ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton VGT bakal mencabar segmen trak pikap

Views

Persaingan sengit segmen trak pikap bakal bermula setelah Nissan menjadi raja buat seketika dengan ibu segala traknya Nissan Navara 172hp. Akhirnya, seperti yang dijangka, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memasukkan enjin VGT diesel yang sama dengan Mitsubishi Pajero Sports untuk menjadi nadi baharu kepada Triton.

Dengan enjin yang sama Triton VGT kini boleh menjana 176hp pada 4,000 RPM, dan kini ia merupakan trak yang paling berkuasa di Malaysia. Dari segi tork, Triton VGT memberikan 350Nm bermula pada 1,800RPM hingga ke 3,500RPM (Navara lebih tinggi dengan 403Nm). Seperti Pajero Sport, Triton VGT hanya didatangkan dengan transmisi automatik 5-kelajuan dengan Sports Mode – bermaksud pemandu boleh menukar gear secara manual.

Tidak seperti Pajero Sport, pembeli tidak akan mendapat paddle shifter, sesuatu yang tidak akan dirasai kerana ia cuma sebuah trak pikap, bukannya sebuah SUV. Untuk membezakan model ini dengan Triton sebelumnya, MMM telah memberikan bumper rekaan baru yang unik, matte black roll bar dan rim aloi 17-inci.

Bahagian dalaman pula  terdapat sistem pendingin hawa baharu dengan fungsi auto climate, pemain audio Kenwood single DIN  yang mempunyai sambungan Bluetooth dan iPod termasuk front corner sensors dengan paparan visual, jadi anda tidak akan melangggar Kancil semasa meletakkan kenderaan.

MMM berkata Triton VGT memberikan 14.4km/l pada kelajuan malar 90km/h, yang hampir sama dengan enjin 2.5L bukan VGT (14.5km/l) , sesuatu yang amat menakjubkan. Seperti model Triton yang lain, ia memberikan turning radius yang terbaik dalam kelasnya iaitu 5.9 meter, hybrid Limited Slip Differential menggunakan helical gear dan speed-sensing viscous coupling, ABS, EBD, tali pinggang keledar dengan pre-tensioners dengan RV meter yang terletak di atas dashboard.

Ditawarkan dengan tiga pilihan warna putih, hitam & perak (silver), MMM menjangkakan bakal menjual sebanyak 250 unit Triton VGT sebulan. Buat masa ini, jualannya sekitar 700 unit sebulan. Tahun lalu, telah menjual 8,299 unit Triton, menjadikan ia nombor dua dalam segmen trak dibelakang Toyota Hilux .Di Sarawak di mana ia dilancarkan, juga mendapat tempat kedua. Triton VGT dijual pada harga RM105,997.10 (atas jalan, termasuk insurans) dan didatangkan dengan jaminan 3 tahun termasuk percuma pakej penyelenggaraan selama 2 tahun – Auto Anda/Funtasticko Design

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments


  • Triton agak keras absorber dia…kalau jalan jauh pakai triton mahu sakit seluruh badan..

    Frontier still ok.. Navara lagi ok tp mcm jarang org guna..

    Dmax tak penah naik, tp dgr kata FC bagus..

    Ford ranger tak tau..


    • ford ranger ok gak. Tapi minyak…emm everage.
      Frontier mmg ok tapi …..ntah la..
      nevara mmg ok cume jarang nak nampak jer.
      triton kira lagi ok la dari hilux. Hilux nh dah la drive like a truck. and not as a pickup truck.


      • pernah naik..pernah bawa..

        dah hobi CAR ENTHUSIAST.. cuba jela test pastu bg komen..haha

        tapi bukan tahu bnyk benda pun, baca blog pastu komen la sikit2 apa pendapat..

        bukan hantam je mcm ‘u’… WAKA WAKA WAKAKA–nanyi cam shakira wakawaka


  • yang best tu bila ‘front corner sensors dengan paparan visual, jadi anda tidak akan melangggar Kancil semasa meletakkan kenderaan.’ hohoo


  • kenapa perlu ambil pelacur perempuan murahan sama sekali untuk promosi….
    proton pun sama semasa pelancaran inspira YES pun pakai pakai pelacur perempuan murahan malaysia sebagai negara islam tak payah lah pakai pelacur betina untuk bt promosi kereta atau apa-apa barang pun kalau barang tersebut kualiti rendah rendah jugak la produk tersebut kalau pakai 100 pelacur bertina gerik sekalipun. fikir-fikirkan lah tahniah kepada negeri selangor dan pulau pinang kerana telah menjadi serambi kepada pelacura.


  • masa aku keje kt sabah dulu, ramailah ofismate yg pakai 4×4 ni…tapi dalam ramai2 tu, hanya sorang je yg pakai triton. yg paling banyak adalah, Hilux dan Dmax. Ford ranger, frontier pun adalah sorang dua yg pakai.


  • Hari ni ari last test drive triton ni tadi…balik keja dari The Spring dlm jam 8 still ader test drive…dgar kata org yg jaga kt tmpt tu tadi…ader jgak p’puan yg coba test drive triton ni..n ni 1st time buat promo yg ader Course naik bukit n jlan lintang buat kt parking lot shopping mall kt swak…kalau xsalah aku ler…kalau salah..mnta maaf yer..


  • sesuai tak utk perempuan???/ kalau SUV tu memang ok sngat.. mommy taxi kan.. tinggi dgn view yg luas senang nk bwk… sama tak dgn species triton nih? nmpak mcm blind spot dia lebih besar, terutama bhg belakang…
    Triton ni selalu nampak atas jalan, compare Nevara walaupun org kenal jimat minyak.. mungkin sebab rupa yg mcm batu-bata membuatkan nevara kurang laris


  • Teringat saya tentang status FB saya dulu, di mana ada orang cuba berlagak beriman dengan menunjukkan keburukan orang lain.

    Kesian, itulah sifat-sifat orang munafik. Menuduh seorang wanita itu pelacur, umpama seperti orang yang tidak mengenali beliau dan menuduh beliau sebagai seorang yang mempunyai ibu bapa yang tiada belajar erti adab.


  • bangau : motf kau ape erk haha .. ape pun pic nih campromania ambik kat spring kuching erk rugi tak lak aku tak tunggu hari tuh tgk lancing nih hhhehehehehhe


  • saya pakai triton 3.2, sgt selesa dan x sakit bdn lgsg ye panglima hitam. rasa mcm bwk keta je..sblm beli saya test drive dmax, hilux dan triton.akhirnya sy pilih triton sbb tmpt ddk yg luas dan pemanduan yg stabil dan x bumping. wlupun sy pempuan tp sy sgt suka trak pikap mcm ni..


  • Semua truck Japan tu tak boleh tandingi engine diesel model 2013 Santafe dari Hyundai……2.2 CRDi dgn 225hp dan 500Nm of torque. I’m looking for it’s.


  • Saya sudah test drive triton vgt ni pagi tadi.sungguh luas kabinnya dan tempat duduk belakang takla menegak seperti pick up jenama yang lain..paling penting gear semi autonya sungguh mengagumkan dan praktikal.torque cukup kuat dan stabil.ruang kabin kurang noise dan selesa..kelebihan triton pada kuasa,ruang tempat duduk belakang luas dan bentuk luarannya taklah memboringkan..ada macam transformer sikit..cun lagi kalo warna putih


  • saya ada hilux dan triton vgt . bagi saya triton lebih selesa , berkuasa dan pemanduan yang hebat utk onroad , kalau offroad hilux lebih kot

Leave a Reply