ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Formula E bakal memulakan aksinya tahun hadapan!

Views

16706060912147285272

Menurut www.worldcarfans.com, Formula E yang merupakan satu lagi perlumbaan seperti F1 bakal memulakan aksinya pada tahun hadapan. Kali ini siri perlumbaan tersebut akan menggunakan jentera lumba berkuasa elektrik yang diiktiraf oleh FIA dan bertujuan untuk mempromosikan kenderaan hijau melalui siri perlumbaan.

Salah satu venue perlumbaan yang telah dipilih oleh FIA adalah di Los Angeles, selain bandar utama lain seperti Miami, Rome, London, Beijing, Rio de Janeiro, Buenos Aires dan 2 lagi lokasi yang bakal diumumkan kemudian. Paling membanggakan Putrajaya juga turut tersenarai sebagai venue perlumbaan dan ini menjadikan Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang pertama menganjurkan perlumbaan ini.

Untuk musim 2014, Formula E bakal menampilkan 10 pasukan dengan 20 pelumba yang bakal mengemudi jentera lumba berkuasa elektrik yang mampu memecut sehingga 140 mph (220 km/h) tanpa mencemarkan alam sekitar. Setiap perlumbaan bakal berlangsung sehingga sejam dan semasa hentian pit dipertengahan perlumbaan, pemandu akan menukar jentera lumba kerana bateri hanya mampu bertahan selama 25 minit.

* Nampak menarik dan unik perlumbaan ini dan tak sabar nak melihat aksinya di Putrajaya nanti.
🙂

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply