Laman web www.autoworld.com.my berkata, Proton bakal menghidupkan kembali nama Aeroback untuk model keluarannya pada masa depan setelah beberapa lama tidak digunakan. Model Saga dan Wira adalah yang terakhir menggunakan nama tersebut. Berkemungkinan model hatchback P3-22A bakal menjadi model pertama yang menggunakan kembali nama Aeroback.
Mr T. Rollface yang merupakan Leading Pilot Project Leader (LPPL – Aeroback), masih lagi berahsia mengenai spesifikasi model ini dan cuma membayangkan ia hampir sama dengan Prevé tetapi dengan beberapa kejutan. Sempena kembalinya nama Aeroback, pemilik terawal model ini bakal menjadi 500 pemilik ekslusif model Edisi Terhad Proton Knight. Model ini ditawarkan dengan pilihan warna hitam ekslusif dengan pilihan lampu neon merah atau kuning yang berinspirasikan kereta dalam siri “Knight Rider”. Selain itu model ini juga bakal mempunyai ciri kawalan suara bersama dengan sistem audio, panel meter digital dan butang khas ‘Turbo Boost’ pada papan pemukanya yang boleh mampu menambah 10hp kuasanya enjinnya.
* bijak juga idea ni, tak sabar nak tunggu pelancaran P3-22A (Prevé Aeroback) terutama sekali versi model Edisi Terhad Proton Knight tu… 🙂
Mr T. Rollface = Mr. Trollface… biar betul…ni bkn april bodoh kan?
cam april bodoh je =.=
LOL bro Campromania… tu news APRIL FOOL laaa
hahahaha… rasanya la… saje la tu buat gempak
Aduhai… baru nak excited… lol…
bila sebut turbo boost tu dah rasa pelik dah…adoi
bnyk betul berita “bodoh” dlm bln april ni.. huhuuhu
cehhh… april fool joke rupernya… hahahahhaa….
mula2 baca mcm tak percaya sbb cara marketing kat atas tu bukan style DRB… nak tau cara DRB buat.. sila lihat marketing Honda, Suzuki & etc (itu pun bukan 100% dia org control)… previous example Chevrolet (sebelum NAZA take over) ….
kalau lah DRB do as per marketing above, it will give sentimental value to Malaysian, especially those 40’s & 50’s.. Proton Knight… wow…. 🙂
admin excited sangat nk post nih pasal PREVE hatchback…ahaks !!
admin2…..next time alert sket ble bulan APRIL nih…haha over xcited nih !!!
idea yang bagus..tapi proton lembap tu boleh buat ke…kalau boleh alhamdulillah…pe salahnya…enjin petronas kalau tak revive dia punya keupayaan dia n letak kat kereta standard…yang jadinya memang kereta knight rider….boost power ini kebanyakan kereta ada…yang butang sport tu boost enjin ar tu…cuma kalau buat marketing tambah seolah2 macam knight rider..gempak gak…
EuroNCAP has announced that starting from 2014, Autonomous Emergency Braking (AEB) will be included in EuroNCAP’s overall star rating. So, it is compulsory for Proton to install to the car to archive 5 Star rating.
Make sure Proton, you install it for local market even before 2014. Proton Peeve Hatchback, is new upcoming model. Have you install it?
Thank you.
EuroNCAP has announced that starting from 2014, Autonomous Emergency Braking (AEB) will be included in EuroNCAP’s overall star rating. It is compulsory for Proton to install this system for all the models including facelift models and of course for the all new models to archive the 5 Star Rating.
Make sure (Proton) also install this system for domestic market including the upcoming P3-22A Preve Hatchback. This system should be in the list even before 2014 for domestic market.
Thank you.
Hahaha.. Kalau menjadi reality info nie, mmg gua salute kat drb