ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus ETHOS bakal dilancar menjelang 2013

Views

Baru sahaja baca surat khabar Berita Harian tadi, ada pula cerita tentang Lotus ETHOS, kereta kecil global Lotus yang bakal dipasarkan menjelang 2013 menurut jurucakap Lotus Alastair Florance. Kereta ini merupakan versi “sukan” 3 pintu kereta kecil global versi Proton iaitu EMAS yang bakal dijana dengan enjin hybrid. Ia juga berkemungkinan menggunakan enjin range extender untuk menambahkan jarak perjalanan kereta ini yang cuma 60km jika menggunakan bateri. Tetapi jika menggunakan enjin range extender jaraknya bakal bertambah kepada 500km.  Kereta ini bakal dipasang di kilang Proton, Malaysia. Ini bermakna Proton EMAS juga bakal keluar pada masa yang sama. Tidak mungkin Lotus keluar dulu versinya sebelum Proton EMAS, setidak-tidaknya dilancarkan secara serentak.   Aston Martin Cygnet keluar selepas Toyota IQ keluar, betul tak? Nampaknya ini adalah petanda Proton EMAS akan berada dipasaran dalam 2 tahun lagi. Apakah perkembangan kajian dengan Nissan tu? Masih tiada pengumuman rasmi mengenainya sehingga sekarang. Adakah Proton EMAS & Lotus ETHOS bakal menggunakan platform sendiri?

*Jangan tunggu lama-lama sangat, nanti bertambah la populasi Myvi Lagi Best kat jalanraya lepas ni… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • lebih baik buat announcement bile dah masuk last stage…takde lah nak kene tunggu berzaman…ni la masalah proton….tarikh pengeluaran terlalu panjang…..kete jadi outdated sebab orang dah tau rupe dia…..dan orang ramai malas nak tunggu lame…so mereka beli keta yang lain…..


  • Aiseh…2013? Berjanggut beruban nak tunggu 2tahun lagi. Nak pula hujung tahun 2013..

    Tapi jika kita lihat Nissan keluarkan GT-R Proto Concept pada 2001 dan 2005 sebelum melancarkan GT-R pada tahun 2008. Mitsubishi juga dengan Prototype X Concept pada tahun 2007 sebelum Lancer Evolution X dilancarkan pada 2008. (Range 2-3tahun antara model concept dan model mass-pro)

    Mungkin ia juga relevan bagi model Lotus-Proton ni..Tambah dgn enjin RE-nya, saya rasa kita perlu beri ruang kepada Proton-Lotus utk menguji sepuas-puasnya model EMAS-ETHOS ni..


    • BTW, biasanya yang orang tayang bertahun lebih awal tu untuk model2 yang special2 jer. Takat city car ni jarang orang buat tayang awal2 sangat kot?


      • Betul juga..

        Nissan GT-R adalah contoh model niche utk prestasi. Selain rekabentuk luar kebiasaan. GT-R memang model yg special. Namun bagi Mitsubishi Lancer X, pada saya ia bukanlah model yg special pun. Ia cuma adaptasi perubahan family face utk Mitsubishi. Dan tak banyak kereta konsep dijadikan sebagai end-product. Kebanyakkannya untuk study feasibility, function atau material.

        Saya berharap Proton tidak terburu2 mengeluarkan Emas-Ethos ni. Banyak aspek lain yg perlu dibangunkan sblm model kompak berenjin RE ini terjual. Ia bukannya enjin internal combustion yang biasa kita jumpa dalam kereta2 zaman skrg.

        Memang benar ia adalah city car. Tapi ia adalah model konsep penyelesaian kepada pencemaran dan penjimatan bahan api. Membandingkan Emas-Ethos dgn Myvi atau Cygnet pada saya amatlah tidak kena..


      • BTW, Emas-Ethos ni bukan yang pertama dalam nak menjadi penyelesaian masalah pencemaran dan penggunaan bahan api. Soal dia ni serial or parallel hybrid ker, itu takde masalah pun. Yang penting ialah end result.

        P/S: Personally aku prefer RE punya approach macam yang kita buat.


      • Poton,

        Saya rasa baik kita jangan optimis enjin RE ni dipasang pada EMAS. Atau dgn kata lain, jangan mengharap sangat..

        Kita tidak bekerja di Proton. Bukan senang buat kereta bermula dari kertas conteng sehinggalah di-mass-pro-kan. Semua firm ada birokrasi. Kita boleh design apa sahaja tapi tak semestinya bos akan kata OK.

        Lainlah kalau bro Campro. Sbb dia bos kat firm dia..huhu


      • mungkin buat permulaan EMAS pakai enjin petrol biasa sahaja, dlm 2 tahun lepas tu baru la ada versi hibrid dengan RE, tapi banyak untuk eksport kot..tak tau la macam ne perancangan diorg ni.. 🙂


  • *Jangan tunggu lama-lama sangat, nanti bertambah la populasi Myvi Lagi Best kat jalanraya lepas ni… 🙂

    uuiiiii….ni yg aku risau sbb makin bertambah golongan yg x cerdik tunjuk kebangangan kat jlnraya & highway dgn keta lg best… baru 3 hari lepas aku nyaris sondol belakang keta lg best tu sbb dari lorong kiri driver keta lg best tu tiba2 masuk lorong kanan pastu bwk 70kmj.pastu melelong2 nk masuk lorong kiri smula…rupa2nya..ade couple tgh beromen smbil drive…bangang


  • Bagi aku ada pro dan kon bila lancar 2013
    Pro:
    1. Kos bateri yang mahal sekarang berkemungkinan akan turun bila kita sendiri mampu mengeluarkan sendiri bateri tersebut setahun dua nih.
    2. Tahap kesedaran kebaikan hybrid masyarakat kita masih dalam kategori amat lemah, perlukan setahun dua gak untuk mendidik kebaikan enjin hybrid berbanding konvensional
    3. Dah tentu harga minyak masa tu meletup letup naiknya.
    4. Berkemungkinan juga Proton sendiri mampu untuk mengeluarkan enjin 1.2l dalam tahun 2012 seperti dalam perancangan DSZ sekaligus tak perlu lagi “beli” enjin syarikat luar untuk “mengecas”bateri enjin RE kelak.
    5. Setahun dua nih kerajaan perlu menyediakan infra serta mengubal inisiatif “penukaran” enjin konvensional ke hybrid atas kesedaran pemulihan alam semulajadi.
    6. Proton perlu mendapatkan wakil pengedar diseluruh dunia serta dapat memasuki Amerika Utara melalui penjenamaan Lotus dan Proton sebelum 2013 supaya dapat dilancarkan serentak diseluruh dunia!
    7. Dengan tu, bila kapasiti pengeluaran ditingkatkan, kos secara automatik dapat diturunkan, dan harga ditawarkan mampu milik.

    Kon:
    1. design lama dah..(dah 3/4 tahun dah orang dah tengok) kena ubah le
    2. Company saingan pun curi idea dan menambah baik lagi cepat
    3. cerita proton EMAS semakin hilang meniti bibir mengikut MASA… jangan sampai basi


  • nak develop new engine tak semudah itu.. bukan ambil masa bawah 2 or 3thn..lagi2 if architecture engine itu meluas smpaikan bole tolerate dgn pelbagai cc n adaptation usage.. itu sebab engine dari nissan tu penting..utk cut cost..plus peluang utk proton lagi belajar akan ilmu engine yg terlalu meluas…

Leave a Reply