ARKIB

KATEGORI

Buletin

MG Cyberster RWD dilancarkan, harga dari RM299,900

Berita Tempatan

Views

MG Motor Malaysia melancarkan varian terbaharu roadster elektrik berprestasi tinggi, MG Cyberster RWD yang kini ditawarkan pada harga permulaan RM299,900.

Dicipta sebagai roadster elektrik tulen pertama di dunia dengan pintu gunting elektrik, MG Cyberster RWD tampil dengan siluet rendah, lampu belakang LED berbentuk anak panah dan rekaan belakang gaya Kammback yang sporty.

Roadster elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik 340PS dan 475Nm daya kilas, membolehkan ia memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 5 saat.

Bateri 77kWj pula memberikan jarak pemanduan sehingga 508km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 38 minit sahaja.

Untuk prestasi brek dan pengendalian, ia dilengkapi roda aloi 19-inci dan angkup brek Brembo, memberikan keyakinan serta kawalan pemanduan setanding kereta sport mewah.

Di bahagian kabin, Cyberster menampilkan kemasan kulit premium dan Alcantara, bersama sokongan lumbar yang dipertingkatkan, memberi sentuhan kemewahan dan keselesaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Sistem paparan terdiri daripada tiga skrin utama, kluster digital 10.25-inci untuk pemandu, dua skrin 7-inci tambahan dan sistem inforia 7-inci.

Pelantar bateri rata ultra-nipis membolehkan pusat graviti lebih rendah, sekali gus meningkatkan pengendalian MG Cyberster. Teknologi bateri pintar pula membantu mengurangkan risiko kepanasan serta memanjangkan jangka hayat sel bateri.

MG Cyberster ditawarkan dengan empat pilihan warna menarik:

  • Dynamic Red
  • English White
  • Inca Yellow
  • Camden Grey

Pilihan warna Dynamic Red dan Camden Grey hadir bersama kemasan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White dipadankan dengan dalaman kelabu. Pelanggan juga boleh memilih bumbung lembut merah eksklusif dengan tambahan RM2,000 sahaja.

Harga rasmi MG Cyberster (MSRP, tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans):

  • MG Cyberster RWD – RM299,900
  • MG Cyberster 4WD – RM319,900

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Pakej waranti komprehensif dan pakej untuk pembeli MG Cyberster:

  • Waranti 7 tahun/150,000km (kenderaan)
  • Waranti 8 tahun/180,000km (bateri voltan tinggi)
  • Waranti 8 tahun/160,000km (motor dan unit kawalan motor)
  • 1 tahun pengecasan tanpa had JomCharge dengan Fungsi Pengecasan Automatik
  • Pengecas lekap dinding (AC Wallbox) 7kW percuma

Siri jerayawara ‘Dare to Love’

MG Cyberster RWD akan tampil buat julung kalinya di 1 Utama (Old Wing), Ground Floor Centre Court dari 9 hingga 13 Julai 2025, 10 pagi hingga 10 malam sempena siri jerayawara ‘Dare to Love’ MG Motor Malaysia.

Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima:

  • Pengecasan tanpa had selama setahun (JomCharge)
  • Pengecas lekap dinding (AC Wallbox) 7kW percuma
  • Model diecast MG Cyberster edisi terhad dan eksklusif

Selain itu, MG turut mempamerkan model popular lain seperti MG5, MG4, MG HS dan MG S5 EV, lengkap dengan sesi pandu uji untuk pengunjung yang ingin merasai dinamik pemanduan sebenar.

Sepanjang tempoh acara, MGS5 EV ditawarkan pada harga istimewa bermula dari RM109,900 untuk varian 49kWj MGS5 EV COM, RM119,900 untuk varian 62kWj COM Long Range, dan RM129,900 untuk varian tertinggi kesemuanya termasuk penjimatan pelancaran eksklusif bernilai RM6,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply