ARKIB

KATEGORI

Buletin

MiCV – MIMOS Innovation Concept Vehicle Bakal Sertai Red Dot Design Award 2016

Views

MiCV – MIMOS Innovation Concept Vehicle, adalah merupakan sebuah projek inisiatif dari Pasukan Rekabentuk Industri dari MIMOS Berhad untuk mempromosi Perkhidmatan dan Teknologi Rekabentuk kami. Tujuan utama project ini adalah untuk mengambil bahagian dalam Red Dot Design Award 2016 di Jerman. Rekaan dalaman dan konsep lain model ini sedang giat dibangunkan.

Untuk pengetahuan anda, Pasukan Rekabentuk Industri MIMOS mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang rekabentuk automotif. Majoriti daripada ahlinya pernah berkhidmat sebagai Pereka Gaya (Styling) di syarikat automotif tempatan. Sebelum ini kami hanya membuat projek rekabentuk untuk dalaman sahaja, dan tidak pernah dipamerkan kepada umum.

Hasil rekaan dan inovasi kami telah berjaya memenangi anugerah dari dalam dan luar negara. Pasukan kami juga telah membanggakan negara kerana rekabentuk kami pernah memenangi Red Dot Design Concept Award pada setiap tahun. Rekabentuk Industri MIMOS juga telah diiktiraf sebagai Studio Rekabentuk Paling Inovatif ketiga di dunia dari RedDot Germany pada tahun 2014/2015.

MiCV 9

Kami ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk mendalami dan membangunkan kemahiran rekabentuk ke Jabatan Rekabentuk Industri MIMOS untuk latihan rekabentuk. Dengan reputasi dan pengalaman yang kami ada terutama dalam Rekabentuk Automotif, inilah peluang terbaik bagi rakyat Malaysia mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari mereka yang pakar.

Jabatan Rekabentuk Industri MIMOS juga menawarkan khidmat perunding rekabentuk dalam bidang Rekabentuk Industri dari pembangunan konsep sehingga pengeluaran. Kami memiliki perisian rekabentuk terkini dan mesin Prototaip Pantas (Rapid Prototype Machine) tercanggih di Malaysia yang mampu membuat prototaip yang boleh berfungsi. Syarikat automotif tempatan tidak perlu lagi mencari perunding dari luar negara kerana di Malaysia juga mempunyai fasiliti yang setanding. Untuk mengenali lebih dekat pasukan kami, anda boleh layari dan like Facebook MIMOS Industrial Design

Saharudin Busri
Jabatan Rekabentuk Industri MIMOS

MiCV sketch MiCV 9 MiCV 8 MiCV 7 MiCV 10 MiCV 4 MiCV 3 MiCV 1 MiCV 6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply