ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi versi crossover rekaan Beruang Laut!

Views

Masih ingat lagi manipulasi digital Proton Iriz hasil karya rakan kami Beruang Laut dari Autostylista yang telah sohor kini di Astro Awani beberapa tahun lalu? Kali ini Beruang Laut atau Beardesign kembali menggegar dengan hasil karya terbaharu Myvi versi crossover. Memang kami dah lama nantikan manipulasi digital versi crossover Myvi, sebab baru-baru ini ada versi sedan yang dibuat oleh Theophilus Chin.

BACA >> Hasil modifikasi PCC versi Beardesign, di Kini Trending Astro Awani!

Pada pendapat kami versi crossover lebih sesuai dengan profil badan Myvi baharu yang lebih sporty, tak gebu macam model sebelumnya. Dengan penggunaan dua tona warna pada badan, ia menyerlahkan lagi penampilan Myvi crossover ini, sekali imbas ia persis Renault Captur kan? Kami difahamkan rekaan belakang Myvi crossover akan menyusul selepas ini. Dapat ke rekaan ini sohor kini sekali lagi di Astro Awani? Kita tunggu je lah ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply