ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA World anjurkan program derma untuk Gaza

Views

Datuk Wira SM Faisal

* gambar sekadar hiasan

Hujung minggu ini, pada 15 dan 16 Disember, pelanggan dan pengunjung mana-mana bilik pameran NAZA di seluruh negara boleh menderma tanpa mengira jumlah amaun untuk mengumpul dana bagi penduduk Gaza. Datuk Wira Hj. SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin dan warga kerja NAZA adalah contoh terbaik bagi sektor korporat yang bertanggungjawab selain memahami bahawa melalui usaha ini sedikit-sebanyak membantu meringankan penderitaan penduduk di Gaza bersama pelanggan dan pelawat bilik pameran mereka.

Selain itu pelanggan yang membuat derma lebih daripada RM10 juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dalam Kempen Derma NAZA untuk cabutan bertuah Gaza. Hadiah untuk dimenangi termasuklah hamper barangan Ducati bernilai RM1000, hamper barangan Harley-Davidson bernilai RM1000, jaket menunggang Aprilia bernilai RM750, hamper barangan Vespa bernilai RM500 dan jaket menunggang Berik bernilai RM989.

Disamping itu juga diskaun luar biasa dan tawaran istimewa akan ditawarkan untuk semua jenama motorsikal di bawah NAZA. Ini termasuk :

  • Aprilia – Sehingga ke 60% diskaun ke atas barangan dan aksesori dan harga istimewa untuk unit terhad motorsikal Aprilia.
  • Naza Bikers Dream – harga istimewa untuk unit terhad motorsikal terpilih Jepun dan diskaun sehingga 50% pada barangan dan pakaian Berik & Arlen Ness .
  • Ducati – Sehingga ke 50% diskaun untuk pakaian dan kasut, RM100 didermakan kepada GAZA untuk tempahan setiap motorsikal , 50% daripada caj perkhidmatan buruh didermakan kepada GAZA dan diskaun 25% ke atas alat ganti & aksesori (5% akan didermakan kepada GAZA)
  • Harley-Davidson – harga Khas untuk demo dan trade-in motorsikal di Harley-Davidson selain diskaun khas kepada barangan serta pakaian menunggang
  • Vespa – ansuran bulanan rendah dengan bayaran muka sifar apabila anda membeli sebuah Vespa (bayaran bulanan hanya RM199).
  • ‘Teh Tarik Session’ bagi penunggang dan peminat motorsikal di Ducati Bologna Cafe, Petaling Jaya pada hari Sabtu jam 3:00 petang hingga 8:00 malam
  • ‘Charity Bike Wash’ akan diadakan di NAZA Bikers Dream pada hari Sabtu. Semua dana akan didermakan ke GAZA.
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • GAZA..

    beberapa tahun dulu siapa kisah???
    Sejak akhir-akhir ini, kebetulan pula ramai NGO pro kerajaan dah mula hantar bantuan dan banyak publisiti, barulah ada syarikat besar timbul aktiviti CSR..
    Apepun, bagus la dari takde langsung..

    Mungkin Jabatan kerajaan pun boleh hantar Jurutera-Jurutera mereka ke sana untuk membantu Gaza membangunkan semula bangunan, jalanraya yang dirosakkan musuh mereka, juga doktor-doktor untuk melatih dan memperbaiki mutu rawatan disana dan melatih pelajar dari Gaza ke Malaysia, sebagaimana zaman perang Bosnia dulu, sebilangan pelajar Bosnia di UIA(kalo tak silap) dah jadi orang penting dalam kerajaan yang baru dibentuk itu sendiri.
    Malaysia walau dalam negara sendiri kita rasakan tak berapa islamik dll, tapi kita ada peranan penting dalam dunia ni sebagai peneraju OIC dll..


    • Walaupun kita tau kita tidaklah Islamik sgt, kita tetap membantu saudara seagama….diharap dengan itu,sekurang2nya memberi kesedaran kpd kita nasib saudara di sana yang mana kita di sini ada yg masih lalai…

Leave a Reply