ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal Ducati siap sedia hadapi cabaran 23 hari Ducati Strada China Adventure 2013

Views

ZlL-K-dOmZiKLQvcSgnoK5fxxKNqM_MXY6vqH_32VjM

Selepas membuka bilik pameran Ducati pertamanya, Welly Ducati Sungai Buloh (Welly Ducati) kini bersiap sedia untuk mengharungi cabaran Ducati Strada China Adventure 2013. Dengan sokongan padu daripada Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd), pengembaraan yang merentasi Utara-Timur China itu bakal mengambil masa selama 23 hari meliputi jarak 5,168 km bermula bulan hadapan. Sebanyak 12 buah motosikal Ducati dan pemilik mereka bakal membawa cabaran Malaysia dalam acara ini.

Model pelbagai guna Ducati Multistrada adalah sebahagian besar daripada jumlah motosikal itu, selain satu penyertaan Ducati Hyperstrada yang dijangka diperkenalkan di Malaysia lewat tahun ini.Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA berkata, “Pengembaraan berikut adalah selaras dengan komitmen kami untuk membangunkan setiap model gaya hidup yang membolehkan pelanggan kami untuk menikmati dan berkongsi semangat pemilikan mereka, tahun ini kita telah melihat Asia Monster Gathering pertama di Pulau Pinang dan kini pengembaraan Multistrada di Timur Laut China.”

eYK923Euw0Wx7xdfnaXkOXr0ffhBKFEbPLc6LOv-jVs

Pengembaraan selama 23 hari itu dijadualkan bermula pada 28 Ogos depan. Ia akan bermula dari metropolis Tianjin, Utara-Timur China dengan perjalanan sejauh 5,168 km mengambil masa kira-kira 23 hari untuk melengkapkan cabaran sebelum akhir di bandar Dalian pada 16 September.

Sorotan pengembaraan termasuk perjalanan sepanjang 100km ‘Beach Red’ melalui Panjin, diikuti dengan laluan merentasi Greater Mountains Khingan ke arah Bandar Heihe di Wilayah Heilongjiang, serta lawatan ke jambatan Sungai Yalu. Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawatan ke Utara Makam Dinasti Qing, menunggang di seluruh Three River Plains’ yang terkenal di rantau ini dan lawatan di tasik halangan terbesar di republik itu yang dikelilingi oleh bukit-bukau dengan hutan tebal, Tasik Jingpo.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply