ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz lancar S-Class generasi baharu

Views

2014-Mercedes-Benz-S-Class-K2

Mercedes-Benz telah melancarkan generasi baharu S-Class yang bertempat di Pusat Penghantaran Airbus A380 di Hamburg, Jerman. Yang menariknya model ini diterbangkan khas dari tempat kelahirannya di Stuttgart menggunakan pesawat kargo Airbus A300-600 DHL.

Model S-Class generasi baharu ini dilengkapi lampu hadapan LED penuh dengan jumlah diod 56 unit untuk setiap lampu. Walaupun rekaannya masih mengekalkan reka bentuk tradisi Mercedes-Benz, tetapi rekaan ini agak berjaya dan nampak lebih moden terutama sekali profil badannya yang paling aerodinamik dalam keluarga S-Class – (Cd 0.24).

Bahagian dalamannya pula nampak lebih mewah, seakan-akan ruang dalaman sebuah Bentley dengan susun atur papan pemuka yang lebih kemas dan teratur. Setakat ini cuma terdapat informasi mengenai barisan enjin untuk pasaran Eropah termasuklah varian S400 Hybrid, S500, S350 BlueTec dan S300 BlueTec Hybrid.

sumber : www.carscoops.com

The new S-Class - Mercedes-Benz original

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply