Auto esok atau Ahad ni.

      Terpulang kpd Proton nak buat pameran mcm mana, sama ada segah VW atau sesuatu yg lebih bermakna. Open house kat kilang & R&D seperti beberapa tahun lepas pun OK. Cuma tambahkan bahan2 pameran yg susah nak dilihat seperti clay model atau prototype yg telah direject dll.


    • mmm… prootn akan buat se gah VW auto show tu bila diorg dah ada barisan model2 yg meyakinkan utk pasaran global. kalau stakat persona R jer, tak cukup. Bayangkan bila dah ada persona R sedan, persona R hatchback, Emas, perdana R, Satrio Neo R, Exora R, new proton Crossover, SUV… pergghh… pada masa tu, tak segan nak buat grand opening mcm VW buat tu.. hehehe

      cheers!


    • Siapa nak pergi Das Auto? Angkat Tangan…

      Macam nak pergi. Tapi rasa macam tak pergi pun tak rugi jugak.

      Sebabnya tak berapa minat sangat dgn VW. Lebih cenderung French Makes seperti Renault dan Peugeot serta Fiat.


      • tadi terserempak ngan kwn lama budak kayaba,dia cakap Proton ada hantar satu spec kereta baru,katanya gaya2 mcm caldina,aku tanya persona R ke??bukan katanya ada satu spec baru….aduyaiii mgkin pening!!!Theking pun dh hilang!!!!


      • Bro chor,

        Kita sealiran. Wishlist saya ialah Clio 197, Peugeot 207 GTi dan Fiat Punto Esseesse. Tapi semua model ni macam tak mampu je nak beli. Lebih2 lagi kena pakai AP..aduh..


  • soalan ulangan utk myvi extreme…

    ini kereta ade disc brake belakang tak?
    kalo xder, mesti perodua ade ‘main’ dgn abg J…huhu…

    p/s: kipas susah mati perodua jgn marah yek…sbb korg gak yg ckp camtu dulu…hahaha…


    • Price : RM 56 400
      Make: Perodua
      Model: MyVi
      Reg. year: 2011 Mileage: 0 – 4 999
      Transmission: Auto
      Engine Capacity: 1500 cc
      Accessories: Solar Film, CD Player, Leather seats, Airbag driver, Airbag passenger, DVD Player, Navigation system, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering

      ni ambik kat mudah, tak tau betul ke tak.. kat paultan ckap ada 4 versi & salah 1 versi extreme…disc brake belakang tu x sure la..


    • nissan syplhy pun xda disc brake blkg. tu 2.0, cvt punya kereta.

      yg penting brek depan kena disc, sebab load besar utk braking. blkg ni x besar load dia.

      exora guna drum besar kat belakang, means, drum brake pun leh guna untuk kete besar, n berat. ape lagi kete ringan n kecik.

      engineered by cost but not sacrifice performance org kata.


  • alaa… Proton keluarkan Emas cepat.. ngan 1.5 jugak,spec skirting takyah la macam traktor ceduk tanah kat tapak pembinaan,pastu harga jual 40k-45k “Lagi Murah,Lagi Jimat”…
    lesap laa Perodua Lagi Power,Lagi Best…


  • huhu td pun kena cucuk dgn myvi, tu br 1.3 kalau 1.5 tah berapa kali kena cucuk la nanti
    best sgt ke keta aku sampai kena cucuk?
    pernah kena cucuk dgn civic la, vios la, mazda6 pun pernah jugak, rasanya nak test power cornering kot
    ish ish iiiiissssshhhhhh


  • nak sporty ek,
    how about saga flx 1.6 manual.
    laju??? 3000 115kmh ,,4000 153kmh. (gatreg la) manual has a fun factor
    but need to change to 15inch with 195/50 at least.


    • stylist proton pun berbakat, ada yg pernah dapat biasiswa lamborghini dulu…hahaha…cuma perodua punya stylist terhad sgt nak tunjukkkan bakat sebenar, bukan pe..kena design lampu & bumper je untuk exterior & interior sikit.. sekurang2nya stylist proton dapat la reka keseluruhan kereta tu tanpa sekatan dari mana2 pihak


      • bumper je?

        rasa2nya kalau in term of engineering, bukan bumper je kut.

        hood, side fender, fender belakang area lampu, door hatch belakang pun dorg tukar. tu belum benda2 yg tak nampak lagi, yang bukan panel luaran.


      • ko plak aku da lame cium fanatikus proton..
        x perlu nk sanjung bagai proton cvt bla bla bla mcm sebagus audi…
        x salah nk sokong, tp x perlu nk condemn yg laen membuta tuli
        akhirnye jualan perodua jugak yg lebih baek, sbb toyota diblakang? sape toyota?
        pegi google. Nape ko x suke brg jepun? umah ko pakai tv cap ape? pakai peti sejuk cap ape? pakai mesin basuh cap ape?
        kalo stakat penah bwk proton je seumur idup, gitu la jdnye.
        kalo itu je yg ko mampu, no hal.. aku x hina.. so, hati org laen pun d jage same..


      • kitkat, nama kau tak jepun pun, ingat lah kau malaysian, bukan japanese. haha. lagi satu kalau nk sangat jd jepun, tukar nickname kitkat keada maria ozawa. haha.


      • ni satu lg mangkuk ayun..
        tang mane ntah aku ckp aku japanese
        nk kutuk perodua pun, org malaysia jugak yg keje
        nk kutuk perodua, org malaysia yg gune
        ko sndiri pun xyah nk deny ko xde brg jepun kt umah..


      • @celicazz

        hood, side fender, fender belakang area lampu, door hatch belakang dan bumper bukanlah keseluruhan kereta, itu yg dimaksudkan oleh abg campromania tu


      • diorg reka chassis ke?
        kalu setakat skin, mmg kena improve la. dh bape thn dh p2 tu?

        sorry, umah aku brg jpn ialah psp, ps2 & aircon jek. yg len korea. japs overrated.

        jgn ckp toyota xmen peranan. ko tanya la yg bli p2, rata2 ingat toyota. ada ingat p2?

        apa2 pn, kalu compare ngn passo hana, mmg myvi d54t ni lg unisex la.


  • x ora tebo tu ,2012 kot
    gitu gaya ,,letih letih,

    flx 1.6 ntah bile,,,hmmmm.

    proton oh proton, potong Q la sikit. thak yah la ser ser, ponat den.
    tak cekat den nunggu. lemowh lemowh.

    janganlah slow sepanjang zaman.

    tunggu iafm ,,iafm tak menjadi , gearbox zaman batu (4 spd)
    tunggu 1.6 towk nampowk nampowk

    tunggu turbo, last last fikiran dah bertrabo.
    sian hambo yan setio. hadoi,


  • Yela kitkat, sebenarnya cik kitkat yang sebenarnnya beli semua barang Jepun, ni la dia Japan wannabe yang sebenar. Syabas kepada anda.


      • Orang lain dok kata PerutDua lebih bagus, kau pun sebut, aku taknak.
        Ni dia beli kecerdasan terlebih, cakap pula terlebih-lebih.
        Berehat sebentar bersama KitKat.


      • @ kit kat

        it sound ur more professional than others among ours la ek…. Think again…
        Tak perlu cakap besar kat mana2pun ( karma u-know). Tapi kalau bro terlebih info, sila la share, Kitorg x kisah pun Lagipun setiap org mesti ada kelebihan masing2.


      • x perlu nk share ape.. sbb korang kan lg pandai menilai penyodok salji bagai…
        ade ke engineer2 perodua nk bls kritikan2 korang tu.. xde kan? sbb buang mase..


      • korang…peroTdue ade kuarkan kete br, ~~miyabi kitkot~~ yg tu jnis bumper ada penyapu, ok wat penyapu blend with penyodok,hahaha, kitkot..klu lu xda info jgn nk blagak lah bai, serabotlah, klu ktrorg kat cni pandai blaka ape mslh ko, ko cite mcm bgus punya, lagi power (harganya), lagi best (sbb kuat menipu), band je mamat kitkot ni, patutnya slogan utk miyabi baru tu ialah, LAGI PENDEK LAGI MENYONDOL, klu yg utk extreme edition, LAGI PENDEK LAGI EXTREME NYONDOLANNYA!!!! hahaha


      • La kata kat sini semua pandai menilai penyodok salji(marah ke guna ayat ni untuk kereta kuning kat atas tu), bila nak share tak nak pulak, jangan dilayan manusia sebegini, ‘buang mase’ la katakan. Dia rasa dia hebat dan betul, biarlah asalkan coklat ni bahagia dengan hidup dia.Macam tak biasa pulak tengok manusia spesies sebegini selalu menyampaikan idea ‘berwibawa’ mereka.


    • Biarlah dia merepek seorang diri, dari situ kita boleh tahap apa dia ni. Syabas dengan tahap anda yang lebih hebat dari yang lain. Takpelah kita kena jugak bagi ruang untuk kipas susah mati PerutDua. Dia pun nak ada tahap dalam berforum.


  • Mlm td kt hghway karak semput waja aku kejor myvi se silver. aku tgh lyn corner 120km/h dia slumber berdesup tepi aku. Lps tu aku tkan smpai 140 pn still xleh nk smpai kt dia. Baru 1.3 tu. Yg 1.5 ni xtau la cmana peg..


    • entah la, myvi ada turbo kot, kalau GTR tu tak perasan dr blkg pun tiba2 dah ada kat tepi pastu dh ke dpn, tu masa aku bwk 150/160km/h tu…apa pun mmg bahaya klu kereta mmg bkn tujuan mcm tu then wat mcm tu lak, GTR mmg performance car tp myvi extreme ni handling wise selamat ke nk wat mcm tu?

      tungguuuuuu……hehe


  • just like brother and sister, just talk from your heart, just about anything, even to the deepest technical.
    personally my friends are from produa owners, nissan owners, peougot owner. we seriously talk about cars ,hang out together. share knowledge. respect each other . they are flattered the proton tol come up with cfe as well as the use of cvt for improvement. yes everyone have their own principle and preference but its not something that putting us apart.
    we put it to a rationale when talking about cars.


  • walaupun aku bukan owner proton atau perodua aku masih respect keter2 negara kita nih. Biarlah myvi ni nak kuar bentuk mcm mana sekali pun. mmg harga overprice tp yg honda jazz yg hodoh tu lagi overprice 100k something dan satu lagi Yaris pun overprice bukan lawa atau performance bagus mana pun. Myvi ni kira ok la.. Lagi satu aku tngok yg dok mengutuk yg pakai Myvi banyak kat atas jalanraya skang nih. Kat Taiping kejap ja myvi ni dah bertaburan atas jalan ntah2 one of them salah satu yg mengutuk myvi nih. Just my 2 cent ok..


  • kenapalah tak ada pandu uji jangka panjang untuk Saga FLX, sekurangnya orang ramai tahu ada yang ‘lagi best’ untuk dimiliki di pasaran.


    • Mungkin sebab nak tunggu stok FL habis dulu kot. Sebab kalo menurut info yang dikongsi oleh bro “awak”, Saga FLX ni a lot better banding ngan FL. So kalo publish finding awal2, langsung tak laku la model FL yang lama tu.


    • FLX is new for a long term test. but for now you may want to listen that saga flx long distant consumption -+ 11cents/km (highway) and city drive around 16cents/km.

      this is the best consumption besides savvy. 14cents in town but long distant is 14cents as well.(its due to under-gearing setting 3000rpm at 90kmh of the savy)

      so far FLX is a best buy i think. not to mention the upcoming FLX 1.6 cvt or manual, and next it could be the exora cfe cvt.,powerful and fuel saving.


  • kita kena akui setiap kereta ade kebaikan dan keburukan… pada aku, walaupun myvi kuning ni byk yg buruk pada pandangan kita… tp kena tgk gak hasil jualannya nanti… sebab bagi yang tau serba serbi mengenai automation mmg tak beli myvi kuning ni.. tp klu keseluruhan rakyat malaysia rasanya cuma 20% je yg tau byk mengenai automation… bakinya 80% ttp akan beli punya… pada saya P2 berjaya dari segi sasaran market… sebab kat taman saya ni pun hampir kesemua rumah ade kereta perodua tak kirala alza, myvi, viva, kenari atau kancil…


    • Cantik tak cantik tu pandangan masing2. Saya secara peribadi merasakan Myvi kuning ni cantik juga.

      Cuma rasanya lebih sesuai jika Myvi kuning ni tidak digayakan seperti kereta sport.


  • aku mmg suka berckp menda rational, dan aku akui aku fan proton, bukan perodua.
    Tetapi rational mr kit kat@mrs kit kat (maaf,xtau gender,so sory kalu silap),agak bias jugak coz masa proton kena kutuk,xda plak mr@mrs kit kat ckp ‘minat tp jgn kutuk kete lain’,tp bila perodua ajer,melenting..
    Mcm kit kat ckp apa la bagus cvt proton,bukan ke namanya mengutuk jugak?
    Kata org mangkuk ayun la, kurang kecerdasan,tahap org rendahlah, adakah itu rational?
    Aku mmg berckp kasar kalu org ckp kasar,tp dah le br je kat sini,tetiba jer nak menyentuh peribadi org.
    Btl,ko ckp engineer perodua x penah balas(walupun kdg2 nak jugak engineer perodua balas coz bleh bagi ilmu),tp,bukanla nk ckp aper,bila dah baca statement engineer(powertrain dpt katanya) perodua kat cbt n harian auto,masa launching alza,kenapa alza punya enjin,hp n torque kurang dr enjin avanza yg sama jer enjin dia?
    Kit kat tau apa jawapan perodua engineer yg profesional(bukan mcm kami kat sini yg bwh amatur lg)?
    Engineer perodua ckp, alza punya enjin,kena krgkan hp n torque dia sebab berbeza dgn avanza, avanza rwd,alza fwd. Klu sama hp n torque, maka fc alza lg tinggi n akan jadi makin kurang performance bila hp n torque lg tinggi mcm alza.
    Maklumlah mr@mrs kit kat kan tahap tinggi,pro kah katakan,so apa komen anda yg pro terhadap komen engineer produa yg pro nih?
    Sblm tu,check dulu power engine toyota passo sette@daihatsu amenda tah,aku xberapa ingat yg jd base alza, so tgk pwr engine dia sama ngan alza@avanza n kete tu fwd@rwd?
    N bro celicaz,bleh x berkongsi yang mana part dalam yang perodua tlg produce utk toyota@daihatsu?
    Maksud saya,bukan ke toyota@daihatsu kuar dulu kete tuh baru perodua,so part mana perodua tlg engineered kan? Maaflah,saya xtau,bleg tlg share spya tambah ilmu.
    Yelakan,myvi lg bestkan suspension depan dia apm,blakang kayaba,sebab tuh better ckit dr myvi lama yg pkai apm gak. Tapi heran jugak,apsal pkai kaya blakang,knp xpkai apm ajer? Kalu setting myvi lama tuh lembut,kan bleh reengineered smula mcm tukar setting rebound, stiffness pada coil n mcm2 lg mcm engineer yg xberapa pandai kat proton tuh.
    Xpastilah plak kot2 passo pkai absorber depan lain, blakag brand lain,maklumlah mgkin perodua punya engineer tlg settingkan.
    Berapa torsion n bending rigidity myvi lg best berbanding myvi lama coz aritu ckp lg kuat dr yg lam? Berapa coefficient drag n lift myvi lg best berbanding ngan yg lama coz ckp lg aerodynamic dr lama?
    Tlg release result testing kat idiada,yg mana lulus@yg mana gagal? Berapa banyak prototype yg dihantar kat idiada? So tlg perodua engineer perjelaskan semoga lebih terang.
    Walupun kdg2 confius wat per p2 anto kat idiada coz xsilap edenlah,toyota xanto crash testing kat idiada coz inhause rnd for crash resting cukup besar.
    Xmacam proton,wat crash testing kat prtn crash lab dulu,br anto testing kat idiada lg skalo,maklumlah,fasiliti xselengkp toyota.
    Kdg heran jugakkan, kalu perodua anto testing kat idiada,mesti dia dah buat inhause testing dl, so,knp masa kat miros yg alza testing airbags punya keefisyenan(masih ingat yg tetiba alza dpt 4 star myvap),budak rnd protong yg setup litar utk crash testing n protn sediakan peralatan utk test itu bukan perodua yg ada engineer yg pro n fasiliti yg cukup(agaknyalah,eden xtau coz ada org ckp perodua engineered byk menda dalam kete yg kita xnampak,so eden agak termasuk safety sytemlah,passive n active).
    So,mgkin bro celicaz, mr@mrs kit kat@engineer produa yg pro yg xpenah nak bls, so,tlglah balas sekali walupun dianggap buang masa,kan dapat pahal kalu kongsi ilmu.
    Peace no war


      • data2 in house crash testing la bro.. kalau crash testing data crash test la, exora pun miros ambil data yg proton dah buat di idiada, perodua pulak baru2 ni je anta ke sana… jadi maknanya selama ni perodua punya data mungkin dari daihatsu, tapi kalau ikutkan spec daihatsu dengan perodua pun dah lain walaupun base sama


      • Adakah MIROS menetapkan automaker seperti Proton dan Perodua wajib menjalankan in-house crash test dan result dihantar kepada MIROS sebelum MIROS menetapkan jumlah bintang kepada sesebuah model. Testing procedure di-standard-kan tapi crashlab mesti di-akreditasi supaya setaraf dengan EuroNCAP atau mana-mana NCAP ie ANCAP.

        Model-model global ie Kia, Peugeot pula gunakan data EuroNCAP daripada oem..Ni pendapat saya. Mungkin MIros telah ada pelan tersendiri.


    • yup,miros yg buat test(bukan nak test alza,tapi tunjuk situasi pelanggaran), tp coz miros xda fasiliti,so,pengeluar kenala bantu set up,so confius kenapa perodua jer yg x setup crash test tuh,kenapa proton plak setup,kan perodua ada engineer dia. itu persoalannya.
      so,camne ngan soklan yang lain kit kat,xda respon ke?
      bukan nak gaduh,xbaik gaduh,cume nak berdiskusi secara sihat.
      peace no war. maaf,saya budak cetek ilmu,nak mintak ilmu ckit dr kit kat,kan majlis ilmu dapat pahala.


      • meh sini aku jwb soklan ko ngan campromania skali..
        test exora=official btol2 nk test exora.. test alza=unofficial, nk test segmen penumpang..
        x paham?
        meh aku bg lg, dunia korporat bukan dunia kwn2 yg leh mintak pinjam sesuka ati..
        dunia korporat atau formal method mesti didahului dgn procedure@SOP..
        tanye perodua x bantu? nk bantu bt ape, miros bkn mintak tlg atau mintak izin secara official pun..
        peace no war..


      • memang la ada banyak prosedur kalau melibatkan berniaga ni, sy pun berniaga juga walaupun kecil2lan.. tapi alza yg miros buat test outdoor hari tu terus dapat rating myvap 4 star, sebab tu sy ckp pengeluar dah bagi data siap2, test tu sebagai simulator je…result dia dah ada sebenarnya..bab perodua bantu ke tak tu sy tak sure la, mungkin la diorg terlibat sebab model alza yg jadi sample ujian tu…


      • mmg dpt 4 star
        tp perodua iktiraf x? report tu bg kt perodua x? tak sama skali
        lgpun alza tu bkn sumbangan perodua.. sndiri beli..
        utk ape rating tu, skadar untuk miros punye research n public punye assessment..


      • kalau perodua tak iktiraf myvap 4 star tu nape dok gebang pasal ni dlm iklan diorang? dulu takde pun…org kalau tak iktiraf sesuatu tu memang dia takkan peduli pun pasal tu…lantak la org nak bg berapa star pun…tapi yg berlaku adalah sebaliknya


  • dulu aku drive kancil sampai top speed 130km/h kat jalan lurus tapi kalau corner bukit/beralun sampai 90km/h je la, krg konfiden dgn kereta tu, membuang, tu kancil yg 7xx kg, myvi 9xx kg, vios dan saga 10xx kg , ikut berat mmg la bole kata myvi sure bole pegi laju kat corner, tp mcm mana dgn weight distribution? bkn ke tu pun menyumbang kpd kestabilan? klu ikut website pengeluar kereta takde pulak bagi spek sampai berapa km/h bole tahan corner seblum terbalik dan berapa tajam corner tu, klu top speed tu ada la. rasanya top gear pernah buat test terbalik tergolek tu..tp kena cari balik url tu hehe

    nak extreme dan berani bole je layan corner sampai terjongket keta masalahnya bahaya kat diri dan org lain. nk sgt layan kt litar la. anyhow tak bole nk elaborate pasal splitter / diffuser cam kat myvi kuning sbb kancil yg aku drive takde lak tu, so tak bole nak banding dan kancil pun bkn myvi


  • cepatla flx 1.6 keluar…..proton slalu slow la….nampaknye ramai org booking myvi la camnie..dahla fl 1.6 produce tak banyak..so booking lambat dpt…wat org bengang…adoyai…better tak payah ckap langsung version 1.6 nak kuar…marketing out la…


    • actually is all about marketing. Semestinya P1 nak tengok impak. Sebenarnya, adalah advantages somestimes kalau lancar lambat sikit dari pesaing. Sebab ada point untuk good and bad. Bolh la serang balik.
      Sabo yop sabo. Better late than never right. and P1, u should do it or die..


      • lagi lambat lancar lagi banyak loss…adoyai..dahla P2 nye product pun gempak…ini round I rase P1 kalah la..kalau dah tau nak kuarkan FLX 1.6 why kuarkan FL 1.6..then stock shortage katenye kete tu produce about 300 unit/month..ramai yg booking FL 1.6 tapi P1 suggest tukar FLX 1.3 kalau nak dpt cepat..ape kes nie..ape marketing strategi sebenarnye nie…? Bila FLX 1.6 nie mau keluar? ade info prolover? kasi date la….


      • Sebab aper P1 buat FL 1.6. Secara rasionalnyer, pasal terlampau ramai demand. Kata 1.3 tak mampu nak angkat beban kereta. Untuk penuhkan permintaan, P1 buat je la. Tapi market tak sebesar mana la. Sebab Ape P1 suruh org order flx dari FL 1.6. Sebab FLX lebih-lebih berbaloi dah ada benda baru dari FL 1.6. Fl 1.6 pakai stock campro iafm dari persona. Abs, ebd x d plus transmission still yg dah berkurun punyer. FLX paling utama adalah untuk penjimatan dlm pemanduan. Tu la, Kalau boleh, P1 kene bagi long term nyer testing kat Pt ngan CBT. Biar org cube dan tahu aper kelebihan FLX.


  • PERHATIAN!!!

    Minta perhatian kepada semua pembaca & forummer, saya sebagai moderator & owner blog ni sedang memantau segala komen yang boleh menimbulkan kemarahan forummer lain sekaligus menjadikan ia medan peperangan. Ini adalah tidak baik kepada regular reader/forummer serta “silent reader” lain yang masuk ke blog ini untuk mendapatkan info. Jika tak berpuas hati dengan post & komen dalam blog ini tak perlulah menganggu reader/forummer lain.

    Sekian, terima kasih.
    campromania


  • Setuju dgn tuan umah. Harap brforum secara rasional.:-) segala pandangan, cadangan serta kritikan biar bernas. Setiap org ada sudut pndgn masing2. Sepatutnya masing2 perlu hormati pandangan org lain. Cuma andai ada yg x puas ati tu, berdebatlah secara brhikmah n bijaksana tanpa mmbuat serangan2 peribadi yg lari dari topik perbincagn n harap semua setuju sikap mcm tu tidak mulia n bad atittude kn?:-)

    Segala info mmg dialu2kn.

    Selamat hari raya n happy motoring!

    Cheers!


  • nampaknya sy dah berjaya kesan something, rasanya blog ini cuba diganggu oleh anasir2 jahat yg nak buat kecoh…sy tengah biarkan je dulu, ada yg create nick yg beza, tapi rasanya org yg sama…kalau nak buat kecoh kat tempat org baik tak payah la ye..cari la tempat lain yg serasi dengan jiwa kacau anda..


    • Kalau tuan punya blog memang boleh detect benda ni..

      Bro campro, saya cadangkan bro trace sekali IP number dia, kadang2 mereka guna email lain2, tapi IP location tak boleh tipu..


      • macam ne nak buat tu bro?

        * dah tau bro camne nak trace ip, nampaknya ada kemungkinan juga ada geng cybertroopers yg ditugaskan untuk membuat kacau yg dari dulu sampai sekarang… sebab sy dah spamkan banyak sebelum ni, diorg mungkin tukar email address dengan nickname, cuma location & gaya komen tu memang sama… kepada reader & forummer lain jgn layan2 la komen pelik2 lepas ni… mungkin juga sy akan filter terus lepas ni sekadar yg termampu la..kalau tak bz boleh la check 1 1..hahaha..


      • Bro cuba pi tengok kat wordpress-manage comments, semua komen (approved/spam) ada IP number. Buka mana2 free IP tracker, boleh tau komen tu datang dari mana..

        Cuma saya nak tanya bro, saya punya IP berubah2 tak? Sbb saya tengok kat wordpress, komen saya keluar 3-4nombor IP berbeza..

        Kalau cybertroopers pakai alternate IP memang tak dapat nak detect laa. Tapi setakat sorang yg pakai, komen pakai PC yg sama, memang boleh tau..

        Kawan2 lain ada idea?


  • siang tadi nampak berlambak2 konvoi kat atas jalan kt putrajaya color kuning ni pkai trade plate, nak hantar pi showroom la tu. tp x disguise langsung. jln sebijik2, x naik treler pun. dlm kete ade 2-3 org each car. color kemain menyerlah, dari jauh dah nampak. tp aura tu x terasa sgt la pulak like usual car yg salu first time nampak atas jalan, rasa biase2 je.


    • Saya lak still nak menunggu R3 nyer Saga FLX mcm kat Bangkok Motorshow. Kalau launch, mmg boleh sebat terus pasal kompom2 full pckage.


  • Dah nama pun Extreme…. harga pun takyah crite ler dan satu lagi tengok tagline dia pun dah tahu … LAGI POWER, LAGI BEST….lagi lah mahal reganyer!!


  • emm.. rupa rupanya ada variasi 1.5 yang xde penyodok salji, harga agak ok. mungkin yg berniat nak ambil Elegance akan tukar ke 1.5se.


  • mmg murah yg manual,tapi kenapa gap auto n manual dekat 6k,mcm tinggi je rega auto,biasa gap 3k,mcm ada something jek.naya gak yg beli auto klu kena cover rega manual


  • setelah diteliti.. harga se myvi 1.5 agak gap dari extreme.. beza eksesori radio , meter je..
    mungkin extreme pnye dh cover harga SE.. atau nnt setiap 2-3 bulan p2 akan kuar variant 1.5 dgn kenaikan 2k seperti myvi sblm ini??

Leave a Reply