MODENAS CTric yang dilancarkan tadi merupakan merupakan motosikal elektrik pertama yang mendapat kelulusan piawaian daripada SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Harga jualan RM 4,888.00 (electric starter). Hanya 2 warna ditawarkan iaitu Hijau & Oren. Gambar dari cbt.com.my
SPESIFIKASI :
Tags:Automotive
harap2 mendapat sambutan dan mengantikan motorsikal pakgard/peronda di IPTA nanti. syabas buat modenas kerana berani mencuba pasaran dgn model ini 🙂
*harap2 dlm 3thn ada la hi-spec racing punyer..then bole la modenas masup electric motorcycle GP tu pula 😀
rasanya ada kot nanti, tapi laju mana tu tak pasti la kan.. 🙂
tahniah modenas!….bunyi ctric tu mengingatkan aku kt nama jus plk~sitrus oren….
dlm laporan tv aku dgr hampir 80% local parts selebihnya dari china…
bro campromania,td ada kesilapan teknik kat nick aku td….harap maaf k…
ye ke, tak perasan la pulak..tapi ada bro nye komen masuk spam tadi
terbaekkkk…!!
dengar kata 1km kos utk elektrik cuma RM 0.01 jek… tp moto ni leh jalan dlm 60km jek utk skali charge… kalo abeh bateri tgh jalan.. tumpang charge kat masjid la gamaknya.. hahhaha
Hahaha.. Pas tumpang jgn lupa sedekahkn duit kat tabung masjid.. Masjid pn kna bayar bil elektrik, hehe
hahahaha.. Lepas tu, leh la masjid buat stesen charger untuk moto letrek lak..
atleast ramai la yg nanti lepak kat masjid, bole dgr tazkirah, blajar agama skit2 pelan2 tunggu charge n buat ibadah terus… sekali pergi jemaah sekali dgn charge… pahala dapat, sedekah dapat, motor bole jalan lagi 😀
Beberapa persoalan yang sy fikirkan..(sebenarnya minat gak dgn motot ni, ingtkan harga over Rm10k)
1. Di cuaca panas terik..tak rosak ke motor elektrik? (i mean enjin)
2. masa hujan boleh jalan ke?
3. Ekzos dah takde, kompem senyap gile moto ni..
4. 60km-70km je untuk batteri penuh??? ni part tak best.. paling koman pun biarlah 100km..
5. nak cas kat mana kalau tinggal di apartment? kena sambung/beli extension wire kot?
6. luggage box mcm dah penuh dgn bateri… kompom berat motot ni…
7. warranty berapa lama?
dan bnyk lg persoalan..hehe
patut buat hybrid.. enjin petrol guna utk cas je. motor elektrik untuk jalan
btol…ptt buat optional removable range extender kit (untok jalan jauh)…..
tolak exzoz ringgan la skit motor ni.. so far aritu aku test ok je n smooth, ttg bole potong motor lain ke tak tu dari aku test tu rasenye stakat nak potong moped 110cc biasa tu bole main lg. 🙂 sbnrnya motor electric ni pikap ia sgt2 smooth… 🙂
1. tv plasma dekat lot10 tu electric product gak kan? tak rosak pun… kalau ada kualiti mmg la tahan…
2. masa ujan bole jalan elok je, semua part electric tu telah di shield dan protected from water/dusk.
4. ttgh mileage brapa bole pergi tu mmg setakat itu namun kata2 dari engineer dierang ianya akan lebih di upgrade masa akan datang.
5. tak silap bateri bole cabut n charge kat dlm umah, tak brapa pasti ttg ini.
6. pakai rear box pun bole…tp motor ni utk jalan dekat2..tak bawa barang byk sgt kot.. tp betul agak kekurangan la space sebegitu.
7. waranty..ermm tak tanye lak aritu..or aku dah lupa..huhu
good!
dia cas pakai ape?
3.5hrs tu cm lama sgt…
Ini bukan long disten punya bike. Round dekat2 buleh la pi pasar, anta jemput anak sekolah, pi masjid surau pi kedai mamak atau tempat keje dekat dgn rumah. Tapi masalah nye umah kat flat tingkat atas skali camno nak charge . kena pakai extansion plak laa. aduhhhh
mintak cas kat pondok guard..
syabas Modenas, sejak beberapa tahun ni, banyak perubahan drastik dilakukan. skit lagi dah leh bangunkan superbike.
nak tanye, die punye power output lebih kurang same macam enjin petrol berape cc ek…?
ke soalan ni tak relevan. hehehe.
adehkah ctric ni lebih mendpat sambutan dari myvi baru hehe..
nie moto duk dalam U nie…jalan p kuliah,kampus dekat2…xpun kawasan perumahan…jln jauh konpem mmg xleh..nak mintas pun xlepas…pickup pun rasenye pun xde…
dah try ke cakap mcm tu? sudah2 la duk main dgn komen tidak berasaskan fakta atau pun sememangnya pengalaman sendiri…
aku dah try motor ni aritu sebelum launch, ok je pickap nya dan smooth 🙂
dia macam skuter electric gak, cuma ni versi kapchai..harap lepas ni Modenas boleh upgrade jadi long distance, at least 300km ke baru bateri kena cas semula..tak pun beli motor ni free 1 bateri spare, so boleh la gi jalan jauh skit..harapan sy lepas ni takde lagi motor mat rempit dijalanan sebab diharamkan/dihapuskan..untuk buat cadangan sy ni mudah je, buat macam skim Proton Exchange tu, dapat rebate dlm 2,000 ke utk tukar ke motor elektrik, confirm takde bunyi sebab ekzos pun takde..hahahaha…spae2 yang setuju sila thumb up, kalau thumb down tu maknanya diorg tu mat rempit, hahaha
apa kata JV ngn proton, letak range extender. boleh g jauh cket.
moto ni ada bunyi x? bahaya juga kalu xde bunyi, nnt budak xdgr, men melintas je jln.
boleh buat bunyi virtual macam lexus lfa nanti, kan kereta tu xde bunyi..hahaha
buat bunyi pakai mulut ja… ke tepi, ke tepi! prettttt prettttt!!!!
emm..dh tengok lepas jumaat tadi…ade lima biji bateri…jgn kena cilok bateri dh ler..enjin senyap..cuma yg bunyi agak kuat..rantai… kalau buat enjin hibrid lg best kot…elektrik + petrol…
lepas guna motot terus simpan bateri dalam rumah..
sekali cas leh pergi brp km??
50km jer…utk pi antar anak skolah..masjid ke..pusing dlm bandar sesuai lah kot…
Kebiasaan pun kalau motor fully electrik nie mmg tak boleh pergi jauh pun. termasuk la kereta sekali pun yang berlambak bateri tu. Kalau tengok pun motor nie guna rangka motor CT, diaorang buang engine buang tangki minyak modify rangka.
Nak bagi lju.. tukar je sprocket kecik kat belakang.
sebenarnya model ni ada brake disc ke x?..gamba first ada..asal dlm brochure x de..musykil aku..
pasni bleh pasang relay banyak2 bleh pecut lg laju mcm kreta remote!!
kena bayar roadtax tak?
Kalau beteri dah kong nak ganti berapa ringgit?
Patut buat sistem sewa bateri
nice….harap keluarkan model ‘GTric’ guna rangka gt128 yg lbh power….haha ;-D
Tahniah modenas… best… harap leh upgrade utk jln jauh … tahniah tahniah
saya cadangkan kat pihak modenas utk modified skit motor ni….letak dynamo. so masa tgh jalan dia bleh charging skit. so bleh la jalan jauh. upgrade skit enjin dia bleh g speed 120 ke. sekurang2nyerk bile dia auto charge bleh la g jauh tanpa perlu charge je. jimat skit bil letrik mahal skg ni. pastu kalau speed 120km/j n auto charge, takat nak g melaka pon selamba lagi. klu dalam kL ni pusing2 pon dah abis 50km. so klu ada dynamo dia sentiasa charging. xde masalah nak charge, mmg nak beli motor ni. berminat sgt2. tunggu upgrade version yg ada dynamo n enjin power skit. pasne takyah pening2 nak cari pump minyak. cari stesen minyak utk beli rokok or buang air jer 😀
tq modenass
bab elektrik ni blh modified sdiri klu nak g jauh, tula kelebihannya, lagipun kita ada banyak anak2 muda elektrik yang kreatif giler. g buat eksperimen dgn diorang je. maka jadilah diorang orang yang diperlukan. membanggakan gtu.