Ini khabar yang menarik dari seberang. Mitsubishi kini sedang mempersiapkan MPV yang terbaharu Mitsubishi XM Concept versi produksi di Indonesia. Laman sesawang Autonetmagz.com berjaya mendapatkan beberapa foto risikan model tersebut yang masih lengkap dengan pakaian tradisi ‘celoreng penyamaran’ di Bandung.
Mitsubishi XM Concept tampil buat pertama kali di GIIAS 2016 pada bulan Ogos lalu bakal berentap dengan Honda Mobilio, Toyota Grand New Avanza, Daihatsu Grand New Xenia, Suzuki Ertiga, Nissan Grand Livina dan Mazda VX-1 di Indonesia. Model MPV dengan gaya crossover ini boleh membawa tujuh penumpang dan mempunyai lega bumi yang tinggi seperti sebuah SUV/crossover.
Adakah Mitsubishi Motors Malaysia akan membawanya masuk ke sini apabila model produksinya diperkenalkan nanti? Sudah pasti Mitsubishi XM bakal memberi saingan sengit kepada Honda BR-V yang juga memiliki banyak persamaan dengannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Mcm exora je