ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin terima pengiktirafan daripada ADAC – Peneraju dalam pengurangan zarah pada tayar haus

Berita Tempatan

Views

Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC), sebuah persatuan automobil terkemuka dari Jerman yang terkenal dengan ketegasan dan ketelitian ujian mereka telah menerbitkan kajian baharu melibatkan 160 model tayar daripada pelbagai jenama, pada Mei lalu.

Menurut dapatan kajian tersebut, tayar Michelin menghasilkan 26 peratus kurang zarah berbanding purata pesaing dalam segmen premium.

Keputusan ini mengukuhkan hasil kajian terdahulu yang diterbitkan pada tahun 2021, yang menunjukkan bahawa tayar Michelin mengeluarkan 28 peratus kurang zarah berbanding purata tayar premium.

Pesaing terdekat Michelin pula mencatatkan 20 peratus lebih pelepasan zarah bagi setiap kilometer dipandu dan setiap tan metrik yang dibawa.

Menurut Michelin, pencapaian ini adalah hasil pendekatan menyeluruh dalam reka bentuk tayar yang bukan sahaja mementingkan ketahanan dan keselamatan, tetapi juga pengurangan pelepasan bahan mikro ke persekitaran.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Tayar haus menyumbang secara senyap tetapi signifikan terhadap pencemaran mikrozarah. Di Eropah, lebih 500,000 tan metrik zarah tayar dan permukaan jalan dilaporkan dilepaskan setiap tahun.

Justeru, Piawaian Euro 7 yang diluluskan pada Julai 2024 telah mewajibkan pengukuran pelepasan zarah tayar untuk semua tayar yang dijual di Eropah. Mana-mana tayar yang gagal memenuhi piawaian ketat ini tidak akan dibenarkan untuk dijual.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Florentin Odenwald berkata, pelepasan zarah akibat kehausan tayar adalah satu realiti yang tidak dapat dielakkan dalam pemanduan moden.

Namun di Michelin, mereka percaya bahawa mereka boleh meminimumkan impak ini melalui inovasi dan reka bentuk yang bertanggungjawab.

Selama lebih dua dekad, Michelin telah memulakan pelaburan dan inovasi dalam sains bahan dan reka bentuk yang bertujuan untuk mengurangkan geseran antara tayar dan permukaan jalan, penyumbang utama kehausan dan pelepasan zarah.

Antara 2015 hingga 2020, Michelin berjaya mengurangkan pelepasan zarah sebanyak 5 peratus, bersamaan 100,000 tan metrik. Pelaburan R&D syarikat mencecah EUR 786 juta pada 2024, dengan fokus terhadap pengoptimuman bahan mentah dan reka bentuk tayar.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Inovasi produk terkini yang menyokong matlamat ini termasuk:

  • Michelin Primacy 5 – mengurangkan pelepasan zarah sebanyak 14 peratus berbanding model sebelumnya.
  • Michelin CrossClimate 3 Sport – tayar serba musim baharu dengan pengurangan 23 peratus zarah berbanding Michelin Pilot Sport 5 dalam segmen tayar musim panas.

Bagi memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian, Michelin menubuhkan makmal BioDLab pada akhir 2023 bersama Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS) dan Universiti Clermont Auvergne.

Makmal ini memberi tumpuan kepada penyelidikan biodeteriorasi zarah tayar, iaitu proses semula jadi di mana zarah tayar boleh terurai dalam alam sekitar.

Melalui pendekatan saintifik dan penyelesaian teknikal praktikal, Michelin berusaha untuk:

  • Mengurangkan pelepasan zarah secara signifikan.
  • Menyediakan penyelesaian berdasarkan sains
  • Membangunkan penyelesaian teknikal yang praktikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply