Di Berita Harian hari ini saya ada terbaca artikel yang menyatakan Proton bakal menggantikan model Perdana pada Mac/April tahun ini dengan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter. Kemungkinan besar adalah “rebadged” dengan mempunyai ciri Proton seperti yang dilakukan pada model Inspira. Buat permulaan 150 model ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan. Ini disebabkan ada ura-ura yang DRB Hicom telah membuat proposal untuk gantikan Perdana dengan VW Passat. Proton juga bakal mempertimbangkan untuk pengeluaran secara komersil jika ada sambutan menggalakkan dari orang ramai.
Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004. Nissan Skyline juga menggunakan platform ini. Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF. Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.
Penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan. Ini juga merupakan permulaan kerjasama di antara Proton & Nissan setelah pengambil alihan ekuiti Pasukan F1 Renault yang dimuktamadkan baru-baru ini. Di beritakan juga Proton bakal menggunakan platform Nissan Micra/March untuk dijadikan asas untuk model EMAS pada 2012. Selain itu model-model Nissan juga bakal dipasang di Tanjung Malim untu mengoptimumkan kapasiti kilang tersebut. Diharapkan kerjasama ini bakal menjadi lebih baik dengan pembangunan model & enjin baru secara bersama pada masa depan. 🙂
ape lagi…photochop2 la kete ni jadikan proton look 🙂 hehee
jadi rasanya terjawablah siapa oem satu lagi untuk emas…. tapi.. ntahla…
Kalau betul proton gune nissan fuga, surelah mmg gempak . sebab nissan fuga nh ada dalam kelas tersendiri. I Have nothing to complain..
Dah la fuga mmg rare gile nak jumpe kat malaysia..
sebab tu la Proton ambil, sebab nak nak jadikan kereta tu ekslusif..
leh ke masuk enjin rb26 kt kete proton.. huhu
Fuga…jarang nampak di Malaysia..Saya percaya Proton akan mengubah Fuga ni dengan lebih menarik lagi. Jadi ni adalah keluaran Proton pertama dengan layout FR?
rare gila kereta ni…
sebenarnya dr akhir bulan 11 lagi ada dgr desas desus proton mengunakan pletform nissan.. hal ini kemungkinan renaut ada bekerjasama dgn nissan manakala proton telah membeli ekuti renault sedikit.. jadi ada besar kemungkinan adalah benar info in… menurut dr post saya di sini pada 30 november:
http://prodas.wordpress.com/2010/11/30/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/
Semasa zaman Proton Persona sy ada dengar Proton akan gunakan transmission daripada Nissan…akhirnya…
kalau tak silap la saga blm leh pakai clutch kete nissan pnye.. model mana satu tak sure tp ada mmbr sy dah buat..
errr… nissan fuga hybrid kn? mmm… bukan model generasi terbaru ker? waaaaa….
kalau model nie lagi cantik ar…
http://www.roadandtrack.com/auto-shows/tokyo/2010-nissan-fuga-infiniti-m-and-2011-m-hybrid
cheers!
errr… nissan fuga hibrid kn? mmm… proton guna nissan fuga generasi yg mana nie? waaaaa…. yg nie lagi cun ar….
http://www.roadandtrack.com/auto-shows/tokyo/2010-nissan-fuga-infiniti-m-and-2011-m-hybrid
wow!! saye percaye kalau proton amek model ni jadi perdana r mesti gempak gile macam inspira sebab proton kan pakar rebadge kereta buruk bagi lawa..harge dalam 110k-140k dengan enjin 2.5 liter memang berbaloi sangat..boleh kalahkan sonata yf,camry dan accord..
Syarikat yang menjatuhkan maaurh rakyat Malaysia. Tak boleh harap langsung selain dari ciplak hak orang. Beribu orang Jurutera konon.Ribuan juta habis untuk penyelidikan. Tapi ambil model dan trademark nama Proton. Memalukan rakyat Malaysia. Duit habis entah kemana, yang nampak Mitsibishi Lancer.Orang lain dah buat kereta boleh terbang.Tapi Proton terhegeh-hegeh hanya mampu nak menipu rakyat Malaysia.Kesian DR. Mahathir.. Harap,pagar, pagar makan padi. Patut sumbat semua pihak pengurusan masuk jail.Tak ada maaurh lansung .Penipu semua nya. Macam mata kami buta saja. Saya tetap Patriotik dengan barang berkualiti buatan Malaysia.
OFF TOPIC!! ade ura2 mengatakan exora turbo(cfe) pakai rim 16″ je(maksud saye mungkin rim 8spoke macam dalam spyshot exora turbo sebelum ni).. saye ade terbace kat fb PROTON MALAYSIA, sorry saye x pandai buat link.. tapi x syok r rim kecik, alang2 dah ade versi turbo pakai r rim 17″ baru gempak..
sebenarnya bukan Proton xleh buat rim 17″ ke 18″, faktor kos kereta tu kena ambil kira gak, biasanya rim OEM standard asal memang mahal sebab rim tu memang custom & dah diuji sepenuhnya dengan kesesuaian kereta tu..bila Proton guna rim besar nanti ada juga yang akan tukar rim asal, lepas tu Proton juga xnak la bebankan owner bila nak tukar tayar..ingat murah2 ke tayar 17″ & 18″ sebiji..nanti ada lak yg ckap Proton menyusahkan diorg je utk wat maintanance..hehehe..
mmg betul.. Cube tengok bapa banyak org beli kereta biasa , bende pertama yg deorg tukar adalah rim…
Jadi kalau proton gune rim 17 ke 18 ke, mesti harga kereta jadi mahal plus maintainance akan jadi tinggi….
tu la pasal. Nk rim besa2 tuka jela rim jepun. Pilihan pun bnyk
Kalau betul, ianya sesuatu yang menarik. Nampaknya sahlah Proton akan menjalinkan usahasama dengan Renault-Nissan. Cukup bagus. Renault adalah antara kereta Perancis yang jarang dikutuk oleh Jeremy Clarkson dan team Top Gear. Nissan pula, orang tua kita tahu betapa tahan lama kereta jenama Nissan.
Teruskan Proton. Renault-Nissan dengan Carlos Ghosn adalah pilihan yang bagus.
kalau ikutkan gambar terbaru ni la Nissan Fuga yang terkini..harap2 yang ni la Proton ambil nanti..yg sebelum ni mcam Teana je
harap la.. lagipun nissan dapat banyak benefits kalau gune kilang t. Malim
Esok mesti keluar berita ” Bong kesal dengan Proton”
sebenarnya Bung tu kesal sebab terkahwin artis kot, hehehe…
member aku jumpa Bung ngan wife dia celebrate new year kat Casino Singapore….apa daaa…
maknanye kawan mu gi Casino gak la….hehehehe
ar’ar…klau kita g Singapore pergi la Casino sbb kat sini kita x boleh masuk,tgok jer jgn main…nanti xde lah org bercerita kita xtahu!betul x?
tpi Bung tgh Berjudi ngan wife dia dgn sorang lagi dato…
Bro Prodas, saya berpendapat Proton akan menggunakan teknologi enjin diesel Nissan Renault untuk pasaran india.
smart jgk kete ni.. tp mmg takde pun kete ni kt malaysia..
Sekadar pendapat. Kalau Proton ganti Perdana dgn Nissan Fuga semata2 utk memenuhi pasaran kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, lebih baik Proton tidak meneruskannya. Kerajaan juga harus memikirkan sekiranya ia menggunakan model kereta yg tidak dijual secara meluas di Malaysia, kos penyelenggaraan dan alat ganti akan menjadi lebih tinggi. Duit rakyat juga yg dibazirkan.
Sekiranya Proton dpt menjual pengganti Perdana kpd umum dan lebih2 lagi utk pasaran eksport, ia adalah strategi yg bagus seperti apa yg Proton lakukan dgn Inspira. Walau bagaimanapun, Nissan sudah ada Tan Chong sebagai rakan niaga di Malaysia, jadi apa pula kata mereka sekiranya Nissan menjadikan Proton sebagai rakan kerjasama yang baru? Mengapa Proton tidak bekerjasama dgn Renault yang tidak mempunyai pasaran yang kukuh di ASEAN?
Nissan Teana lawan Nissan Fuga, mana satu jadi pilihan ???
Kalau betul nissan fuga nie akan menggantikan perdana n menjadi kenyataan, ini merupakan market baru proton dlm segment D premium. Bila market baru, dlm market khusus di ma’sia nie, proton x nk amik risiko besar, sebab tu diorg uji pasaran utk kegunaan pegawai kerajaan dulu. Saya percaya model rebadge nie akan memasuki pasaran domestik bila mendapat feedback yg baik. Lagi pun kita xtau sangat strategi pakatan proton -renault/nissan.
Tan Chong pun x bleh ar cakap apa, bila prootn miliki saham yg besar dlm F1 renault/nissan dan diorg pun ada perancangan kerjasama dlm berbagai bidang termasuk pembangunan enjin dll. Lagi pun saham nissan pun dikuasai renault. Kalau tengok kat mana2 carta jualan kenderaan ASEAN, model eropah banyak dibayangi model2 dari Asia (jepun, korea dll.) Adalah bijak bila proton memilih model Nissan nie berbanding model2 renault yg kurang meyakinkn:) Cukup ar dgn model tiara terhasil drp kerjasama PSA Peugeot Citroen tu. Dan model fuga nie pun berpotensi utk memasuki pasaran ASEAN kelak. Secara x langsung Nissan pun mendapat manfaatnya. Renault pun lega sebab dah kasi beberapa job kat nissan berkolaborasi dgn proton (platform EMAS dan model rebadge fuga utk proton) dan renault plak dapat penajaan dan sokongan kewangan yg besar dlm F1 (pengambilalihan saham proton) dan kerjasama pembangunan enjin utk model2 futuris lotus nanti bagi menggantikn enjin2 konvensional toyota yg sebelum nie digunakan lotus; mgkin:) Win2 situation kn?:)
my 2 cents.
cheers!
nissan GTR juga menggunakan khidmat engineering lotus…sila cek vid youtube masa memperkenalkan model itu dahulu… kiranya proton juga ada abit insight tech/engineering info about nissan’s engineering…
komen sedikit jikalau proton ingin facelift kan model ini kepada styling ala inspira:
1. hood hadapan begitu agak berisiko utk turut di tukar design kerana design and styling grill proton yg sedia ada tidak berapa flow in dgn hood ini.
2. inner part headlight n rear sekurang2nya berikan sedikit enhancement, maybe small additional part chrome (or add on part) yg tidak mengubah design asal bole di implement kan.
3. rear design model ini almost mcm bangle butt design, why not sharpen those lines dgn lips spoiler yg lagi jelas tunjukan curve2 yg seksi. sy sukai design rear sebegitu. ^_^
4. on interior touchup bole lah di offer something like pastel n wooden paneling yg sprti terdpt pada proton perdana v6 dahulu, thats good enough. maybe leather seat coklat bole naikan lagi seri nya sperti interior vw passat cc 🙂
all the best Proton utk enhancedkan styling dia..
namun jikalau build up model gantian perdana dari platform ini maka rasanya kita bole aspect apa benchmark yg pasti proton akan guna, terutama model fuga ini dan maybe beberapa model eropah sprti passat atau 5series. dgr kata ura2 proton akan jv bangunkan new model perdana bersama 2 lagi brand besar mungkin benar…
Datuk Syed dah bagi komen:
http://auto.bernama.com/newsDetail.php?id=554141
perdana replacement akn menggunakan kete yg telah ditamatkan pengeluarannyakan?
maybe fuga 2008 yg proton akn gunakan…gambar kt atas ialah nissan fuga 2010
kalau 2008 nye pun ok… Sekurang2nye proton dah ada D segmen..
nampaknye kene tunggu THEKING la baru dapat tahu ape perkembangan…….
dalam paper hari ni,seiring dgn perbincangan dgn nissan,dsz ada cadangkan proton inspira plk utk kerajaan,disebabkan kos penyelengaraan dan sebagainya yg kompetitif…kalau macam ni aku setuju jgk..kalau kerajaan bagi sikit masa lg kt proton,proton boleh buat perubahan radikal utk penggayaan depan&belakang inspira yg kemungkinan utk phase 2 nnti,misalnya dgn penambahan ruang kaki penumpang belakang(mcm perdana executive)…benda dah ada,sekarang terpulang kpd kerajaan je…
lg 1,dlm berita sama proton nak pasarkan emas kereta global proton yg pertama utk market india…adakah bermakna emas akan dilancar dulu baru persona r?
nmpak gayanya begitu la..x sabar nak tggu emas keluar ni
lepas nh ada INSPIRA 2.0 Li… dah mcm BMW lak.. long wheel base..
Tapi kalau gune inspira, lebih praktikan tapi nak ke G pakai inspira.. Sebab kalau Gune passat lagi exclusive bg deorg..
Off topic….
Baru terpikir… Nama INSPIRA x d CF (commercial film) ah???..
mobil suangar, kapan bisa punya yah….
Penggunaan Inspira memang terbaik,benda dah ada depan mata,gunakan lah dengan sebaik mungkin.
Inspira ni memang ada potensi besar,cuma Proton kena buat Inspira tersebut lebih exclusive.
Rim kena besar sikit,ala2 DAD punya rim.Kalau Lancer sporty,Inspira elegance.
Passat nampak macam kurang exclusive la.
Terutama sekali design rear lights nya.