MG Motor Malaysia kini secara rasminya mengumumkan harga bagi SUV elektrik segmen-B, MGS5 EV serba baharu. Ditawarkan dalam dua varian dan dua kapasiti bateri, harga asas MGS5 EV bermula dari RM115,900.
Berikut adalah pilihan varian dan harga MGS5 EV (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans):
- MGS5 EV COM: RM115,900
- MGS5 EV COM Long Range: RM125,900
- MGS5 EV LUX Long Range: RM135,900
MGS5 EV ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu Arctic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte (untuk varian 62kWj LUX Long Range sahaja). Model ini juga dilengkapi dengan kemasan dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.
Sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama MG di Malaysia, 500 pembeli pertama layak menikmati harga istimewa RM109,900 untuk varian asas MGS5 EV COM (49kWj), lengkap dengan pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Varian COM ditawarkan dengan pilihan sama ada dengan bateri 49kWj (jarak WLTP sehingga 340km) atau 62kWj (sehingga 430km) untuk versi Long Range.
Varian mercu, LUX Long Range pula dilengkapi bateri 62kWj secara standard dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW, dengan masa pengecasan 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 26 minit.
Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, MGS5 EV bukan sekadar mampu milik, ia membawa teknologi EV canggih, ruang dalaman luas, dan ciri premium dengan harga yang realistik.
Antara ciri-ciri menarik MGS5 EV termasuklah:
- Skrin sentuh 12.8 inci inforia dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto niwayar
- Instrumen digital 10.25 inci, sistem arahan suara, dan sambungan pintar MG iSMART
- Pad pengecasan telefon nirwayar, bumbung suria panoramik, kemasan tempat duduk kulit dengan logo MG
- Pintu belakang berkuasa, kamera 360 darjah pandangan sekeliling, 6 pembesar suara premium, dan roda aloi 18 inci
- Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) untuk bekalan kuasa luaran (contoh: mengecas laptop atau perkakas kecil)
- Ruang but luas sehingga 1,441 liter dengan petak simpanan bawah lantai
Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag‘ dan lampu belakang ‘Arch‘ khas MG dengan motif tersendiri.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Dengan susun atur bateri mendatar ultra nipis, SUV ini bukan sahaja menawarkan ruang kabin maksimum, malah mengekalkan pusat graviti rendah, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan pengalaman pemanduan yang lebih yakin.
Setiap pembelian MGS5 EV didatangkan dengan:
- Waranti 7-tahun / tanpa had perbatuan untuk kenderaan
- Waranti 8-tahun / 180,000km untuk pek bateri voltan tinggi
- Waranti 8-tahun / 160,000km untuk pacuan motor dan unit kawalan motor
- Kotak pengecasan 7kW diberi secara percuma
Orang ramai turut dijemput ke jerayawara MG “Dare to Love” di Centre Court, Mid Valley Megamall dari 20 hingga 25 Mei 2025, untuk merasai sendiri kehebatan MGS5 EV.
Selain MGS5 EV, pengunjung boleh menguji MG4, MG5, dan MG HS serta melihat dari dekat MG Cyberster, model roadster elektrik bumbung lembut pertama dunia. Antara tawaran eksklusif yang menanti termasuklah:
- Pengecasan tanpa had 1 tahun JomCharge untuk pembeli Cyberster
- Rebat tunai RM5,000 untuk MG5 dan MG HS
- Ansuran serendah RM974/sebulan untuk MG4
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI