ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus rancang untuk bangunkan SUV & sedan segmen D?

Views

Lotus-APX-Concept_1

Lotus APX (foto hiasan)

Laman web www.utusan.com.my sisipan Korporat telah menyiarkan artikel mengenai perancangan anak syarikat Proton, Lotus Group untuk membangunkan SUV & sedan segmen D global. Perancangan tersebut dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Proton dipengerusikan Tun. Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah. Menurut sumber, Gales yang baharu menerajui Lotus pada 1 Mei lalu, buat pertama kali membentangkan pelan tindak dan perancangan masa hadapan syarikat itu. Model SUV yang dibentangkan oleh Gales adalah model baharu sepenuhnya dan bukan Lotus APX (foto di atas).

Pada Pameran Automotif Geneva 2006, sebuah prototaip SUV, Lotus APX telah diperkenalkan namun sehingga kini model tersebut tidak dikomersilkan. Difahamkan sebenarnya Lotus APX adalah SUV untuk Proton yang dinamakan Proton MSX, tetapi perancangan tersebut telah ditukar kerana ia tidak relevan dengan Proton ketika itu yang mengkhususkan pada kenderaan mampu milik.

* Lotus tak boleh bertahan dengan menjual model sedia ada yang dinaik taraf, sampai masanya Lotus perkenalkan model baru dengan segmen berbeza. Amat malang sekali kerana 5 konsep Lotus sebelum ini memukau dunia permotoran hanya tinggal kenangan, hahaha 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • salam

    akhirnya bawah tun tunjukkan siapa tuan…ni ada ke kita tuan punya kita yang pergi ke mesyuarat lembaga pengarah..sekurang2nya bila dia datang sini mesti dia belanja juga sedikit sebanyak…tq tun untuk semua tu.

    ok.sebagusnya proton dan lotus bekerjasama untuk perdana baru terus.tapi dah khabarnya seawal suku pertama tahun hadapan (jangan percaya hint ni…hehe) dan gambaran perdana baru pun sudah d miliki orang2 tertentu…(jangan percya juga hint ni)…ada bagusnya lotus menceburi bidang yang selama ini orang bayar royalti kat dia…pe salahnya lotus mencuba bidang baru…segmen D…

    setakat SUV tu lotus memang ada kepakaran…SUV yang lotus boleh buat banyak platform…cuma perlukan dana sahaja…kerajaan Britain pun salur dana kat Lotus kan…

    kenapa proton msx tak d teruskan…mungkin tak guna badan karbon komposit seperti perancangan tapi nape tak d teruskna untuk model proton baharu….kenapa tidak…proton adalah produk kejuruteraan…masukkn plak dengan enjin E01…


  • actually .. kenapa lotus tak mampu pecah market sangat dengan model yang sedia ada ya??

    jenama supercar lain porsche lambo ferari boleh je pecah market walaupun lagi mahal kaw2..

    kalau bagi aku la model kereta lotus nie mmg menarik giler laa.. evora lotus exige .. supercar.. cuma tak mampu je.. hhuhu..

    anyway,. mungkin aku je yang tak faham fikiran orang kaya yang nak beli supercar kenapa tak pilih lotus


    • Model2 lotus memang bagus, tapi kalau asyik recycle je, lama2 orang jemu juga. Nak harapkan dana bangunkan model baru, parent company pun sesak juga perlukan duit nak bangunkan model sendiri. Dah lah jualan kereta lotus dengan parent company dia tak besar mcm gergasi automotif lain. Mana nak dating dana nya.

      Tulah bezanya antara ank org kaya dengan anak orang miskin. anak mintak duit kat bapak, bapak tak mampu nak bagi banyak. bapak pun nak pakai duit juga.

      mmg pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya


  • Mmm…. lotus ada potensi utk berkembang. Company nie agak unik sebab selain terkenal dgn pengeluaran kereta sport ringan yg ikonik, biz diorg lebih kepada servis consultancy kejuruteraan kepada company2 kereta ternama di dunia yg tidak selalu diperkatakan. Dek kerana kerugian silam yang menjerut akibat kelemahan pengurusan dan tadbir urus bahagian operasinya, agak sukar utk lotus mengubah nasibnya melainkan ada usaha dan perancangan pemulihan yg baik.

    X salah pun lotus mempelbagaikan segment keretanya asalkan depa membawa imej sport n prestige dlm keluarannya. Idea SUV n sedan D-Segment tu baik gak. Lupakan projek 5 mega tu. Dah jadi sejarah.

    Even lotus dah bleh guna salah satu model dari 5 tu sebagai model D segment barunya; Lotus Eterne, masih ingat ?:) http://lotusenthusiast.net/2010/10/lotus-eterne-sedan-unveiled-in-paris.html . Patutnya lotus bleh letakkan model nie pada kelasnya yg tersendiri ; Super-Sedan D Segment:)

    Cheers!


  • sumber terbaru dari proton mcm mna pula..???kenapa pusat2 servis proton guna minyak berlainan,knpa tidak selari dengan satu nama….. jd kan nama proton antara yg terpahat di hati kalian…maju proton..

Leave a Reply