Semakin rancak KIA menambah koleksi model terbaru mereka. Jika sebelum ini KIA mengeluarkan lakaran model Forte serba baru, kini giliran lakaran KIA Rondo / Carens generasi baharu pula mencuri perhatian peminat automotif dunia. Dengan gaya rekaan yang semakin hebat dan menawan sudah pasti model terbaru KIA bakal dinanti-nantikan.
KIA Rondo / Carens generasi baharu ini menggunakan platform Cee’d yang diubahsuai dan juga berkongsi platform yang sama dengan Hyundai i30. Ia bakal dijana oleh enjin petrol 1.4 liter dan 1.6l iter selain enjin diesel sebagai pilihan. Minivan kompak ini akan muncul dalam versi lima dan tujuh tempat duduk yang bakal menggantikan model Carens dan Carnival. Model ini bakal membuat kemunculan sulungnya di Paris Motor Show nanti.
sumber : carscoop.blogspot.com
A-pillar die besar nyeee..ala2 Citroen x silap….nmpaknya grill ala2 K9 dh jd trademark fmily face KIA….
A pilar besar la senang. Kurang sikit blind spot. Lagi2 kereta lebar. Anyway bila la proton nk ade design mcmni? Tetunggu je…
A-pillar besar xbagus susah nk tgk time kluar/masuk simpang.
yg sebetulnye, dlm kes ini, location A-pillar tu dikehadapankan supaya boleh letak glass supaya penglihatan diperbaiki..cm most european makes.
platform i30 / ceed akan di’extend’ kot supaya boleh jadi 7 seater. tp dr segi lebar klu takde perubahan aku rasa exora tetap lagi lebar. 1.4 / 1.6 liter pulak mungkin dah pakai GDI supaya output boleh sama dgn enjin yang bersesaran lebih besar cam 1.8l dan 2.0l walaupun bukan turbo/supercharge
secara kesulurahannya design kia rondo ni seakan kereta ford S-Max… tiada yg menarik…..
Naza Citra baru.
yeah cantik…harap naza bakal bawa model ni bg menggantikn model citra2/rondo yg ada skarang,lg pun tak byk citra2/rondo kt jalan malaysia ni…tak ramai yg minat kot…
proton boleh buat macam ni???
boleh!
boleh blah!!!! hahahahahaha….
Mesti la boleh buat bro, takat design konsep mn2 pengeluar kereta boleh buat.Jgn tipical sgt dgn Proton.
semua boleh bro klo dana byk..bukan proton xmampu..