Khas daripada funtastiko.net! Sempena ulangtahun pertama pelancaran Proton Prevé, kongsikan pengalaman tentang kereta anda di sini! Tak kiralah ingin berkongsi pendapat, masalah dan apa sahaja berkaitan kereta anda. Mungkin perkongsian ini dapat memberi maklum balas kepada Proton untuk mempertingkatkan kualiti kereta mereka pada masa akan datang! 🙂
Sempena ulangtahun pertama Proton Prevé, kongsikan pengalaman tentang kereta anda!
posted on
Masa kelas MBA tempoh hari, ada pembentangan berkaitan Preve, tapi memandangkan ada student yang turut membeli Preve, maka yang dilontarkan persoalan yang bersifat negatif seperti penggantian ‘power window’, dan sebagainya.
Mungkin Proton boleh membentuk study group iaitu memilih secara rawak 100 pengguna asal Preve generasi pertama. Rasanya banyak info yang tepat dan sahih kerana mereka merupakan pembeli dan pengguna Preve.
Tak salah juga menjemput wartawan automotif kerana mereka ada pengaruh kepada bakal pembeli.
saya merupakan antara pembeli preve..beli sebelum raya tahun lepas.
– proton masih belum mengatasi masalah power windownya. power window sebelah pemandu sering menghadapi masalah dan berbunyi geselan yg kuat.
– Enjin kdangkala sukar dihidupkan terutamanya pd waktu pagi.
-masih terdapat bunyi rattling dari dashboard,ruang enjin?
-pickup from stand still masih lembab..kadangkala kena tekan minyak lebih. dah buat ecu remap, tp masih sama.
-handling sangat baik terutamanya pengendalian di selekoh
-rekabentuk pun nampak gagah.
-spesifikasinya yang lengkap sesuai dgn harga.
sekian.