ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAP. Apa apa apa untuk kita ke?

Views

Pic 2

* Gambar sekadar hiasan

Kalau anda dah buka suratkhabar hari ni tentu dah baca bahawa berita besar ialah National Automotif Policy (NAP) ataupun Polisi Automotif Kebangsaan yang bakal di war war kan pada petang ini sebagai penunjuk haluan bagi industry. Harapan rakyat mudah, harga kereta mesti turun. Hakikatnya, harga yang kompetitif juga menunjukkan industri tersebut adalah kompetitif.

Antara perkara penting yang bakal diumumkan oleh Menteri Perdagangan Luar dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed hari ini ialah:

1. Penurunan harga secara berperingkat melalui penurunan duti eksais. Kerajaan akan menurunkan duti eksais jika pengeluar meningkatan penggunaan komponen tempatan. Program ini dipanggil Industrial Linkage Programme (ILP)

2. Pelepasan cukai dan lain lain insentif untuk kenderaan cekap tenaga (Energy Efisien Vehicle –EEV) dan kenderaan elektrik (Electric Vehicle – EV) yang dipasang di Malaysia. Ini bertujuan menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bersifat strategik yang dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan teknologi kenderaan mesra alam. (Perincian definisi EEV aka diumumkan petang ini)

3. Peningkatan kecekapan industri komponen tempatan bagi menjadi pesaing serantau. Ketika ini industry komponen tempatan tidak kompetitif kerana kos terlalu tinggi dan tahap kualiti tidak mencapai keperluan syarikat global. (Pecahan terperinci akan diketahui petang ini)

4. Penggunaan minyak kualiti Euro 4 bagi membolehkan industri kenderaan hijau dan cekap tenaga berkembang. Ini perlu kerana enjin moden memerlukan minyak yang bersih dan moden. (Tarikh mungkin diumumkan menteri)

5. Pengunaan piawai baru Program Penilaian Kenderaan Menyeluruh (Whole Vehicle Assessment Programme) untuk kenderaan yang dijual di Malaysia bagi menjamin kualiti, tahap keselamatan dan piawai lain menurut tahap global.

6. Halatuju tenaga negara (National Energy Roadmap) sedang dihasilkan bagi menjadi panduan sasaran penggunaan tenaga seluruh negara dari aspek industry, persendirian dan pengangkutan. Ini mungkin memaksa pengeluar menghasilkan kenderaan efisien ataupun yang mampu menggunakan sumber tenaga lestari untuk pasaran Malaysia.

Artikel ini ditulis oleh Shamsul Yunos

* Ini adalah sebahagian daripada intipati Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) yang bakal diumumkan petang ini. Nantikan pengumuman penuhnya nanti. Sebelum tu kita bincang-bincanglah dulu 6 perkara di atas ye. Mungkin inilah yang kita nanti-nantikan selama ini. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

59 Comments


  • Nombor 5. Ada kemungkinan kereta lengkap ciri selamat dapat cukai rendah? Point ni je yang aku rasa ada kene mengena dengan Proton, yang lain macam takda.


  • Approach yg mnarik, tp ini langkah yg akn mnurunkn hrga kereta scara brpringkat. new model mngkin mnglami pnurunan hrga, cth new alza. Perkara pertama tu sptutnya dilaksanakan sjk dlu lg, Patutlah honda berkobar nk achieve 70% local content. Ap2 pun kne lihat perincian ptg ni.


  • NAP baru announced. Seperti dijangka:
    1. AP masih dikekalkan. Akan ada kajian/lab lepas ni.
    2. Insentif untuk kereta EV, CKD sahaja.
    3. Duty exemption untuk kereta hybrid/EV CBU hanya untuk yang dibawa masuk tahun lepas sahaja. Tak diteruskan insentif pengecualian cukai tu untuk kereta hybrid CBU la tahun ni.
    4. Target nak tambah tenaga kerja sektor automotif Negara dengan sasaran eksport RM1 billion.
    5. Penurunan harga kereta melalui liberisasi, cukai/duti tidak akan dipotong sama sekali.


  • after wait for 3 years. new NAP announced. pendapat aku…arah tuju masih dibayangi oleh kepentingan peribadi tanpa memberikan yang terbaik untuk kemajuan automotive nasional. totally clueless kangkung…


    • sy rasa iya nya ok…thai/indo masa diorg umumkan program diorg xturunkan tax utk kereta biasa yg similar dgn excise tax tp diorg tambah segment utk kereta fuel efficient (dpt pngurangan cukai) sama mcm yg EEV ni..cume yg beza EEV ni dia xlimit segment kereta or jenis engine..yg org xsuka cume AP spesifik Open AP..kalo kita xnak support Open AP jgn beli gray import puyer kreta


      • Jgn beli? Kerajaan stop bagi permit tu in d first place. Alasan tlong bumiputera, honestly saya x nmpk ianya berkesan. Smpai ble nk untung cara senang, tlg kelompok kecik,tp yg terima kesan majoriti. Slagi open AP ni wujud, slgi tu pelabur doubt ngan gov pnye planning. Ptutnya gov kluar statistik bpe jualan kete recond, bpe income industry kete recond ni, bpe bnyk benefit kpd bumiputera,mcm mne bleh bntu kearah pencapaian 30% ekuiti bumiputera dlm ekonomi. Laungan kosong dah xde nilai skrg, show some fact.


          • Statistik, we need figure, itu yg crucial skrg. Saya x rse ianya jumlah yg kecil. Brpe bnyk estima, alphard ats jln skrg. Ini bkn suasana yg sihat dgn lambakan kereta yg kurg sesuai dgn cuaca malaysia dn kadar kes kereta tibe2 terbakar yg mningkat stiap tahun. Open ap lbih bnyk mmbawa keburukan kpd pengguna. Syngnya most msian didn’t aware on this. Asalkan berjenama dn murah. Safety should be our priority


    • Apa kena mengena dengan kangkung..
      jgn bebal.. fokus pasal NAP..ape hal kangkung..
      jgn duk hina sayur ciptaan Allah halal lg baik tu..
      jgn sampai Allah uji kita suka hina sesuatu, nnt benda tu yg jd rebutan pulak..

      NAP sptutnya fokus permasalahan AP yg mencengkam industri ini..


        • Sikit ker? Rasa sekarang terlalu banyak ditulis. sari dua mungkin boleh senyum. Ni dah tiap tiap hari naik menyampah la plak. nak buat lawak tuh sikit sikit bleh la. Kalau selalu diulang, Maharaja lawak pun jemu tengok.


  • Sampah. Sebab apa, tengok slide diorang tunjuk cakap ada penurunan harga kereta, nampak sangat tak buat kerja. Ingat orang bodoh ke? Sentra turun harga? Almera tu segmen lain.


    • Setuju bro,tengok slide yang pasal contoh rege kereta yang turun terus rasa sakit hati sangat,tak abeh2 nak bodohkan rakyat,mengarut sangat2 dah depa ni!!


  • salah satu penyumbang total cost kereta is material. ramai pengilang automotive part outsource material dari luar negara. dalam NAP ni. tak nampak kot camner nak synchronize material dalam negara nak support hala tuju automotive nih…


      • betul tuh…miti bukan check pon detail local content dalam tuh…janji kotak tulis made in malaysia…even 99% process done overseas. 1% tuh kerja repacking balik…janji untung maaa….pastu kiter buat NAP 2018 lagi maaa….

        hopefully by 2020. kiter bleh makan kangkung yang 99% outsource dari overseas….nomnomnom….


        • kangkung tu makanan faveret gua la makcik..
          kami dlu org kg je makan sayur ni je lah..
          ..tringt zmn idup susah dlu..alhamdulillah..
          org zmn tu bersyukur je wpun kangkung masak kicap menu harian..masuk U jgk… tup2 skrg org duk kutuk..trase lah

          hahahaa..

          klu kangkung pun outsource kt luar..petanda rakyat dh pemalas tahap gaban dh ler.. 🙂


          • ape yg buat ko rase org kutuk kangkung?, cam org lain x mkn kangkung je, kebanyakan org sebut kangkung ni, sbb nk perli mamat yg feymes kan kangkung tu..


          • ye lah ape slh org tu ckp benda betul pe pasal kangkung..
            lainlah pasal kangkang.. mmg byk yg terlibat tp xngaku hehehee..


          • Correct tuh mr zast. Bkn kangkung sayur yg kiter nak bahan kat sini.


  • Sy memang xpaham la dgn org malaysia ni…byk2 yg diumum kan smlm cume yg berkaitan AP je tak bagus tp yg lain nmpak bagus…truk sgt ker NAP dan EEV ni?


    • EEV bagus. Tapi penurunan melalu CKD dan rebate cukai tak telus. Benda ni kita tak nampak berapa peratus pengurangan cukai diberi kepada pembuat kereta. Pengeluar kereta dapat pengurangan cukai, tapi penurunan ala kadar. Tengok yang lepas2 dah tahu. CKD turun sikit je.. spec pun sama turun.


      • setuju, bkn x bgus, sbb NAP kali ini dh nmpk hala tuju, cme blom jelas dr segi kadar pengurangan cukai jika mncapai standard EEV, ini penting utk pengguna sbb dr situ kita bleh nmpk cara pengurangan harga kereta tersebut. kalo kita sbg pelabur, kite nak melabur ke dgn hanya bersandarkan ‘pengurangan cukai’ tnpa perincian. mmberi komen x smstinya x bersetuju secara menyeluruh. lacks of transparency, itu mslah dasar kerajaan. NAP tertangguh lebih dr 2 tahun, tp kalo ini je yg mereka bentangkan, saya rasa masih belum memuaskan.


        • Ape yg saya nampak total reject NAP n EEV dr at least comment sesetgh komentar funtasticko n majority komentar paultan..tanpa beri sebab yg menyakin n kukuh…yg diulang korup, korup, korup, AP, AP, AP..hina sgt ker org melayu nih?…saya akur kalo apa yg komentar ckp tu btul..yg pasti semua komen bersandarkn sentimen anti-kerajaan


          • Tak baca habis polisi tu tapi kenapa tak ikut hirarki dokumen yang biasa? Dalam polisi tak perlu ada table spesifikasi teknikal eev sebab tu masuk dalam standards/piawai. Tak perlu langkah2 teras pelaburan sebab tu dahmasuk operational / pelaksanaan , panduan / prosedur, Nampak lebih kemas kalau benda2 yng menerangkan polisi tu diasingkan dalam lampiran lain. Kalau takde lagi keputusan yang detail bole je ambil international best practise sebagai kayu ukur,


          • Dlm mne2 kerajaan pn pasti akan ad penentang, sbb tu perlunya sst dasar yg kukuh spaya skar utk dipersoal. NAP yg dibentang smlm trlalu bnyk loop hole yg bleh dipersoal. Xbleh slhkan mereka jika ingin mmpersoal sbb hakikatnya kerajaan sndiri yg mmbri plung utk dihentam. Bndingkanlah dasar automotif negara jiran, drpd situ kite bleh nmpk dasar kite ni brsifat ap sbnrnye. Hakikanya safety awreness masyarakat kita ni tinggi, trima kasih kpd p1 yg fitted bnde2 ni as standard kpd model trbaru mereka. Mngapa MAI x pndng dr sdut ini utk rebat cukai? Sekurang2nya kita dh bleh mnjangkakan hrgr p1 akan trun lbih rndah dn mmbri pringatan kpd jenama lain utk mmprtingkat safety feature utk mndpt insentif juga. Sya x nafikan EEV ni langkah yg sgt baik. Cume masih samar insentifnya itu shj. Mngenai AP itu, bukan soal melayu x bagus, tp melayu yg kaut untung skrg ni fikiran x bagus. Dh tau sblom ni AP akn abolished by 2015 make a new bussiness plan, start to become an authorised car dealer or something, set up service centre for continental car ke. Kjaan dh bg platform sblom ni,grab la utk diversed kan bisnes, bisnes automotif ni bnyk cabang. Sbb tu bngsa lain bising. Tp bkn sme mcm ni ad stgh dealer dh mule diversed diorg pnye bisnes ke cabang lain yg related ngan automotif. Skdr pandangan 🙂


          • Saya baca pasal NAP pun x paham. TERLALU BANYAK PERSOALAN. DAN TIADA JAWAPAN KUKUH. Even some expert pun tak berani nak bagi komen. This why im saying is, NAP tak telus. They should tell clearly about all the thing with an easy word.


          • Hina org yg kaut keuntungan dengan membebankan org lain.
            Contoh. Melayu proton mcm pecah kepala pikir nak buat kereta. Melayu Open AP just sign off nak jual kete. Franchise AP pulak. Kenapa perlu org tgh. System quota xleh buat by quantity recorded at custpm ker


  • Kalau diperhati komponen tempatan yang digunakan, benchmark dia VIOS la. DUlu VIOS tu harga dia RM80k-RM90k, 30% local parts. VIOS baru ni 90% local part, harga dalam range tu juga. Mana yang murahnya bila localization? Yang saya nampak, bila kerjaan tak telus dalam menyatakan duti eksais ni berapa nilai yang dikenakan sebenarnya, pengeluar kereta ambil kesempatan untung lebih. Rakyat Malaysia pula mati2 percaya harga Vios tu mahal sebab import dan sebab cukai tinggi. Padahal kilang UMW yang pasang Vios tu ada kat Shah Alam aje.


  • kah..kah.kahh.. lepas ni kete Jepun dh xlaku ler..
    kempen boikot brg2 jepun oleh sekutu2 kangkang..pg tadi.. hahaha..
    narita airport punye pasal.. Vios-Camry-Accord-Alpat.. kena jual murah laaa.. :p


  • Honestly aku rasa lebih kepada political move. nothing special. nampak macam tak study mana dan buat kerja main-main.but whateverlah..i enjoy my excellent wira for 8 years already. huhu…


  • NAP bla bla bla bla = akhirnya kereta tetap mahal macam sekarang…. contohnya harga yang isytihar masa masuk Malaysia ; c180 coupe kat borang kastam cuma RM90K ++, jual kat pelanggan RM300k ….. sampai mati kena rompak hidup hidup… Beli proton RM60k, bayar cukai buta lebih kurang RM20k… patut la sihat sihat mereka mereka itu selama ni.

    jadi apa manafaat yang pengguna dapat dari NAP serba baru yang telah difikirkan secara terperinci oleh cerdik pandai yang dibayar mahal-mahal selama hari ni?

    pakai kereta tua ja la… lepas 2018 nanti baru fikir kereta baru.. hoho


  • Entahlah nasib badan selama 50 tahun ditipu pun masih ada yg percaya. Tak apa nanti menjelang PRU14 harga kereta akan turun 50% pula . Janji ditepati……………menteri kangkung kata padan muka hari-hari kena tipu…….Keh, keh, keh……


  • @brazbuz

    Setuju. Aku harapkan ada incentive untuk kereta2 selamat yang lengkap dengan ciri keselamatan. Boleh guna pakai spesifikasi JPJ, atau UNECE mana2 yang dah ada untuk determine kereta2 selamat. Lagi boleh naikkan awareness pembeli untuk pilih kereta selamat lebih penting dari kereta jimat minyak atau pun RV.

    Tapi nampak macam tak ada. EEV boleh buat tapi, implementation akan ambik masa. Nak setup satu pihak yang boleh govern EEV dah pakai duit, lepas tu perincian masih samar-samar. Berapa pengurangan cukai pun tak reveal.


  • aku lebih suka singgah di Funtasticko.
    Perbincangan lebih rasional. Yg hadir rata2 ‘motorhead’ yg berinspirasikan atomotif di dalam hidup mereka.. thumbs up. – Kalo nk dibandingkan dgn di PT, aku singgah nk tgk kereta dan review dan articles saja. Komen2 kt sana dan tahap masuk gaung, kalo tak masuk neraka..

    Pada akuNAP perlukan pemahaman menyeluruh kepada ‘supply chain’ otomotive Msia, bmula dari masa negara mnceburi industri ini. Malangnya kita hanya mengikut ‘go with the flow’. Bila kita sedar, sudah terlambat..isu negara jiran lebih ke depan isu lain. Kita focus kita dlu..

    Dulu kita bwk industri ni masuk, bangunkan vendor, pinjam teknologi..Tp industri ni tidak bergerak ‘di sini’. Industri otomotif Msia bergerak ‘secara local’ secara ‘principles’ nya sja. Di blakang teknologi2 ini, vendor2 ini, kemahiran ini, masih lg bukan org Msia 100%. Ini brlanjutan sejak tahun 80an lg.. Bila kita semak dan kaji semula, kita mula sedar berapa keratkah sgt industri ni berpijak dan berpaksikan industri otomotif Msia..

    Skrg kita cuba mngubah scenario ini. Bagi aku bukn tak boleh tp dah lambat dan sgt rumit dan mmkan masa.. Aku heran dgn org kita yg secara lumrah lebih cenderung mncari org luar (outsource) untuk sebarang benda – bukan utk otomotif shja, benda2 lain pon.

    Masa aku bljar di perantauan dulu, bangsa barat bgitu bangga dgn jagung mereka (pd aku apa sgt la jagung tu), bngga sgt dgn makanan segera mereka (ala biasa je), bngga sgnt dgn kereta buatan mereka ( cc sumer besar dan tk jimat minyak pon!) – Tp dlm sedar tk sedar aku bljar mereka ni lama kelamaan menjdi self sufficient and self sustainable. Indirectly this goes to the industries yg merka ada – termasuk jgk otomotif.

    So aku rasa NAP ni, kalo nak buat btol, dduk la smeja, cari org industri (bkn academicians) dan bincang dari Januari lg.. mcm skrg – Fikir, apa yg perlu kita wariskan pada ank bangsa Msia ni..

    Erkk.. peace yuo!!


    • Setuju dgn pendapat anda tetapi kat Mesia ni nak buat bisnes semua mesti ada kabel kuat atau kroni. Kalau projek kroni laju aje walaupun entah apa2. Cth. mudah apa yg jadi dgn projek JPJ Mysikap- nak buat lesen L pun tunggu sebulan belum tentu siap. Sebelum buat sistem bukan main cakap besar pengarah JPJ kata sistem canggihlah, bila mula operasi semua macam kura2. Begitu juga dgn sistem PBS dll.

      Dulu kata kurangkan subsidi sebab nak tingkatkan pengangkutan awamlah. Sekarang mana dia pengangkutan awam yg canggih dan cekap tu? J. Bahru sekarang jalan semakin teruk jem tetapi projek LRT yg dijanjikan sampai sekarang tak nampak bayang. Janji dah akan buat 10 tahun dahulu. Pengangkutan awam hendaklah cekap dan tambang berpatutan bukanya lembab dan mencekik penguna. Cth. sekali naik teksi 20 km pergi balik bayar RM30 tetapi minyak kereta RM30 boleh tahan 2~3 hari dgn jarak yg sama.

      Malang sungguh hidup dinegara yg ditakbir secara cacamarba. Kita rakyat mahukan peluang perkerjaan dan hidup yg selesa, bukannya pemimpin dan kroni mereka yg hidup mewah. Kita mesti sokong produk tempatan bukannya sokong produk kroni yg entah apa2 dan kualiti hampas serta menyusahkan poket rakyat.

      Bilalah negara kita boleh berubah spt negara maju yg lain…………………….


      • Antara cara yg boleh kita gunakan dalam situasi keadaan yg tidak menentu ini ialah kita kekalkan kenderaan apa yg kita ada dengan kita gunakan kenderaan tersebut sebaik mgkin.

        Elakkan pengeluaran wang tunai yg tidak sepatutnya. Contohnya perbanyakkan simpanan peribadi dan berjimat cermat.

        Mana-mana perniagaan pon jika tiada pembeli maka kesan langsungannya akan pergi ke kerajaan yg sedia ada juga. Apa yg di tetapkan dalam NAP boleh diubah mengikut keadaan semasa.

        Semuanya berkait rapat diantara satu sama lain. Cubit peha kiri peha kanan juga terasa sakit. Kuasa membeli adalah keputusan pengguna.

        Hanya sekadar pendangan saya sahaja.


        • malangnya simpanan wang dalam bank tetap ada susut nilai… RM100,000 pada tahun 2020 boleh beli apa la agaknya? walau masa tu harga kereta dah turun 20% – 30% , tapi atas sebab nilai wang yang mengecil ketika itu, mungkin tak banyak perubahan yang berlaku..
          hanya mampu pakai kereta entry level sampai mati… tu belum cerita pasal harga rumah/ hartanah/ sara hidup dan lain lain…
          harap sangat NAP ada perancangan jangka sederhana dan panjang (20 tahun++ sekurang kurangnya). tapi yang di bentang macam perancangan cuba jaya tanpa penelitian … dan akan bertukar lagi bila pemimpin baru naik tahta. 🙁


          • Assallamualaikun tuan
            Apa yang tuan fikirkan sangat duit tahun 2020
            rezeki Allah yg bagi…
            usaha dan tawakal je…
            tak payah pikit takut fikir 2020 dah tak ada kan penat …
            kita ni Islam…
            doa senjata utama mana tau kot2 100k thn 2020 jd 500k…
            jgn la terlalu material sgt…ingat ALLAH ada…anda tak perlu risau akan masa depan anda..


          • err… itu contoh ja, tak salahkan merancang masa depan?
            saudara, saya fikir saudara kurang memahami apa yang saya cuba sampaikan.
            Tetapi,
            dalam dunia maya ni…kita ni tak kenal antara satu sama lain, jadi tak perlulah nak menuduh sesiapa meterealistik atau tak ingat tuhan.
            saya faham akan niat baik saudara, tetapi ada baiknya kalau perasaan buruk sangka yang boleh menjadi fitnah itu tidak saudara diwar-warkan sewenang-wenangnya.
            Ingatlah yang kita saling tidak mengenali, jadi tak perlulah menghakimi saya sewenang- wenangnya.

            p/s: apa yang aku melalut kat cerita NAP ni?


  • Walaupun NAP telah tertangguh agak lama, namun, pengumuman NAP kali ni masih belum cukup mantap dan tidak ada satu langkah yang kukuh untuk mencapai matlamat yang digariskan. Sebagai contoh, berapa peratus peluang untuk menarik pemain industi automotif untuk melabur, membuka kilang, RnD bagi teknologi EEV yang menjadi tunjang kepada NAP ini? Adakah insentif yang ditawarkan mampu menarik perhatian mereka? Dan dalam masa yang sama Proton pula terpaksa bersaing untuk melabur dalam EEV tak kiralah dalam teknologi hibrid, elektrik atau enjin yg lebih jimat minyak. Perodua pula awal2 sudah mengaku kalah untuk tidak mengeluarkan pelaburan bagi teknologi hibrid dan elektrik. Sedar tak sedar, proton terkena tempiasnya.

    Bagi pengeluar gergasi lain, mmg tidak ada masalah kerana mereka mmg sudah menggunapakai teknologi EEV. kereta diesel mereka jimat minyak. Jika kerajaan benar2 serius dgn EEV di msia, bukan hanya tumpukan kpd hibrid dan elektik, tetapi kpd enjin turbo diesel. perkenalkan diesel yang berkualiti tinggi.

    Malaysia tak mungkin dapat mengatasi thailand dan indonesia walaupun kita sudah mengariskan niche area bagi industri automotif ini. Kerajaan janganlah menumpukan kpd industri sahaja, sedangkan pembeli terasa terhimpit dek harga kereta yang mahal. Sepatutnya selitkanlah 1-2 langkah yg menguntungkan pembeli seperti mewajibkan 6 airbags, ESP dab rating 5 bintang bagi kenderaan baru. Turunkan cukai bagi kereta proton dan kereta keluaran asean.

Leave a Reply