KUALA LUMPUR, 19 November 2012 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa model yang baru dilancarkannya pada hujung Oktober lalu, Nissan ALMERA, sedan global Nissan paling laris telah menerima lebih 7,000 tempahan daripada pelanggan.
Para pelanggan nyata tertarik dengan harga mampu milik Nissan ALMERA yang bermula dari RM66,800.00 seunit. ALMERA juga memiliki ciri-ciri, teknologi dan keluasan mengagumkan yang lazimnya hanya ditemui pada kenderaan-kenderaan lebih premium.
Harga ALMERA di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan tuntutan pemilikan) di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Gred | Varian | Harga (RM) |
E | 1.5 M/T | 66,800.00 |
1.5 A/T | 69,800.00 | |
V | 1.5 A/T | 76,800.00 |
VL | 1.5 A/T | 79,800.00 |
Nissan ALMERA dibezakan melalui spesifikasi standard E, varian lengkap V dan VL yang memiliki spesifikasi penuh. Bagi menjadikannya lebih personal, para pelanggan boleh mendapatkan Aksesori Tambahan ALMERA yang eksklusif. Aksesori premium itu merangkumi konsol navigasi multimedia (dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB dan kemampuan Bluetooth), plat LED serta tempat duduk kulit yang mewah. Aksesori sport daripada IMPUL Motor Racing Development yang telah dibangunkan khas untuk disesuaikan dengan jalan raya di Malaysia juga boleh diperolehi. Pakej lengkap Talaan IMPUL boleh didapati untuk semua gred dengan penambahan RM9,500.00. Semua varian ALMERA hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (mana-mana tiba dahulu).
Selain daripada harganya yang menarik, Nissan ALMERA turut menawarkan penggunaan minyak yang ekonomikal. Penyelenggaraan berjeda sejauh 10,000km, alat ganti mampu milik dan senang diperoleh juga membuatkan kos keseluruhan pemilikan ALMERA begitu menarik.
Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng nyata gembira dengan maklum balas dan minat yang memberansangkan terhadap Nissan ALMERA. “Sejak ditubuhkan pada tahun 1957, Tan Chong dan Nissan telah menawarkan rakyat Malaysia dengan kereta-kereta ikonik yang sememangnya tidak dimakan masa. Bermula dengan generasi Sunny, diikuti oleh Sentra dan kini, kami meneruskan warisan itu menerusi sedan segmen B serba baharu, ALMERA. Penerimaan positif terhadap model terbaharu ini menjadi penunjuk kukuh mengenai kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia ke atas kenderaan, produk serta perkhidmatan kami,” katanya.
Dato’ Dr Ang juga menyatakan bahawa Tan Chong kini sudah mengambil langkah-langkah sewajarnya berkaitan saluran pengeluaran di kilang bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap ALMERA dan memastikan bekalan yang berterusan. Sehingga kini, Tan Chong Motor Group telah mengembangkan operasinya di kilangnya di Serendah dengan lebih banyak syif pengeluaran dan tenaga kerja tambahan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Sementara itu, para pelanggan terus teruja dengan ALMERA, sedan global Nissan paling laris. Mr. Lam Wei Hoong, an Export Executive dari Kuala Lumpur yang membuat tempahan dalam satu siri jelajah Nissan ALMERA baru-baru ini memberitahu beliau tertarik dengan harga mampu milik Nissan ALMERA serta ciri-ciri premiumnya, terutama kabin dan bonet yang luas. “Selain daripada ruang, saya juga melihat kepada penjimatan bahan api kerana saya perlu memandu jauh untuk ke pejabat. Berdasarkan kepada pandu uji dan rebiu media, ia sememangnya menunaikan janjinya mengenai aspek penjimatan minyak,” tambahnya.
ALMERA dibina di atas platform global “V” (versatile) serba baharu yang menggunakan kerangka ringan dan kukuh. Ia dikuasakan oleh enjin HR15DE empat silinder terkini Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan ciri Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC). Enjin itu menawarkan penjimatan minyak mengagumkan iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l bagi transmisi manual (laluan bercampur berdasarkan ujian Nissan), selain tahan lasak.
Nissan ALMERA turut menampilkan pelbagai ciri keselamatan seperti beg udara, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist, di samping sistem tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Nissan ALMERA hadir dalam lima warna menawan iaitu Bronze Gold, hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).
Anda juga boleh mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah kami di lokasi-lokasi berikut:
AEON, Seberang Prai, Penang | 20 – 25 November 2012 |
One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah | 30 November – 2 December 2012 |
One Utama, Petaling Jaya, Selangor | 26 December – 1 Januari 2012 |
Maklumat lanjut, sila hubungi talian Toll Free Hotline Khidmat Pelanggan kami: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my Sesi pandu uji boleh diuruskan di bilik pameran Nissan berhampiran anda!
Benarlah pasaran sedang dahaga produk bukan proton, almera rupa buruk tapi harga proton teritorry membuatkan ia mendapat sambutan. Selling point utama kerata ini FC jimat. Ini tak ada pada preve dan korean car.
Kawan aku pun baru je beli Almera ni. Sekarang ni dia pakai Exora dan sebelum2 tu pun pakai kereta proton juga. Dia cakap, nak juga merasa pakai kereta buatan Jepun.
Penganti Toyoya Vios pun nampak Ok
preve vs almera.
Dah tak jauh sangat spec antara kereta Jepun dan kereta Proton,
lainlah kalau Proton Saga FLX 50k ada 4 airbags ABS EBD dgn DRL light, Proton kena tunjuk Unique Selling Points,
Pengaruh jenama sangat kuat,
Selagi Proton x buat perbuahan drastik seperti dibuat oleh Kia dan Hyundai, selagi itu Proton hanya mampu jadi jaguh kampung
Jaguh kampung ialah Perodua. Proton nak jadi jaguh kampung sekarang ni pun susah.
Tapi soalnya sekarang, kenapa minta macam2 dalam Saga FLX? Di Australia pun Saga hanya equip dgn 2 airbags je. (Oppss, ada ESC ye). Top range Proton S16 ialah RM54k di Australia.
Bila jenama lain yg dijual di Malaysia, takde pulak orang nak tanya feature2nya. Berapa airbag nya? Ada ESC ke tidak? Spec di Malaysia sama tak dgn spec global? Dalam hal ni, ramai orang marahkan Proton sbb ‘menganak-tirikan’ customer tempatan. Tapi dalam masa yg sama, jenama selain Proton di Malaysia pun menganak-tirikan customer tempatan. Takde orang bising.
Jadi bila diteliti, negara Malaysia sendiri yg takde undang2 keselamatan kenderaan yg ketat. Konon kenderaan wajib ada Dual Front Airbags..Tapi lihat saja Almera ni..masih ada line-up yg single airbag. Cuma nak tahu benarkah wujud regulation dual airbags ni? Atau semata-mata gimik? Atau undang2 ni hanya wajib kepada Proton sahaja? Nampak macam Proton kena comply regulation yg ketat. Full Spec Safety dgn minimum price tag..
Jawapan kepada saudara Thom diatas: Kalau nak 4airbags, beli saja Preve CFE. Dapat ESC, CVT, Less Price dan lebih powerfull daripada Almera ni. Jika anda jenis brand concern, belilah apa sahaja selain Proton.
sebenarnye la kan.. kbyakan org xkesah feature2 yang gaban.. org lg demand kereta yang org ramai percaye dia jimat minyak n kurang bermasalah n if bermasalh jugak, senang nk setel.. sebab 2 kereta buruk cmnie pun ramai yg beli.. kot la..
preve ada dpt tempahan sebanyak ini dlm masa 2 minggu ^_^
Kalau kita fikir2kan, apa faktor yang menjadikan kereta jenama Jepun mendapat sambutan hangat di Malaysia? Hendak dikata model2 tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yg terbaik? Tak. Model tersebut terjual secara global? Tak juga. Rupa rekabentuk yg menarik? Tak juga kerana mata orang lain2. Resale Value yg baik? Yg ini betul…
Symptom ini tempiasnya pada jenama Korea dan Eropah. Walaupun dipasarkan dgn harga yg berdaya saing, safety feature yg lebih lengkap, rekabentuk lebih agresif, masih tidak boleh mengatasi jualan jenama Jepun.
Jenama tempatan lebih teruk. Bukan teruk dari segi jualan, tapi teruk dari segi penerimaan. Ya, kalau kualiti tiada, kita berhak menyuarakannya. Minta pertingkatkan kualiti. Minta ciri keselamatan ditambah, aksesori ditambah, Minta harga dikurangkan? Mintalah kerana itu adalah suara kita…
Apa ada dalam fikiran orang Malaysia?
pada saya sesetengah rakyat malaysia nak pilihan lain selain proton dan perodua. mungkin juga jemu asyik pakai kereta tempatan. bak perumpamaan; tiap2 hari makan ikan je. sesekali nak juga makan daging.
Saya pengguna Proton. Walaupun keluarga besar saya pengguna kereta jepun & juga kereta produk Toyota yang setia, daripada Corolla lama, Vios, Altis & Wish. Model baru dan lama kami ada. Tetapi saya memberanikan diri untuk mencuba produk Proton iaitu dengan Saga FLX. Satu sebab kerana ingin memberi peluang kepada keluarga kami mengenali lebih dekat dengan Proton. Ternyata saya suka memandu kereta Saga ini kerana handlingnya yang boleh dikatakan mantap. Saya pernah memandu Satria Neo, Inspira & Preve CFE juga. Walaupun dalam masa yang agak singkat, tetapi saya suka memandu kereta Proton.
Tetapi dalam rata-rata produk Proton saya perhatikan terdapat kurangnya dalam kualiti material dalaman yang diberikan kepada pengguna. Terlalu ‘plastik’. Pengguna juga inginkan ‘feel’ yang ‘sedap’ bila memandu. Bukan sekadar dapat kereta yang murah atau mampu milik. Kadangkala kualiti dalaman Myvi lebih baik dari produk Proton dalam sesetengah perkara. Ini belum lagi disebut tentang ‘rattling’ sounds yang nyata terlalu banyak ada. Bukan hendak dikatakan produk syarikat lain tiada. Tapi kenapa begitu payah untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik? Kadang kala, bila difikirkan, small things matters. Tetapi, yang itu pula tidak diberikan perhatian..
Ini belum masuk lagi bab kualiti After Sales & Customer Service yang begitu rendah. Berapa ramai antara pengguna proton yang menghabiskan masa berulang alik ke COE Proton? Saya serik dan terus terang terasa ingin memaki hamun bila setiap kali asyik perlu ke COE Kesas yang tak berkesudahan. Tapi kesabaran buat masa ini dapat dikawal. Hendak buat 1st 1000km service pun memakan masa sehari suntuk? Aduhai. Excellence apakah ini? Ini bukan pengalaman saya sahaja.
Siapa yang tidak mahu kereta yang ada ciri keselamatan aktif & pasif yang baik, lengkap dengan stability control, traction control, ABS, EBD, empat hatta tujuh airbag, etc. Aksesori yang dapat membantu memberikan pemanduan yang selesa, dan juga prestasi kereta yang baik dan menjimatkan?
Semakin lama kami setia dengan produk tempatan, semakin banyak ‘hanky-panky’ yang timbul. Semakin lama berkunjung ke branch semakin banyak kerenahnya. Tidak ada usaha bersungguh dan kurang komunikasi yang jelas dalam nak menunjukkan ingin membaiki keadaan menjadi lebih baik. Macam mana kami nak memberikan penerimaan yang baik kalau yang didalam organisasinya sendiri buat begini?
Kami (yang masih setia dengan Proton) masih ingin memberikan peluang kepada Proton. Tapi berikan lah usaha yang setimpal untuk membaikkan lagi perkhidmatan Proton dengan pengorbanan kami yang masih cuba untuk mempertahankan kesetiaan kami dengan produk Proton.
Semoga yang terbaik dengan Proton. Allahumma Ameen.
Terima Kasih saudara Adam. Anda memang terbukti pengguna setia Toyota.
Cuma kenyataan anda tidak berapa menepati soalan saya (Kalau betul anda reply kenyataan saya lah. Kalau tak, saya minta maaf).
Kenyataan saya tidak bermain sekitar kenapa orang tidak minat pada Proton. Saya maksudkan kenapa orang suka kereta Jepun. Kenapa orang Malaysia kurang minat dgn jenama Korea dan Eropah? Padahal keluaran2nya bertaraf global. Harga lebih kompetitif. Pernahkah anda memandu Ford dan Peugeot?
Keluaran jenama ni jauh lebih well equipped daripada jenama Jepun yg ada di Malaysia. Pemanduannya pun lebih dinamik. Teknologinya updated. Boleh kata “mat saleh drive kereta yg sama macam kita drive”. Tapi penerimaannya amat kurang di kalangan kita. Ini yg saya katakan “apa yg orang kita fikirkan?”…
Jenama Korea pun. Ramai orang puji rekabentuk agresifnya. Adapun yg perli jenama tempatan kenapa tak boleh design macam Korea? Hakikatnya, jenama Korea tak kemana pun dalam Malaysia. Kat situ juga. Pelik kan orang kita…
Mungkin sedikit masa lagi orang kita akan buka mata. Mencari dimana hak mereka sebagai pelanggan utk mendapatkan kereta yang terbaik.
Saudara Adam, saya percaya anda pernah memandu uji jenama seperti Fiesta, Focus, 308 dan 5008. Saya sendiri merasakan tiada jenama jepun di Malaysia ni yg dapat mengatasi model2 tadi dalam kelasnya.
Off Topic:
Saya ada kenalan & saudara yang saya rasakan agak pelik citarasanya. Seorang mempunyai Mini Cooper & Suzuki Swift dan seorang lagi BMW E60 dan Merc W211 dalam garaj mereka. Yalah, citarasa masing2..haha
mungkin soal kos maintenance, spare part, 2nd hand value..
kualiti, utama kan kualiti.. jangan orang kata biasa la kereta proton….kemasan tidak memuaskan.. getah pintu pasang tak betul… mcm mana sapa nak tolong jawab?
ya.. kualiti…. walaupon benda kecil2 tak boleh ambil ringan… masalah sekarang pekerja proton terlalu amik ringan kalu benda tak libatkan keselamatan… getah pintu pecah… cat tak sempurna… ratle dan bunyi angin… ini semua benda kecil.. kereta tetap jalan jugak tetapi benda2 kecil inilah tinggalkan tanggapan negatif pengguna terhadap kualiti proton…
Jualan mencanak ni hanya disebabkan persepsi Malaysian Nissan ini adalah buatan Jepun. Realitinya, persepsi rakyat Malaysia ni masih di takuk lama kerana Nissan Almera ni merupakan global model Nissan untuk emerging market yang dibangunkan di negara China dengan Dong Feng dan begara India. Kat Jepun pun Almera ni tak jual, sama macam Livina, Avanza, Vios 2nd gen, Innova. Lagipun Almera ni CKD di Bukit Beruntung kalau tak silap. Takde jepunnya melainkan nama Nissan tu sahaja.
Pembetulan. Vios 1st gen yg tak dijual di jepun. Vios 2nd gen ada dijual di jepun dgn nama toyota belta.
Pun salah. Vios 1st gen kat Malaysia yang tak jual. Nama dia Toyota Soluna. Yang 2nd gen tu la yang 1st Vios masuk Malaysia tapi kat Thailand nama dia Toyota Soluna Vios. 3rd gen tu Belta, tapi kat Jepun dah tak jual lagi sekarang sebab sedan kompak di jepun marketnya sangat kecil. Sewaktu dijual di Jepun, ia datang dalam versi 1.0liter dan 1.3 liter enjin sahaja.
kebanyakan rakyat malaysia memg suka kepada benda yang berjenama alaupun adakalanya kualitinya tak seberapa. tak kira lah produk apa sekali pon..yang penting barang import.
Bagilah peluang pengguna Malaysia membeli produk selain proton/perodua..dunia automotif kan luas.
bagi yang pernah memiliki kereta import dan beralih ke kereta proton pasti setuju dengan tahap kepuasan memandu dari segi handling…. tetapi mereka lebih merungut dari segi kualiti dan servis after sale…. seperti saya juga… saya seronok memandu kereta proton tetapi banyak benda yang akan mula berbunyi2 selepas 2 tahun dan bila pergi ke servis centre semestinya tidak mendapat layanan yang memuaskan ataupun mereka sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah bunyi2an tersebut. selain itu saya rasa kereta proton agak berbaloi kerana faktor harga, keluasan, maintainance dan keseronokan memandu (sebelum bunyi2 tu mula berlagu)
Setuju bro..
Pandu Proton ambil corner sampai cecah telinga. Sebelah telinga lagi dengar bunyi tikus main pingpong dalam dashboard. Lawak2..
Dulu saya pakai proton..skrg saya beralih ke kereta import. tapi tak perlulah saya nyatakan modelnya. Lagi pun skrg saya tinggal di pulau bebas cukai. Masa saya pakai proton, mmg agak mengecewakan dari segi kualiti pemasangan dan engine refinement. Kalau bab handling, mmg saya akui, itu kekuatan proton. Namun bab2 kemasan dan kualiti pemasangan tidak konsisten. Ini boleh dilihat apabila kita membandingkan kereta kita dgn kereta rakan kita.
Cuma saya tak berpeluang untuk melihat model preve dgn lebih mendalam..so tak tau kualiti kereta tersebut. Sebenarnya proton adalah kereta yg baik. Cuma “selling point” tidak dinyatakan dgn begitu menyakinkan pembeli. Tambahan lagi, untuk memperbaiki imej yg sudah tercalar adalah begitu sukar.
betul bro…marketing…… image dah merudung banyak…
Mmm… nampak gaya habis la pasaran vios dlm segment B nie:) Ternyata strategi nissan tepat utk keluarkan model b segment dgn ciri2 memikat di M’sia. Rasa2nya x perlu la compare degn preve kot. kan preve dah compete dlm c segment sepenuhnya. Melainkanlah kalau niat nk perlekeh2kn jualan produk kereta tempatan. Apa2 pun pilihan masing2, anda berhak memiliki Almera ini jika suite dgn citarasa dan kemampuan anda, sama juga kepada kereta2 tempatan juga.
Cheers!
jikalau saya nak beri pendapat, bagi saya nama proton dah macam takde value. satu contoh…inspira…kereta yang baik, ditambah baik oleh proton dari sendiri Ride and Handling, tapi tak terjual dengan banyak..alasan umum..sebab ianya Proton.
atau Preve…not a bad product..tapi nama proton terlalu teruk sekarang, sampai ramai sanggup beli third world japanese cars…yang harga mahal bukan pasal tax, tapi profit margin.
untuk product murah macam saga…cannot compare dengan Myvi yang dalamannya ternyata rasa lagi berkualiti. Perodua dengan backing Toyota ternyata lagi mantap…sekarang daihatsu dekat indonesia ialah buatan malaysia (Perodua).
orang malaysia..bahkan kebanyakan consumer di dunia sekarang..inginkan kereta tak banyak masalah..after sales mantap..berkualiti, dan FC yang bagus. itu aje…mereka tak perlukan Ride and handling Lotus… ramai menggunakan kereta untuk point A to B.
Rileks bro..mcm saya ckp, dunia automotif ni luas. Jenama kereta pun banyak. Masing2 ada pilihan sendiri. Cuma yg penting kita tak bash antara satu sama lain.
haiya bro..i memang relax pun 🙂 cuma menyatakan kenyataan 🙂
macam lets say honda civic..buatan kat melaka..60% parts malaysia..bukan sebagus mana pun..focus much better…but ramai gilakan honda..sebab nama bagus sangat…nama dia ada value kat msia…
so to upgrade the value of proton, it will take time..maybe another 10 years…sebab dah 28 tahun dan masa kegemilangan proton… wira dijual dengan harga 55k dengan interior hijau..adakah patut? dan kualiti teruk… so itu semua stigma yang dah dalam otak ramai pembeli…… 🙂
so my point is..BRANDING and Marketing…very important…i tak tengok pun proton advertise CFE mempunyai VVT system.. DBW n many more…
nak tambah lg pasal profit margin..ditempat saya ni org lg ramai beli lancer berbanding inspira..bila ditanya salah seorang kwn saya yg beli lancer ni, sebabnya harga lancer jauh lg murah dari inspira..so mmg tak boleh nk cakap apa2lah.
Mmm… berapa harga lancer berbanding inspira di ‘sana’?
Ada statistik jualan x? yg mcm nie lebih tepat:)
cheers!
Mmm… selain model yg baik, branding n marketing mmg memainkan peranan penting sesuatu produk tu bleh pegi jauh. Inspira bagi saya masih baik jualannya bila dibanding dlm segmentnya. Tapi itulah, hanya bleh jual kat m’sia jer. Cabaran proton sebb kisah silam zaman kelamnya dgn reputasi buruk kualitinya dulu. Sedikit sebanyak mempengaruhi persepsi semasa terhadap keluaran produk2 barunya. Sy x fikir bila org kata nama proton terlalu teruk sekarang nie bila penguasan pasaran dlm 23% diblakang perodua (30%). dgn peningkatan jualan tahunan berbanding tahun lalu 22%. Cuma sebulan dua nie jer jualan perodua n proton menguncup akibat penangan Almera:)
Model low cost sedan proton; Saga flx sudah sampai ke penghujung life cyclenya dan standard replacemntnya selepas nie harus setanding seperti Almera.
Model2 daihatsu di indonesia buatan m’sia? Yg nie kena check betul2. Setahu sy kilang n pusat RnD terbesar Daihatsu di Asean terletak di indonesia. Cuma Perodua mengeksport model myvi barunya dgn lambang daihatsu di Indonesia.
Ride n handing by lotus tu bagi saya hanya lah value added jer. Yg lain seperti yg bro gambarkan. Bila mereka yg berduit, pilihan di tangan mereka utk memenuhi kehendak n citarasa masing2 selain kereta utk point A to B bagi yg biasa2 nie.
cheers!
nak tambah sikit.. saya rase org ramai dah tak anggap proton kereta nasional sebab proton dah di amek aleh oleh DRB… So, sape yg beli proton sebab patriotik, dah xpandang protn dah. kot la.. haha
Proton cpt rosak bro, pakai jr 2,3 thn dh bunyi ank cicak situ sini mcm mne xde smbtn dkt keluaran tmptn ni..