ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Urvan dan Serena jadi kenderaan sokongan pasukan Infiniti Red Bull Racing di Grand Prix Malaysia

Views

mal_van_01

Sebanyak enam buah Nissan Urvan dan dua buah Nissan Serena yang dilengkapi logo Infiniti Red Bull Racing akan menyediakan sokongan dari aspek pengangkutan selama lapan hari berturut-turut (18 hingga 25 Mac 2013) dengan membawa peralatan dan kakitangan mereka sempena acara Formula One Grand Prix. Nissan Urvan dan Serena dipilih untuk tujuan ini kerana pratikalitinya dari segi ruang, fleksibiliti, selain enjin penuh kuasa yang menawarkan prestasi serta versatiliti mengagumkan.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan Nissan Urvan dan Serena kepada pasukan Infiniti Red Bull Racing bagi melancarkan operasi logistik mereka pada acara Grand Prix di Sepang. Ia juga bagi menyokong usaha mereka untuk bersaing dalam perlumbaan Formula One Malaysia.

IMAG0912

“Kami percaya bahawa versatiliti serta kemudahan Nissan Urvan dan Serena mampu memberikan sokongan sebaiknya kepada pasukan Infiniti Red Bull Racing. Kami gembira kerana boleh mengaitkan diri dengan standard tinggi mereka serta prestasi yang dimahukan oleh Formula One,” tambahnya.

Ketua Pasukan Infiniti Red Bull Racing, Christian Horner mengulas, “Tahun pertama kerjasama kami dengan Nissan LCV telah memberikan manfaat yang signifikan kepada pasukan. Ini jelas menunjukkan tentang nilai kerjasama dengan rakan kenderaan komersial yang tepat. Salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi adalah menguruskan operasi ligostik yang kompleks melibatkan aspek pengangkutan krew dan peralatan. Bagi tahun 2013, kami gembira kerana boleh terus bekerjasama dengan Nissan LCV.”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply