Ini mungkin berita yang dinantikaan oleh kita semua. Menurut blog paultan.org Proton kini sedang giat membangunkan model gantian Perdana. Sepertimana yang kita ketahui sebelum ini, Proton bakal menggunakan platform Honda Accord sebagai model Perdana generasi baharu. Proton dijangka membuat beberapa pengumuman berkenaan dengan kerjasama dengan Honda dan pengenalan model baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang. Proton juga bakal memperkenalkan P3-22A (Preve hatchback) dan pelancarannya dijangka pada pertengahan tahun ini.
Dikhabarkan model gantian Perdana bakal berkongsi platform bersama Honda Accord tetapi akan berbeza dari segi rekaan. Setakat ini masih belum diketahui platform Honda Accord yang manakah bakal digunakan, sama ada generasi baharu atau yang sebelumnya. Berkemungkinan model gantian Perdana akan menggunakan enjin Petronas NE01 yang telah dibeli oleh Proton pada tahun lalu.
huhu..pasca PRU nyer post nih…macam tak semangat sket nak komen. huhuh….tapi kete tak der GST kan…